Kenapa Ibu Hamil Jadi Pelupa?

Pelupa semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy brain. Cehh.. macam hebat ja nama tu kan? Padahal, maksud sebenarnya ialah “pelupa”. 

Menurut kajian, pregnancy brain semasa hamil adalah real, bukan mitos semata-mata. Ibu yakin, pasti ramai ibu-ibu lain pernah mengalaminya. 

Jangan risau. Kebanyakan kes, ia adalah normal dan tidak memudaratkan. Tapi.. jangan saja keterlaluan pelupanya. Contoh: tertinggal purse di supermarket.. tertinggal handphone di panggung wayang.. tertinggal anak dalam kereta.

Hahh!! Kan bahaya tu… 


Masa pregnant anak ketiga, ibu selalu lupa di mana ibu letak handphone. Selalu anak atau suami yang jadi mangsa cari hanphone ibu. Hehe..

Even, selepas habis pantang bersalin iaitu hari ke-45, ada insiden yang agak memalukan. Masa tu, ibu buat kenduri cukur rambut untuk Ajwa di kampung.

Rumah di kampung kecil saja, so tetamu yang dijemput hanya lah di kalangan keluarga terdekat. Semasa tetamu sedang menjamu selera.. tiba-tiba, ibu teringat handphone. 

Ehh.. di mana handphone? Tadi letak atas coffee table, tapi kenapa hilang?.. Tiba-tiba panic, rasa macam nak pitam. Yelah.. risau. Banyak gambar dan contacts penting dalam tu. Tetamu pula ramai dalam rumah. Macam-macam boleh terjadi.

Nak tanya husband, tapi takut kena marah. Tanya anak-anak, semua tak tau. Nak tak nak, terpaksa tanya husband. Husband missed call, tak dengar bunyi ringtone. Muka husband dah cuak.

Tiba-tiba abang pula perasan, dia tanya, kenapa? Perghh.. bila dia tau, air muka dia terus berubah macam nak makan orang. Hahahaha… 

Bila dah kelam kabut macam tu, tentu lah tetamu pun rasa serba salah kan? Selera makan semua terbantut. Semua tolong mencari. Aduhhh… oh!! Pregnancy brain!! Kenapa lah kau terjadi di saat-saat begini?

Tetiba tergerak hati nak cek dalam handbag. Sebelum tu memang ada terfikir juga, tapi dalam hati cakap mustahil. Sebab handbag dalam bilik, bila masa pula ibu masuk bilik? 

Cek punya cek.. astaghfirullahal azim.. memang handphone ada dalam handbag. Ingat punya ingat.. memang ibu ada masuk bilik dan ibu sendiri yang masukkan handphone dalam handbag beberapa minit sebelum pregnancy brain terjadi. Haishh.. macamana boleh lupa?? 

Lepas tu, baru lah semua orang rasa lega. Baru lah rasa tenang menjamu selera.

Ampuuuun.. bukan ku pinta pregnancy brain terjadi tanpa mengira masa. Huhu…

Apa sebenarnya yang terjadi?? Kenapa ibu jadi pelupa, even selepas bersalin??

Menurut kajian, ini terjadi kerana semasa mengandung, ibu biasanya mengalami masalah tidur dan perubahan hormon yang mendadak. 

Sehingga lah di saat-saat bersalin, badan ibu menghasilkan banyak jenis hormon bagi membolehkan kontraksi berlaku dan air susu badan terhasil.

Kehamilan tidak mengubah IQ dan kepintaran semulajadi ibu, tapi ia mengubah priority atau cara ibu buat keputusan. Iaitu.. semasa hamil dan selepas bersalin, biasanya ibu akan sentiasa mengutamakan anak dalam kandungan.

Sebab tu handphone selalu dilupakan? Hahaha..

Pregnancy brain semasa kehamilan trimester-1


Dikatakan, ibu mengalami kekurangan tidur selama 700 jam di tahun pertama selepas bersalin. Perghhh.. memang sangat memberi kesan kepada prestasi daya ingatan ibu.. kan??

So.. macamana nak atasi masalah pregnancy brain ini?

  1. Tulis. Sediakan 1 buku khas untuk ibu tulis benda-benda penting supaya tak lupa. Ermm.. Kalau lupa pula di mana letak pen dan buku? Hahaha.. 
  2. Tidur. Dapatkan tidur yang secukupnya. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Cari masa, minta husband bantu jaga baby sekejap untuk bagi masa ibu tidur.

Selain itu, ibu juga boleh amalkan suplemen Set Hamil Ibumadeeha bagi membantu meningkatkan daya ingatan ibu. 

Set ini dilengkapi dengan Omega-3 yang bukan saja bagus untuk kekuatan minda ibu, malah membantu perkembangan minda bayi yang menyusu badan. 

Set ini juga dilengkapi dengan magnesium, kalsium dan vitamin B bagi membantu ibu mendapatkan tidur yang lebih relaks dan berkualiti.

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply