Tips Elak Kaki Kejang Semasa Hamil

Bila kandungan semakin sarat, biasanya ibu akan mengalami masalah kaki cramp atau kejang, terutama semasa tidur atau apabila terlalu banyak berjalan.

Antara punca berlakunya kekejangan kaki ialah:

  1. Kalsium dan magnesium dari badan ibu berkurang kerana diserap oleh bayi dalam kandungan.
  2. Salur darah di bahagian kaki tertekan kerana menampung saiz rahim yang semakin membesar.
  3. Kaki menjadi letih apabila ibu terlalu banyak berjalan atau berdiri terlalu lama.

Berikut antara testimoni ibu hamil yang mengamalkan Set Hamil Ibumadeeha dan akhirnya bebas dari masalah kaki kejang.

Antara tips mengelak kaki cramp adalah seperti berikut:

  1. Buat senaman regangan kaki dan tapak kaki.
  2. Jangan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam tempoh masa yang lama.
  3. Berjalan setiap hari, kecuali dinasihatkan doktor untuk tidak bersenam.
  4. Elakkan buat kerja berat sehingga terlalu letih. 
  5. Berbaring pada sebelah kiri untuk meningkatkan peredaran darah.
  6. Minum air kosong dengan kerap untuk sentiasa terhidrat.
  7. Mandi dengan air suam sebelum tidur untuk merehatkan otot.
  8. Amalkan suplemen kalsium dan magnesium setiap hari.
  9. Tinggikan kaki dengan bantal semasa tidur. Amalan inj juga boleh mengurangkan bengkak kaki.
  10. Pakai stokin dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.

Selain itu, ibu disarankan makan makanan berkhasiat dan elakkan makan berlebihan sehingga menyebabkan berat badan berlebihan. Selain kaki cramp, sakit sendi juga mungkin berlaku jika ibu mengalami berat badan berlebihan.

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply