Tips Mengurangkan Morning Sickness

Sebenarnya, morning sickness adalah perkara biasa semasa hamil. Biasanya ia bermula dari minggu ke-6 hingga minggu ke-12 kehamilan. Tapi, ada juga yang mengalami morning sickness sepanjang kehamilan.. Dan, ada juga yang tidak mengalami morning sickness langsung!!

Pengalaman ibumadeeha pula, dari anak pertama hingga anak ketiga, memang kena morning sickness hingga minggu ke-12. Anak pertama paling teruk sekali. Masa tu lah ibu mula mengalami gastrik yang teruk.

Pada bulan ke-5 kehamilan, ibu ditahan di wad selama seminggu kerana masalah kencing kotor (UTI). Menurut doktor, salah satu punca terjadinya UTI di kalangan ibu hamil adalah kerana kurangnya air dalam badan. Mana tak kurang kalau kerap muntah-muntah kan?

Biasanya, morning sickness terjadi adalah kerana perubahan hormon dalam badan ibu hamil. Selain morning sickness, ibu juga mungkin rasa malas-malas, mengantuk dan rasa penat setiap masa pada awal kehamilan. 

Baca pula Tips Menambah Tenaga Semasa Hamil


Ibu kongsikan di sini beberapa tips ringkas untuk kurangkan insiden muntah-muntah dan mual.

  1. Kerap makan dengan kuantiti yang sedikit. Sentiasa lah bawa biskut dan minuman dalam handbag. 
  2. Minum air yang cukup untuk elak dehidrasi. Sebaik-baiknya minum lah air kosong, kerana air manis boleh menambahkan lagi rasa haus dan meningkatkan risiko kencing manis (GDM). Minum lah air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sukat betul-betul tau!
  3. Elak kafein. Kafein boleh menyebabkan ibu mengalami masalah HB yang rendah. Ia juga mengganggu penyerapan vitamin dalam badan.
  4. Kurangkan makan makanan pedas, berasid atau mempunyai bau yang kuat. Makanan sebegini kadang-kadang menarik selera makan ibu yang mengalami rasa mual, tapi ia juga mengundang gastrik.
  5. Makan vitamin B6 25mg (3 kali sehari) atas nasihat doktor. So.. Jangan segan meluahkan masalah dengan doktor.
  6. Makan makanan kering, tidak terlalu panas dan mudah ditelan.
  7. Tambah sedikit halia dalam makanan. Halia membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. 
  8. Menghidu buah lemon.
  9. Makan gula-gula.. tapi jangan selalu ya. Gula-gula manis boleh meningkatkan risiko penyakit lain pula.
  10. Pakai pakaian yang mampu menghangatkan tubuh. Suhu ibu hamil biasanya lebih sejuk dari biasa dan menyebabkan badan mudah masuk angin. Pakai stokin jika perlu.

Ini lah 10 perkara yang ibumadeeha amalkan untuk menangani morning sickness. Selain itu, ibu juga makan suplemen Set Hamil untuk menambah tenaga dan sistem imun badan.

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply