Tips Mencegah Kencing Kotor

Ibumadeeha rajin share pasal topik kencing kotor. Sebab ibu pernah alami masalah ni semasa mengandung anak pertama.

Usia kandungan masa tu nak masuk 5 bulan. Menjelang maghrib saja, badan ibu menggigil, suhu badan naik tapi rasa sejuuuuk sangat. Pastu, ibu rasa sakiiiit sangat di bahagian belakang pinggang.

Husband panic. Dia call makcik dia yang kebetulan seorang nurse. Husband tanya, kenapa pinggang ibu sakit di bahagian belakang?

Dia kata, biasa lah tu pregnant.. memang akan sakit-sakit di belakang.

Hahaha.. ntah kenapa kami tak bagitau pasal demam dan menggigil. Mungkin masa tu kami anggap tu demam biasa kut.

Kencing tak lawas dan berbau, ini tanda-tanda awal kencing kotor. Bila dah kritikal, tu yang kena demam dan sakit belakang (jangkitan kuman sudah sampai ke bahagian ginjal).

So.. hari ni ibu nak share beberapa tips untuk elak kencing kotor. Tips ni untuk semua, bukan untuk ibu mengandung je tau.

  1. Minum air kosong 2-3 liter sehari. Air kosong tau! Bukan air berperisa. Kalau buat kerja berat, kena minum lebih banyak air lagi. 
  2. Jangan tahan kencing. Tabiat sebegini meningkatkan risiko bakteria berkumpul di pundi kencing.
  3. Jaga kebersihan diri. Pakai pakaian dalam yang bersih.
  4. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas, bagi memastikan ‘aset’ kita tu sentiasa kering dan tidak lembap.
  5. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin dengan suami.
  6. Tukar pantyliner atau seluar dalam dengan kerap, jika kotor.
  7. Kurangkan minuman berkafein atau makanan / minuman manis.
  8. Makan vitamin c, beta carotene dan zinc untuk menguatkan imunisasi badan.

Sebab tu lah nurse akan buat urine test ke atas ibu hamil setiap kali ibu berklinik. Bahaya kencing kotor semasa hamil. Hari tu ibu terus masuk wad selama seminggu. Doktor cakap, nasib baik ibu pegi klinik cepat. Kalau tak, mungkin ibu akan dipaksa bersalin awal. 

Ibu bersalin ngam-ngam 35 minggu 6 hari. Kira awal sangat la tu, berat baby pun hanya 2.25kg. 

Lepas bersalin, baby pula kena tahan seminggu di wad, sebab ada jangkitan kuman dalam darah dia. Kesian baby..

So.. jangan ambik ringan masalah kencing kotor ya. Cegah sebelum kena. Baca pula suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kencing kotor.

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply