Kencing Manis Semasa Hamil

“Alah… lepas doktor suruh minum air gula.. naik pula bacaan gula saya. Haisshh.. nda pasal-pasal kena kencing manis bah”.

“Aduiii.. malas sudah mau mengandung lepas ni. Balik-balik review kencing manis. Satu hari mau 3kali ulang-alik pi klinik, mana tahan!! Bos di opis pun jeling-jeling sudah sebab balik-balik saya minta excuse keluar. Kalau ambil cuti, habis la gaji kena potong”.

Ini antara keluhan ibu-ibu yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) semasa hamil. Kesiaan.. 

Walaupun ibumadeeha nda pernah kena, tapi turut rasa simpati juga bah.


Sebenarnya.. masalah gaji kena potong.. ulang-alik pi klinik.. itu semua bukan masalah utama.

Banyaakkk masalah lain yang lebih menakutkan bila ibu ada kencing manis semasa hamil. Antaranya ialah:

  1. Risiko bayi lahir dengan berat dan saiz besar. Kalau ibu nda dapat meneran nanti terpaksa lah bersalin secara pembedahan caesarean.
  2. Risiko jangkitan faraj dan kencing kotor.
  3. Selepas bersalin, bayi berisiko mempunyai gula dalam darah yang terlalu rendah dan jaundis. Bayi perlu ditahan di unit neonatal.
  4. Bayi cenderung menghidap obesiti dan diabetes di masa akan datang.
  5. Risiko jangkitan kuman pada luka jahitan ibu selepas bersalin, menyebabkan luka lambat sembuh.

Na’uzubillahi min zalik.. scary kan? Sudah lah bersalin czer, bayi kena tahan diwad, luka czer pula lambat sembuh. Aduiii… 

Sebab tu ibu perlu beringat di awal-awal kehamilan. Jangan makan macam nda ingat dunia.. mentang-mentang lah makan untuk 2 orang.. kan? Hehe..


Beberapa tips untuk ibu elak kencing manis semasa hamil ialah:- 

  1. Amalkan diet seimbang. Kurangkan makan atau minum manis. Ambil lah protein yang rendah lemak seperti ESP.
  2. Kerap bersenam yang sesuai untuk ibu hamil, contohnya yoga, berenang dan berjalan.
  3. Kawal berat badan.
  4. Berhenti merokok. Merokok bukan sahaja meningkatkan risiko kencing manis, malah nda bagus untuk kesihatan bayi dalam kandungan.

Saranan saya, amalkan lah diet seimbang sedari awal. Jangan sampai sudah disahkan menghidap kencing manis, baru kelam kabut cari penawar. 

Apakah tanda-tanda awal ibu menghidap kencing manis?

  1. Kerap merasa dahaga
  2. Berat badan turun dengan mendadak
  3. Penglihatan kabur
  4. Makan dengan banyak
  5. Badan terasa lesu dan tidak bermaya

Set Hamil Ibumadeeha sudah dipakejkan khusus untuk membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan sepanjang kehamilan. Hubungi saya untuk konsultasi lanjut.

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: Rakan Ibu Sihat
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply