I love May… 1st

Bulan May adalah antara bulan yang ditunggu- tunggu setiap tahun? Why? Nanti saya citer one by one dalam blog ni yer..

1st of May.. Semua orang boleh bercuti sempena Hari Pekerja. Yahoo!! Sape yang terpaksa bekerja tu pun dapat gak gaji lebih skit. Best tak May??

1st of May.. Awal-awal lagi hubby dah dapatkan hadiah hari jadi saya. Ehehe.. Thank you hubby!!! Mmuuaahh… Mmmuuaahh… Mmmuuaahh..

Continue reading

Athena: Goddess of War

tak ingat bila drama ni mula dimainkan di S-One HD, tapi masa tu memang saya tak minat langsung nak follow, memandangkan dah banyak series yang tertinggal. lebih baik tengok citer yang baru nak start.. then, hubby tak puas hati sebab tak tengok drama tu dari awal, bermula la operasi download-mendownload.

selesai sahaja aktiviti men-download, aktiviti marathon menghabiskan 20 episodes pun bermula. memula saya tak terhingin pun nak join hubby, tapi lama kelamaan terjerat juga bila tengok heroins dia tu dua-dua pun saaangat kiut… hero dia plak macam familiar dan boleh tahan juga hensem dia.

setelah beberapa episod ditempuhi, suatu hari saya terjumpa dengan si hero di UMS. huhhh??! biar betik? tak pasal-pasal jantung berdebar-debar. ni ker mamat yang saya tengok tiap-tiap malam kat dalam tv? memula, rasa tak confident, so malam tu bila dah start tengok episod yang seterusnya.. memang sah!! dia la orang tu. hehehe.. tapi, pelanduk dua serupa jer la..

Hero yang sangat familiar… Jung Woo Sung sebagai Jung Woo

drama ni mengisahkan tentang peperangan di antara North Korea dengan South Korea. actually, saya tak concentrate sangat pun nak memahami citer ni, sebab biasanya saya dah tertidur semasa hubby menghabiskan episod. besok saya dah start tengok episod yang ntah ke berapa dah… tumpang sekaki je dengan hubby.

Heroin Pertama, Lee Ji Ah sebagai Jae Hee

memang ada juga citer cinta bersegi-segi. memula hero tu (Jung Woo) bercinta dengan heroin pertama (Jae Hee) tapi, percintaan dorang tidak direstui oleh bapa Jae Hee dengan alasan, dorang berdua ni bekerja di NTS (North Anti-Terrorist Service) sebagai agen anti-terrorist. so, tak sesuai la bercinta dan jadi suami isteri, nanti kang kalau bergaduh, habis periuk belanga berterbangan atas kepala anak-anak. hahahaha…

Heroin Kedua, Soo Ae sebagai Hae In

akhirnya dorang pun putus cinta.. lepas tu, hero kedua plak muncul (Hae In). dia ni sebenarnya agent dari pihak terrorist (Athena) yang disuruh menjadi spy kat NTS. tak pasal-pasal Jung Woo jatuh cinta kat dia dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. dalam masa yang sama, Hae In rasa serba salah kerana terpaksa menurut perintah Son Hyuk, yang merupakan ketua Athena dan juga orang yang telah menyelamatkan dia dari kebakaran yang berlaku semasa dia masih kecil. actually, Son Hyuk pun dah lama memendam perasaan kat Hae In, tapi terhalang dengan kehadiran Jung Woo.

kalau korang tengok, memang tak menyesal sebab happy ending… ;) oh ya, OST dia pun best-best belaka.

Continue reading

Second pregnancy

Hahhh… Dah start dah lagi, sindrom tak dapat tidor. Kenapa ekk? Mungkin saya takleh tidor dalam suasana rumah yang sunyi kut. Sebab, bila danieL dan abah dia belum tidor, saya dah pengsan atas katil. Bila dorang dah tutup lampu, tutup tv dan nyenyak tidor, saya plak yang terbangun semula dan susah nak tidor balik. Haisshh.. Pelik la..

Takpe, takpe.. Lepas buat entri ni mesti dah boleh tidor!!! Ceh, konfiden jer..

Memandangkan ramai kawan-kawan dah mulai bercerita pengalaman bersalin dorang dalam blog, saya pun teringat la jugak pengalaman sendiri. So, sesape yang terlebih rajin tu, bole baca kat sini.

Alhamdulillah, masa tu dapat bersalin dengan normal walaupun terpaksa menunggu selama lebih kurang 14 jam. Pengalaman bersalin memang seronok sangat, sehinggakan sebaik sahaja proses meneran selesai, dengan spontan saya kata kat bidan, “bestnya bersalin!!” hahahaha.. Bidan tu pun terkejut dan menjawab, “apa?? First time saya dengar orang rasa best bersalin”.

Rupa-rupanya kesakitan tak berakhir di situ. Proses jahit-menjahit diteruskan plak dan masa tu lah saya rasa menyesal sangat cakap perkataan ‘best’ tadi. Huhuhu.. Sabor jer la.. Rupa-rupanya sakit dijahit itu lebih sakit daripada kontraksi dan meneran.

Tapi, ada gak orang bagitau, kununnya kalau bersalin kat swasta, sakit dijahit tu takde langsung. Biar betul?! Tetiba terasa nak try bersalin kat swasta plak kali ni, boleh??

Bila tanya pendapat hubby, dia pun setuju. Dengan syarat, masa pregnant ni kena jaga kesihatan dari semua sudut supaya takde lagi kes masuk wad macam hari tu. Dengan syarat, masa kontraksi tak mengambil masa yang terlalu lama, sebab swasta kan sangat terkenal dengan aktiviti potong-memotong.. Kan??

Aihhh.. Macamana nak patuhi syarat-syarat tu? Soal kesihatan ni bukan kuasa kita, tapi kita kena ikhtiar la juga kan? Antara tips-tips yang saya amalkan skang ni, minum air dengan kuantiti yang mencukupi. Biar la, tak kesah la kalau terpaksa berulang-alik ke toilet, yang penting tak kena urine infection. Kalau takleh terima air masak, tak kesah la minum air apa-apa pun yang penting ada penggantinya seperti 100Plus atau air berperisa.

Tips kedua, kurangkan muntah kerana muntah akan menyebabkan air dalam badan berkurang dan selera makan terhenti. Errr?? Boleh ke? Biasanya perasaan mual tu memang sangat sinonim dengan pregnancy, kan? So, macamana nak elak? Kalau mengikut kondisi dan pengalaman saya, saya perlu kurangkan makanan asam sebab ia boleh mengundang gastrik. Sentiasa memakai stokin dan pakaian tebal supaya badan tak mudah masuk angin. Kalau dah mula rasa mual-mual tu, cepat-cepat la ambik minyak angin.

Tips ketiga, nasihat ni saya dapat dari senior-senior yang dah banyak pengalaman. Dorang kata, kalau nak mudah bersalin, ambik produk Salindah. Actually, first pregnancy dulu pun dah pernah dengar recommendation sebegini, tapi masa tu kandungan dah masuk 5 bulan, pastu tak baper expert lagi dalam bab shopping online, so akhirnya tak ambik pun produk tu. Kali ni memang dah takde alasan, produk tu pun dah sampai, minggu ke-12 nanti boleh la mula mengamalkan ubat-ubatannya. Hopefully, dapat lah merasa kebaikan produk tu sepertimana yang diuar-uarkan. Amin..

Tips yang terakhir tentunya sentiasa berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan semuanya, semoga usaha-usaha ini beroleh keberkatan dariNya. Apapun, sehingga ke hari ni, saya belum lagi mula buat review dengan doktor. Huhu.. Jangan marah, misi. Insya-Allah, minggu ke-12 nanti saya akan mula merajinkan diri melawat korang yer… ;)

Continue reading

Parenting Issues

Dah start dah, sindrom menguap sampai nak terkoyak mulut, tapi masih tak dapat tidor. Aiiihh.. Setiap malam pun macam ni, pusing sana pusing sini, mencari kedudukan yang sesuai, masih juga gagal untuk tidor. Terdengar plak dendangan lagu-lagu karaoke yang disumbangkan oleh warga apartment ni, pelik bin ajaib, setiap malam dorang nak melalak. Dorang ingat ni kampung mak bapak dorang ke?? Mujur bunyi-bunyian tu hanya sayup-sayup kedengaran, ntah macamana la perasaan orang yang tinggal seblok ngan dorang. Huhu..

Anyway, saya bukan nak menunjukkan bakat membebel disini, bukan ada kena mengena ngan korang pun. Ngehehe..

Dah lama terasa nak komen pasal kes remaja-remaja skang ni yang suka lari dari rumah, pastu jadi kes culik plak. Huhu.. Rasa geram kat remaja tu pun ada, rasa gerun pun ada gak.

Melihat situasi remaja itu, mereka adalah masa lampau saya. Tidak dinafikan dulu ada gak rasa terkongkong, tapi takde la terfikir sampai nak lari dari rumah. But, honestly zaman remaja dulu, saya bukan spesis manusia yang suka memerap di rumah. Sebab tu, saya sendiri yang buat keputusan nak tinggal di asrama. At least, boleh belajar berdikari dan tidak lah rasa terkongkong sangat.

Melihat situasi ibubapa itu, mereka adalah masa hadapan saya. Kenapa anak mereka lari? Apa salah ibubapa itu? Siapa yang bersalah sebenarnya?

Saya bukan expert pun dalam bidang keibubapaan ni, anak baru sorang, umur anak pun belum sampai 3 tahun. Tapi, sebagai persediaan, perkara-perkara sebegini perlu dicerna lebih awal kan?

Bagi saya, zaman skang memang dah jauh berbeza dari zaman ibubapa kita dulu. Tak kesah kau hidup di bandar ka.. di kampung ka.. memang dah tak sama dah. Skang ni bukan lagi masa yang sesuai untuk kita menambah zuriat sesuka hati. Faktor kewangan bukan lagi menjadi isu utama dalam membesarkan anak-anak. Skang ni, cleaner pun dah mampu upah orang lain untuk jadi babysitter dorang. Tapi, bagaimana dengan faktor pendidikan anak-anak? Faktor rohani? Adakah wajar kita menswastakan sepenuhnya kepada orang lain.

Saya rasa itu lah faktor utama yang menjadi cabaran ibubapa masa kini. Kita boleh hantar anak kita di sekolah yang terbaik tapi, adakah itu mencukupi untuk mereka menjadi anak yang soleh, atau sekurang-kurangnya tidak lari dari rumah atas pengaruh boyfren? Adakah si anak patut dipersalahkan 100%?

Jadi, sudah tentunya tidak. Seorang anak dilahirkan tanpa setitik dosa, ibubapa lah yang mencorakkannya. Sebanyak mana masa yang telah kita habiskan untuk mereka? Adakah masa itu dihabiskan secara berkualiti? Kalau kita ada 5 orang anak, macamana kita nak pastikan setiap daripada anak-anak kita tu mendapat perhatian yang sewajarnya? Jangan lupa, gejala sosial kini berada di hujung jari mereka. Bagaimana untuk kita mengawalnya?

Dan dalam masa yang sama, disebabkan bebanan kerja rumah dan ofis, kita tidak akan mampu melayan setiap karenah dan kehendak mereka. Kerana penat, dengan mudah kita menengking menggunakan kata-kata kesat. Adakah salah mencari rezki untuk membesarkan anak?

Ibubapa pastinya tersepit antara dua jalan. Sebab tu lah kehidupan skang perlukan perancangan yang teliti. Ingat lah, bagaimana cara kita melayan anak-anak kita skang, begitu lah juga layanan yang kita akan terima di masa tua kita nanti.

Dulu, ada seorang pacik tukang kebun yang bekerja di asrama kami. Pacik tu dah pekak disebabkan accident yang berlaku semasa dia bekerja sebagai penyelam. Saya sangat kesian melihat pacik yang agak uzur tu, masih memegang mesin rumput di bawah terik mentari. Lalu saya berkata pada seorang kawan, “kenapa anak-anak dia tak pedulikan dia?”. Kawan saya lantas menyahut, “kita tak tau apa yang dia dah buat kat anak-anak dia..”. Saya tergamam.

Memang tak patut ibubapa dihukum oleh anak-anaknya, walaupun mungkin dulu dia melayan anaknya dengan buruk sekali. Walau apa pun, mereka adalah ibubapa kita, tanpa mereka, tiada lah kita di dunia ni. Tapi, siapa yang mampu menyedarkan anak-anak itu? Hanya Allah pemberi hidayah, bukan?

Saya dah akui saya bukan lah pakar dalam bab ini, tapi benda-benda sebegini sudah mulai menghantui saya. I mean, kalau bukan skang, bila lagi kita nak mulai berfikir dan membuat perancangan kan? Takkan lah bila dah terkena batang hidung sendiri, baru nak kata, “kalau lah…”. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua untuk kita sama-sama fikirkan.

Wallahu’alam..

Continue reading

bila malam menjelma..

halloo.. anybody there??

huhuhu.. lama dah tak update blog kan? semakin lama, semakin kurang entri dalam blog ni. maklum lah, semenjak disahkan pregnant, semenjak tu lah perangai malas semakin menjadi-jadi. terutama sekali kalau waktu malam, saya betul-betul tewas!! nak masukkan kain kotor dalam washing machine pun, rasa macam adeh.. malasnya!! mujur lah waktu siang tu ada, mood malas pandai plak menjauhkan diri.

citer pasal malam.. skang ni, danieL pun dah tak baper memilih nak tidor dengan siapa. kalau dulu, mesti nak tidor bawa ketiak saya, tapi skang ni dia dah pandai ‘join’ abah dia tidor kat ruang tamu sambil tengok tv. kalau atuk dia datang melawat, dari siang sampai ke malam lah ‘melekat’ dengan atuk dia.

syukur la nak.. nanti bila dah ada adik, takde la manja sangat nak tidor bawah ketiak adik dia plak.

atau.. mungkin juga danieL dah mula ‘menjauhkan’ diri dari saya sebab bosan tengok saya asek nak baring atas katil jer. pernah sekali tu, time saya sedang tidur-tidur ayam, tetiba dia cakap.. “umi.. masak!!” miahahaha… anak saya dah pandai suruh umi dia memasak?!! terpaksa lah saya jawab, “kejap lagi abah balik bawa makanan.” pastu, danieL tanya, “abah ada duit?”. miahahahaha.. mungkin dia risau kalau abah dia dah kehabisan duit, hari-hari tapau makanan dari luar.

ok la, setakat ni jer untuk kali ni, sebab saya sangat malas. ngehehehe…

Continue reading

latest updates..

9 Mac 2012, Jumaat

Dari awal pagi lagi, badan rasa tak selesa semacam. Lunch hour, Leyana tegur, “Kenapa muka kau ni, merah saja dari tadi. Kau sakit kah?”. Saya jawab, “Mungkin lah, badan pun rasa sejuk jak, mungkin tanda-tanda mau sakit ni”. Sebelah petang, masih rasa sejuk. Pakai blazer, tutup aircon dan tutup pintu bilik sebab tak nak aircon dari luar masuk ke bilik. Dari pukul 2 – 5 pm, setitik peluh pun tak kuar. Huhuhu…

10 – 11 Mac 2012, Sabtu & Ahad

Berehat di rumah sepuas-puasnya. Badan masih rasa tak selesa, rasa lapar memanjang tapi tiada selera makan. Mungkin terlampau penat, minggu lepas, berkursus di KL dari 27 Feb – 1 Mac. Lepas tu, 2 Mac terus balik rumah mentua di Beaufort, sempena perkahwinan anak sulong dorang. Tapi, bila fikir-fikir balik, kat sana takde la kerja kuat sangat, paling-paling pun penat melayan karenah danieL jer. Hmmm…

12 Mac 2012, Isnin

Masuk ofis, langsung takde mood nak buat kerja. Walaupun dah makan breakfast, perut masih rasa kosong. Haishhh!! Apa lah yang tak kena dengan perut ni, banyak sangat angin kut. So, dari pagi sampai ke petang, takde buat kerja selain melepak di meja orang, mengadu rasa penat, rasa tak selesa, rasa lapar dan macam-macam lagi. Dorang cakap, “Kau pregnant kut!!”. Hahh??! Jangan mimpi lah!! Saya yakin ni bukan tanda nak pregnant, tapi tanda nak datang bulan. Lagipun, sepatutnya besok adalah tarikh biasa saya kena period.

13 Mac 2012, Selasa

Excited melawat ofismate yang baru selamat bersalin di Rafflesia Medical Center, walaupun rasa tak selesa masih ada. Spekulasi hari ni ialah… mungkin sebab hari tu kat KL makan banyak sangat, 5 kali sehari. Bila dah balik rumah, makan pun dah tak ikut jadual, so perut agak terkejut menerima perubahan. Ye kerr?? Huhuhu.. stress sangat sebab tak jumpa penyelesaian. Sampai bila harus begini??

14 Mac 2012, Rabu

Awal pagi lagi dah rasa tak larat nak bersiap gi kerja, so terpaksa lah ambik emergency leave. Rumah dah tak terurus, pinggan mangkuk bertimbun, lantai bersepah, tapi.. takde tenaga nak bersihkan rumah, malah pegang air pun rasa sejuk semacam. Hubby suggest gi berurut kat Jari-Jari Spa, cadangan yang bernas tapi, takde tenaga juga untuk driving ke sana. Lepak-lepak sambil buka FB, chit chat dengan adik ipar, tanya kut-kut dia ada kenal orang yang pandai mengurut dan boleh datang ke rumah. Ada.. tapi takde yang sanggup datang rumah. Haisshhh..

Tetiba rasa pelik kenapa period tak datang-datang lagi?? Tetiba rasa nak cek tarikh period terakhir. Oo owwhh.. rupanya tarikh period terakhir adalah sekitar 2hb – 7hb. Hari ni dah lewat lebih kurang 2 minggu. Huhhh??! Pregnant ka??

Tadaa!!

Hehehe.. Baru rasa lega, terjawab semua persoalan.

2 April 2012, Isnin

Hari ni genap 8 minggu 3 hari usia kandungan. Rasa mual-mual masih ada. Sama macam dulu, trimester pertama adalah saat-saat yang paling mencabar sekali. Badan mudah masuk angin dan rasa sejuk. Kalau dulu, saya adalah makhluk yang paling anti dengan bau minyak angin, tapi skang minyak angin dah menjadi sahabat setia. Tapi, yang peliknya.. masa pregnant-kan danieL dulu, saya paling suka makanan yang masam. Kali ni plak suka makan makanan yang manis. Kalau dulu, mood bekerja takde la terjejas sangat, mungkin sebab environment kerja kat swasta kut.. Skang ni plak, kalau boleh sepanjang masa nak berehat, tak nak fikir banyak sangat, ingat nak tidor je, boleh??

Apapun, masa pregnant adalah masa untuk saya cepat marah. Huhuhu.. tak suka marah-marah, tapi ntah lah kenapa jadi macam ni. Anyway, doakan saya agar dapat melalui perjalanan ibu-mengandung ini dengan baik. Terima kasih, ya Allah atas anugerah Mu ini. Alhamdulillah..

Continue reading

prev posts prev posts