Sertai Kami

Sememangnya peluang bisnes Shaklee sangat besar. Sebagai permulaan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Tak minat bisnes, tapi nak daftar untuk dapat harga ahli je pun boleh. Tiada paksaan untuk buat bisnes..

Pendaftaran Ahli

Terdapat dua pilihan untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor (SID):

  1. Mendaftar dengan yuran RM69.
  2. Pendaftaran adalah PERCUMA dengan pembelian sekurang-kurangnya RM690.

Ya.. Modal pendaftaran Shaklee sangat rendah, tak perlu berhutang atau meminjam duit dari mana-mana pihak. Proses pendaftaran pun sangat mudah. Namun, anda perlu berhati-hati memilih mentor (upline) anda, kerana anda tidak mau mensia-siakan modal pendaftaran yang berjumlah RM69 itu. Anda juga tidak mau dibiarkan oleh mentor anda dan tidak mendapat bimbingan yang betul untuk berjaya dalam bisnes ini. Selain itu, anda juga pastinya tidak mau diberi konsultansi yang salah semasa mengambil suplemen Shaklee.

Apa tunggu lagi? Daftar Sekarang!!

1897808_489431821185534_59131442_n

Sebahagian ahli di bawah empayar saya – selesai kursus Shaklee

Kelebihan Mendaftar Dibawah Empayar Saya

Mendaftarlah dibawah empayar saya kerana saya sangat komited membimbing dan memberi konsultansi terbaik untuk anda. Berikut adalah kelebihan mendaftar melalui saya:

  1. Anda akan diberi akses ke dalam secret group Laurah & Jutawan Shaklee yang hanya boleh disertai oleh SID dibawah empayar saya sahaja.
  2. Anda juga secara automatik akan dimasukkan ke secret group FB upline2 saya yang sudah berjaya dan memegang rank Master Coordinator.
  3. Anda akan dimasukkan ke dalam group Whatsapp & Telegram saya.
  4. Perkongsian info berkenaan produk Shaklee, tips perniagaan online, tips marketing, cara closing dengan betul, bagaimana nak menarik pelanggan dan banyak lagi rahsia perniagaan akan dikongsikan kepada anda melalui secret group Facebook dan group Whatsapp.
  5. Bimbingan offline secara berkumpulan dibuat melalui kelas2 bimbingan Shaklee yang dibuat 3 bulan sekali.
  6. Bimbingan offline secara peribadi (1-to-1) dibuat mengikut kesesuaian masa anda. Saya adalah fulltime SID, anda boleh set appointment dengan saya bila2 masa.
  7. Menjanjikan macam2 reward untuk anak-cucu-cicit yang perform termasuklah reward berbentuk cash, emas, handbag berjenama dan sebagainya.
  8. Saya sangat penyayang. Hahahaha.. Saya tidak paksa anda untuk serius bisnes ataupun cari downline ramai2. Bisnes ini adalah bisnes anda, anda menentukan sejauh mana anda sanggup berkorban untuk mencapai matlamat bisnes anda.

Ya! Saya nak extra income. Klik sini untuk pendaftaran.

Majlis Penghargaan Anjuran Shaklee

Majlis Penghargaan Anjuran Shaklee

Kelebihan Mendaftar Sebagai Shaklee Independent Distributor (SID)

Anda perlu tau bahawa selepas mengisi borang keahlian Shaklee, anda layak menikmati kelebihan berikut:

  1. Membeli dengan harga ahli iaitu 20% diskaun dari harga runcit.
  2. Belian melebihi RM 480 sebulan, layak bonus 5%. Semakin tinggi belian, semakin tinggi %bonus. Bonus boleh mencecah hingga 6-7 angka sebulan.
  3. Menunaikan umrah atau menyertai trip pelancongan bertaraf 5 bintang secara percuma.
  4. Menikmati bonus kereta yang dibayar dalam bentuk cash. Semakin cemerlang performance anda, semakin tinggi bonus kereta dibayar kepada anda.
  5. Shaklee menghargai semua SID yang serius buat bisnes. Pelbagai majlis khas dianjurkan oleh Shaklee untuk meraihkan kejayaan SID.

Kursus & Latihan

Mungkin ada yang beranggapan, suplemen hanya boleh dijual oleh individu2 yang pakar dalam bidang perubatan dan nutrisi. Anda silap!! Sebelum ini, saya juga tidak mempunyai kepakaran dalam bidang2 ini, malah saya tidak ada pengalaman berniaga langsung. Namun, semua kepakaran ini boleh dipelajari. Kursus dan latihan anjuran Shaklee dibuat secara berkala setiap bulan di seluruh Malaysia. Kursus2 tersebut adalah seperti berikut:

  1. Bengkel Nutrisi/ Product Workshop.
  2. New Distributor Training.
  3. Health & Wellness Talk.
  4. Business Opportunity Meeting.

Selain itu, kelas2 latihan anjuran group saya sendiri dibuat secara berkala, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Banyak tips2 rahsia akan dikongsikan oleh senior2 kita yang sudah berjaya dalam Shaklee. Bimbingan secara online dibuat 24/7 melalui group eksklusif di Facebook dan Whatsapp.

Mulai Oct 2013, sistem online Shaklee iaitu Shaklee2u telah dilancarkan. Dengan itu, produk Shaklee boleh dibeli secara online, kerja2 pengeposan diuruskan oleh staf Shaklee sendiri. Selain itu, sistem ini juga membolehkan kita membuat pendaftaran ahli baru secara online, melihat bonus statement dan Genealogy Inquiry secara real time. Senang bukan? Semuanya dihujung jari ­čÖé

Last but not least, sebelum kita memulakan bisnes ini, pastikan NIAT kita betul. Bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan mau cepat kaya.

“Dalam bisnes, kita JANGAN MENJUAL, tapi kita PERKENALKAN produk pada orang ramai. Kalau buat bisnes tujuan untuk UNTUNG SEMATA, takkan jadi KAYA. Kita buat bisnes tujuan untuk bantu menyelesaikan masalah orang, baru boleh KAYA dan BERJAYA”. – Dr. Azizan Osman.

Bisnes ini bukan bisnes ‘cari orang’ dan bukan skim cepat kaya. Kita perlu melalui macam2 dugaan dan cabaran. Kuatkan hati dan motivasi diri. Apa tujuan kita nak buat Shaklee?? Apa impian dan matlamat kita dalam bisnes ni? Mau pencen awal? Mau rumah besar? Mau kereta mewah? Mau naik haji dan umrah? Mau melancong??.. Senaraikan impian anda. Senaraikan semuanya!! Ia akan menjadi PUSH FACTOR anda semasa anda diuji dengan dugaan2 yang besar. Apapun cabaran itu, anda sememangnya boleh mengharunginya dan boleh mencapai apa jua impian anda. Dengan Shaklee, ramai yang dah jadi Jutawan. Anda juga boleh jadi jutawan, asalkan saja anda mau berubah, keluar dari zon selesa, sentiasa positif dan tiru saja pattern orang2 yang sudah berjaya.

Izinkan saya membantu anda. Daftar sekarang!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena