Lapang, Sebelum Sempit

Benarlah hadith nabi.. hargai masa lapang sebelum sempit..

Teringat masa muda-muda dulu.. masa baru kahwin, belum ada anak. Banyak masa lapang!

Weekend, wajib jalan-jalan cari makan. Setiap malam, rajin update blog ntah apa-apa cerita syok sendiri.

Hahaha..

Sempat pula buat tuition programming untuk student UNITAR. Sambil-sambil tu ambil partime buat sistem online company lain.

Pergghh.. best gila! Ibu-madeeha memang dari dulu suka multi-tasking.

Jeng jeng jeng..

Bila sudah ada baby pertama, sudah malas-malas ambil partime. Kelas tuition pula selalu kena tunda. Tapi, blogging masih aktif setiap minggu.

Ibu-madeeha memang suka menulis sejak zaman sekolah.

Kemudian.. selepas lahir baby kedua, terus hilang nafsu bekerja.. apatah lagi buat partime. Best rasanya jadi surirumah sambil-sambil update blog, sambil-sambil buat income melalui internet.

Naaa… rasakan penangan anak ketiga!!

Bila baby sudah mulai aktif. Bukan aktif berlari pun.. baaru belajar pusingkan badan, meniarap.. bermula fasa ini lah dia perlu perhatian 100%.

Bila ibu-madeeha pegang hp, dia tampar tangan ibu. Bila kena tampar, tertekan pula button DELETE. Habis!!! Selamat Hari Raya!

Hahahaha..

Terpaksa tunggu baby tidur. Itu pun dia tidur sekejap-sekejap ja. Bukan macam masa umur 1-3 bulan, tidur sampai 2jam. Macam-macam kerja boleh siap dalam tempoh tu.

Kalau dulu, masa baby kedua, ibu sempat buat banyak kerja selepas baby tidur malam. Kekadang nda sedar, ibu buat kerja saaaampai pagi!! Sedar-sedar ayam sudah berkokok.

Baby ketiga, ibu nda boleh sudah lah berjaga sampai pagi. Rutin harian totally bertukar. Mesti tidur tepat jam 9pm atau selewat-lewatnya jam 10pm.

Sebab esok pagi kena bangun awal siapkan anak pertama dan kedua pegi sekolah.

Jam 11am – 2pm pula ibu wajib start enjin kereta, ambil anak-anak dari sekolah. Kekadang sempat singgah buat cod tempahan Shaklee, sebelum sampai rumah.

Begitu rupanya penangan anak ketiga ya.. ntah macamana lah kehidupan ibu-ibu yang ada anak 4-10 orang?

Bukan nda terfikir ambil maid. Malah sudah beberapa kali tukar maid.

Huhu.. kenapa ya?

Mungkin, ibu-madeeha memang jenis cerewet dalam bab kerja rumah… atau cerewet memilih ‘orang’ yang sesuai untuk jadi maid.

Pernah juga ambil cleaner yang datang seminggu sekali, tapi ibu rasa nda berbaloi. Kerja nda banyak pun. Seminggu sekali, ibu sendiri pun boleh buat.

Ibu prefer maid yang menetap di rumah ibu, pandai buat kerja rumah tanpa disuruh dan pandai masak ikut citarasa melayu atau dusun.

Hahhh.. cerewet ka tidak??

Maknanya, ibu nda mau la warga asing. Hmm.. macam-macam pengalaman ambil maid warga asing ni. Macam-macam karenah.

Masalahnya.. orang tempatan kita ni, lebih prefer kerja kilang.. atau kerja jaga kedai runcit. Kan??

Apapun.. Ini hanya lah keluhan sebab sudah lama nda update blog. Hahaha..

Jangan salah faham.

Ibu enjoy bekerja sebagai surirumah. Sibuk, penat, kelam kabut, multi-tasking.. tapi ibu puas hati sebab anak-anak sentiasa ada depan mata.

Jadi.. siapa yang masih bujang.. atau yang sudah berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat, jangan lah sedih sangat. Bersyukur lah. Anda masih ada banyak masa. Gunakan sebaiknya.

Benarlah hadith nabi.. hargai masa lapang sebelum sempit..

Ibu-ibu lain mesti setuju juga kan?

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply