Minuman Isotonik Mengecutkan Ruam Pada Lidah

Selasa lepas, selesai COD dalam jam 3.30pm, saya dan anak-anak singgah beli kuih. Seperti biasa, Aysha pilih 2 jenis kuih kegemaran dia iaitu kuih lenggang dan pinjaram.

Selesai membeli, kami masuk ke perut kereta dan Aysha tidak sabar-sabar mau makan kuih yang baru dibeli. Tiba-tiba dia mengadu sakit dan mengeluarkan semula kuih dari dalam mulutnya.

Saya cepat-cepat cek kuih tu, mungkin ada benda tajam.. Mungkin basi.. Tapi, semuanya ok. Saya tengok Aysha menangis sambil memegang lidahnya.

Terkejut saya melihat lidah Aysha ada banyak biji-biji seperti ulser. Alamak!! HFMD kah??! Saya periksa tangan dan kaki dia, semua ok, tiada sebarang ruam atau simptom HFMD. Saya cek suhu badan pun tiada demam. Tapi, dia masih menangis sambil berkata, “Sakit!”.

Panic! Kebetulan kami parking betul-betul di depan klinik. Saya terus keluar dari perut kereta dan bawa anak-anak ke klinik. Terpampang notis “Maaf, sekarang masa REHAT” di atas kaunter pendaftaran. Aikk.. Pelik. Kalau rehat, kenapa tak kunci pintu dan letak signboard depan pintu?

Kami duduk dan menunggu. Saya sempat Google berkenaan HFMD. Menurut info dari pelbagai blog, tiada ubat untuk HFMD dan ia akan sembuh dengan sendiri. Selepas membaca beberapa blog, saya yakin Aysha tak kena HFMD sebab dia tidak mengalami sebarang simptom HFMD.

10minit menunggu, kaunter masih tutup. Saya dan anak-anak masuk semula ke kereta dan saya nekad bawa Aysha balik rumah dulu. Sebelum start enjin, saya sempat snap gambar lidah Aysha dan send ke group Whatsapp Family, minta nasihat.


Adik saya kata, “Saya pernah kena ulser macam tu di lidah. Memang sakit. Bagi dia minum air banyak-banyak”. Kakak saya pula cakap, “Boleh bagi makan dia gula-gula lolipop atau aiskrim untuk kurangkan rasa sakit”.

Emmm.. Gula-gula dan aiskrim memang kegemaran anak-anak tapi semua tu makanan tak sihat. Air??.. Aysha cerewet minum air. Dia hanya suka minum air yang berperisa. Manis!

Ting!!! Idea datang!! Nasib baik di rumah masih ada minuman isotonik, PERFORMANCE. Tapi.. Masalahnya.. Aysha tak berapa suka rasa Performance. Walaupun perisa oren, tapi kurang manis.

Sampai rumah, saya bancuh Performance dalam botol susu Aysha dengan menggunakan air sejuk. Aysha memang suka minuman sejuk! So, tanpa banyak tanya, dia terus habiskan 1botol air Performance. Dah habis, dia kata, “Mau lagi”. So.. Saya buatkan lagi 1botol.


Selepas habis minum 2botol Performance, dia kata mau makan kuih. Saya cek semula lidah dia, biji-biji tadi dah mula kecut. Alhamdulillah.. Dia dah boleh makan kuih pinjaram tanpa mengadu rasa sakit.

Esok pagi, lidah Aysha dah kembali normal dan tak sakit. Tapi.. Nampaknya, dia dah jatuh cinta dengan Performance.. Sampai hari ini, dia pura-pura mengadu sakit sambil pegang lidah dan cakap, “Mau air oren”. 😅

Thank you Allah.. Thank you Performance.

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply