Tips Menambah Tenaga Semasa Hamil

Ikut pengalaman ibumadeeha sendiri.. awal-awal pregnancy, memang rasa macam nak tidurrrr ja memanjang. Malas nak buat apa-apa kerja. Di ofis pun merewang sana sini mengacau orang lain yang tengah fokus buat kerja. Hehe..

Tapi.. bila dah jadi surirumah sepenuh masa dengan 2 orang anak yang boleh tahan lah aktifnya, ibu perlu lawan perasaan malas. Ibu perlu lebih bertenaga! Sebab.. kalau bukan ibu, nak harapkan siapa lagi untuk bersihkan rumah, memasak dan jaga anak-anak kan? 

Apakah punca badan cepat penat semasa hamil?

Menurut pakar, pada trimester-1, badan kita sedang menghasilkan uri (plasenta) iaitu sistem sokongan hayat untuk bayi dalam kandungan. Bayangkan!! Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk membina sel-sel plasenta yang dulunya tiada, kini sangat penting untuk bayi.

Dalam masa yang sama, badan kita juga menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk membawa nutrisi kepada bayi. Ini menyebabkan lebih banyak kerja pada organ hati dan organ-organ lain juga.

Selain itu, kita juga mengalami perubahan hormon dan metabolisme dengan mendadak. Gula dalam darah dan tekanan darah mungkin menurun.. ini semua menyumbang kepada kekurangan tenaga.

Pada trimester-3, perut semakin sarat menyebabkan kita perlu lebih tenaga untuk bergerak dan melakukan rutin harian.

So.. berikut adalah beberapa cadangan yang ibu boleh lakukan untuk menambah tenaga semasa hamil.

  1. Tidur malam lebih awal. Malam adalah masa yang khusus Allah ciptakan untuk kita berehat. 
  2. Kalau ada peluang, tidur lah sekejap di siang hari. Jangan tidur memanjang ja tau! 
  3. Minum air kosong 2-3 liter sehari dan banyakkan minum pada waktu siang. Ini bagi mengelak ibu kerap terjaga di waktu malam untuk kencing.
  4. Sebelum tidur, mandi lah dengan air suam, supaya ibu dapat tidur dengan lebih nyenyak.
  5. Sebelum tidur, minum lah susu suam. Kalsium yang terkandung dalam susu dapat memberi ketenangan kepada sistem saraf dalam badan kita.
  6. Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, susu rendah lemak, daging serta nasi. 
  7. Amalkan suplemen yang diperlukan sepanjang kehamilan iaitu seperti asid folik, vitamin c dan zat besi.

Pendek kata, untuk kekal bertenaga semasa hamil, ibu perlukan rehat dan makanan yang cukup, minum air kosong 2-3 liter sehari dan makan suplemen Set Hamil Ibumadeeha


Set inilah yang banyak membantu ibumadeeha sepanjang kehamilan baru-baru ni. Sampai orang kata, “Uiii.. aktif betul bah kau ni. Kalah-kalah orang nda mengandung! Sampai minggu ke-37 pun masih driving sana sini buat delivery!”.

Betul.. dan selepas bersalin, ibumadeeha teruskan saja pengambilan set hamil ni. Minggu kedua selepas bersalin dah rasa sihat bertenaga seperti biasa. Selepas sebulan, ibu dah mula melakukan rutin driving seperti biasa.. ambil anak-anak dari sekolah dan hantar tempahan kepada customer.

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. March 17, 2017

    […] Baca pula Tips Menambah Tenaga Semasa Hamil […]

Leave a Reply