Kenali & Hubungi Saya

Saya Laurah @ Nur Solehah Binti Misaha, ibu kepada dua orang anak yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Kepakaran saya adalah membantu ibu dan bakal ibu melalui detik-detik sebelum, semasa dan selepas kehamilan dengan lebih bertenaga, sihat dan ceria. Selain itu, saya juga pakar membantu dan memberi peluang kepada surirumah mahupun individu bekerjaya untuk menjana pendapatan sampingan, meringankan beban kewangan dan mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga.

Anak adalah impian setiap pasangan suami isteri. Masalahnya, ada pasangan suami isteri yang lambat dikurniakan zuriat akibat masalah kesuburan. Yang lebih menyedihkan lagi, masalah ini kadang-kadang menjadi bahan gurauan orang-orang sekeliling, sehingga menimbulkan perasaan tidak senang hati kepada pasangan. Selain itu, ibu-ibu yang telah disahkan hamil pula melalui pelbagai cabaran kesihatan seperti morning sickness yang teruk, jangkitan pada pundi kencing, bacaan HB (hemoglobin) yang rendah, tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu-ibu juga berisiko mengalami masalah kekurangan nutrisi, menyebabkan badan lesu tidak bermaya, kulit menjadi kusam seterusnya menjejaskan penghasilan air susu ibu.

Detik Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Sebelum mengenali Shaklee, saya bekerja sebagai penjawat awam yang memegang jawatan Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah universiti. Saya mula mengenali Shaklee pada Oktober 2012, semasa sedang mengandungkan anak kedua – Aysha. Produk pertama Shaklee yang saya consume ialah Set Penyusuan Shaklee. Saya sangat berpuas hati dengan set ini kerana ia bukan sahaja membantu melancarkan misi penyusuan saya, malah membekalkan tenaga yang lebih untuk melakukan rutin harian. Selain itu, saya dapati set ini juga mengurangkan simptom sakit gigi / gigi longgar, sakit pinggang, tangan kebas dan sembelit.

Surirumah Sepenuh Masa

Selepas melahirkan Aysha, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa demi menjaga dua orang anak saya, danieL dan Aysha. Kerana sangat berpuas hati dengan suplemen Shaklee, saya mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee mulai Februari 2013. Alhamdulillah.. Bisnes ini sememangnya sangat membantu menambah pendapatan seterusnya menjadi income tetap buat saya. Walaupun saya kini bergelar surirumah, namun bonus yang Shaklee bayar kepada saya kini 10kali ganda melebihi gaji terakhir saya semasa bekerja dulu.

ummi-n-kids

Kenapa saya memilih Shaklee?

Tidak dinafikan, banyak jenama lain yang juga menjual produk suplemen dan vitamin. Saya tetap memilih Shaklee kerana Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi no. 1 di Amerika Syarikat sejak tahun 1956. Ini bermakna, Shaklee telah beroperasi selama lebih 50 tahun dan begitu pakar mengkaji dan mengeluarkan produk semulajadi tanpa bahan sintetik, tanpa pewarna, tanpa pemanis tiruan dan tanpa silika gel. Produk Shaklee dijamin Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Dan yang paling penting sekali, ia mempunyai kelulusan KKM dan mendapat pengiktirafan Halal daripada Islamic Services of America (ISA), iaitu salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee juga merupakan pengasas kepada multivitamin pertama dunia dan individu pertama yang telah memperkenalkan konsep Multi-Level Marketing (MLM) dalam perniagaan. Jadi, kenapa tidak saya memilih Shaklee?

Bisnes MLM Shaklee

Penglibatan saya dalam bisnes Shaklee yang dulunya hanya untuk mengisi masa lapang sambil mencari sedikit pendapatan sampingan kini telah banyak mengubah kehidupan saya. Bisnes MLM Shaklee bukan Skim Cepat Kaya dan tidak pernah mengelirukan atau mengaburi mata pelanggan. Pelan Pemasaran Shaklee sangat jelas, telus dan adil. Empayar saya kini berkembang di seluruh Malaysia. Ramai surirumah dan ibu-ibu bekerjaya dibawah organisasi saya kini menikmati bonus sebanyak 4 hingga 5 angka. Kami bukan sahaja berjaya keluar dari belenggu masalah kewangan malah tahap kesihatan juga semakin baik dan kami mempunyai lebih banyak masa untuk dihabiskan bersama suami, anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah.. Selepas 15bulan melibatkan diri dalam bisnes ini, Allah mengizinkan saya untuk sampai ke rank tertinggi iaitu Master Coordinator Shaklee.

Hubungi Saya

Ketahui bagaimana anda boleh menempah produk Shaklee, seterusnya menjana pendapatan sampingan melalui bisnes Shaklee. Saya membuat penghantaran secara COD (cash on delivery) di sekitar Kota Kinabalu (Tuaran ke Kinarut) dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Hubungi saya. Izinkan saya membantu meningkatkan kualiti hidup anda.

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ab_sahaq@yahoo.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU” – Joyce Meyer

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena