Resepi Ayam Goreng KFC

Ehh.. Kamurang perasan ka? Makanan di KFC sudah naik harga tau!! Yang snack plate dulu-dulu nda sampai RM10.. sekarang ni macam RM12+ sudah ooo..

Tapi.. Pizza Hut pula turun harga. Yang saiz regular hanya RM10 sekeping. Perghhh.. heaven! 

Mungkin gara-gara minyak naik harga kan? Masak pizza nda pakai minyak gia tu.. 

Jadi.. di zaman kenaikan harga ni, bagus la kita ibu-ibu menaiktaraf skill yang sedia ada. Hahahaha..

Actually.. ibumadeeha bukan lah peminat tegar KFC atau Pizza Hut, tapi kadang-kadang tu jak la ‘pancing’ yang kita ada untuk menarik selera anak… kan??

Bila sudah ada 3 anak ni pula.. ibumadeeha lebih suka masak di rumah.. daripada makan di luar. Lebih selesa makan di rumah, nda payah main kejar-kejar dengan anak-anak. Hehe..

Ayam KFC Homemade


Alhamdulillah.. ini kali kedua ibumadeeha masak ayam KFC di rumah. Resepi ni dapat dari pacik Google ja. Senang, simple dan memang sedap sehingga menjilat jari.

Jom tengok apa bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan (A) untuk diperap selama sejam:

+ 10 ketul sayap ayam
+ 8 ulas bawang putih dan tumbuk
+ 3 sudu besar serbuk cili (kalau mau extra pedas, bole tambah 2 sudu lagi)
+ 2 sudu serbuk kari ayam
+ 2 sudu-teh garam
+ secubit soda bikarbonat
+ secubit ajinomoto
+ Sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang di perap dan digaul hingga sebati bersama ayam

Bahan-bahan (B) untuk salut tepung pada ayam:

+ 3 cawan tepung jagung
+ 1/2 cawan tepung gandum
+ garam secukup rasa
+ secubit soda bikarbonat
+ 1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda)
+ 1 biji telur – pukul telur secara berasingan

Cara-cara penyediaan ayam goreng KFC:

  1. Anda perlu perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan-bahan (A) di atas tadi.
  2. Semua bahan-bahan (B) salut tepung digaul rata hingga ramuan tepung sebati
  3. Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur.
  4. Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan – bahan (B) iaitu bahan salut tepung.
  5. Seterusnya yang terakhir sekali adalah goreng ayam yang telah disalut dengan tepung ke dalam periuk atau kuali dan biarkan ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Masak sehingga 15 minit dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba ibu-ibu! Jangan sampai anak request hari-hari ayam KFC. Hahaha..

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: Rakan Ibu Sihat
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply