Kekurangan Zat Besi Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Bayi MATI Dalam Kandungan

Zat besi (iron) adalah salah satu mineral penting untuk ibu hamil. Jika ibu berklinik di Klinik Kesihatan Kerajaan, biasanya ibu akan dibekalkan suplemen Obimin secara percuma. So.. Kalau percuma, jangan pula culas makan suplemen ni tau!

Dulu.. Ibumadeeha sendiri pun malas makan suplemen ni, sebab susah nak telan. Besar bah pil dia! Rasa dia pun nda sedap. Lagipun, masa tu belum ada pengetahuan nutrisi.

So.. Bagi ibu yang masih tak tau, zat besi berfungsi untuk membina sel darah merah dalam badan kita.

Ehh.. Badan saya dah cukup darah, kenapa nak bina darah baru lagi??

Sebab.. semasa hamil, ibu perlukan sel darah merah yang lebih banyak! Badan ibu sekarang kena menampung kehadiran satu lagi nyawa baru.. kan??
Apa fungsi sel darah merah ni?

  1. Menghantar oksigen ke seluruh badan – termasuk lah kepada janin. Semua organ dalam badan kita perlukan oksigen untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Cuba bayangkan dunia tanpa oksigen… haaahhhh.. sesak nafas kan??
  2. Mengedar sari pati makanan ke seluruh badan. Owh.. rupanya bukan mulut kita saja yang perlu makan tau! Banyak organ dalam badan kita ni perlukan makanan untuk bekerja. Sebab tu bila kita kelaparan, kita tiada tenaga untuk bekerja.
  3. Membantu meningkatkan hormon. Semasa hamil, ibu perlu banyak jenis hormon untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan dan mempermudahkan proses kelahiran.
  4. Membantu pembentukan plasenta; iaitu saluran yang membekalkan makanan kepada bayi dalam kandungan. Bayangkan kalau tak cukup sel darah merah, plasenta tak terbentuk dengan sempurna, kesian baby kita kelaparan, kan??
  5. Memberi tenaga – bila sel darah merah ibu pada tahap sihat, bekalan oksigen, makanan dan hormon pun tentunya sihat. Hasilnya, badan lebih bertenaga dan emosi lebih terkawal. Semasa hamil, ibu perlu tenaga lebih. Kita nak bawa bayi dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari tau, bukan sekejap.
  6. Mengurangkan risiko anemia. Ini yang paling kritikal sekali. Sebab tu kalau pegi klinik, doktor akan pantau bacaan HB (hemoglobin) ibu sepanjang kehamilan. Doktor akan marah bila bacaan HB ibu lebih rendah dari bacaan normal. Sebab.. masalah ini boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan!! Na’uzubillahi min zalik..
  7. Mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat. Bayi yang lahir kurang 2kg akan ditahan dalam wad tau! Ibu tak suka kan? Kita kalau boleh, lepas bersalin, terus nak balik rumah, mau makan sup panas-panas, mau tidur atas katil sendiri dengan aroma rumah, bukan hospital.. kan?
  8. Mengurangkan pendarahan semasa bersalin. Macam ibumadeeha dulu bersalin anak kedua, bacaan HB kurang sebab culas makan suplemen. Akibatnya, masa bersalin ibu mengalami pendarahan yang agak banyak. Lepas bersalin pun rasa pitam dan tak boleh bergerak sendiri. Nasib baik tak sampai peringkat tambah darah.

Apa pula simptom-simptom kekurangan zat besi semasa hamil?

  1. Badan lemah dan cepat penat.
  2. Kerap pening sakit kepala.
  3. Pandangan berpinar-pinar.
  4. Perut rasa mual.
  5. Muka pucat.
  6. Rambut kering dan mudah putus.
  7. Kuku lebih kering dan nipis.
  8. Dada atau jantung sentiasa berdebar-debar.
  9. Sesak nafas.

Makanan yang mengandungi zat besi adalah seperti sayur-sayuran hijau, kacang-kacangan, daging, ikan, telur dan susu.

Tapi.. kalau ikut pengalaman ibumadeeha, masa hamil ibu memang tak larat nak masak macam-macam, sebab selera makan pun tiada. Nasib baik ada suplemen Vita-lea. Telan 2 biji saja, nutrisinya sama seperti ibu makan 28 jenis lauk. Best kan??

Rakan Ibu Sihat
Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply