Ajwa Madeeha

Pengalaman bersalin kali ketiga ni memang jauh berbeza dengan sebelum-sebelum ni. Betul lah cakap orang, lain anak lain pengalaman.

Kalau ikut sejarah lepas, saya selalu bersalin awal 2-3 minggu dari due sebenar dengan tanda yang sama iaitu pecah air ketuban. Sebab tu, pregnancy kali ni saya macam konfiden saja yang saya akan bersalin dalam minggu ke 37 atau 38. Tapi.. Ntah kenapa kali ni saya dapat rasa yang tanda mau bersalin mungkin keluarnya lendir darah dan bukannya pecah air ketuban.

Tunggu punya tunggu, sampai minggu ke-38 belum ada tanda-tanda mau bersalin. Risau ok!. Lepas tu, baru teringat… Masa awal-awal pregnancy hari tu, doktor ada ubah EDD saya, dia awalkan 5 hari, sebab saiz ukuran baby agak besar dari saiz jangkaan.

So.. Kerisauan saya berkurang sebab saya ada 2 EDD. Samada 4 Dec atau 9 Dec 2016.

Review minggu ke-38 doktor sudah cakap, kalau 4 Dec masih nda bersalin, maka saya akan dipaksa bersalin pada 9 Dec. Well.. Ok doc!! Dalam hati risau tapi, dalam masa yang sama ada rasa konfiden juga boleh bersalin sebelum 9 Dec.

So.. Demi mengelak dipaksa bersalin secara induce, 26 Nov saya ajak husband pergi berenang di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Likas dan jalan-jalan cari makan di Tamu Gadang, UMS.

Dengan harapan, 27 atau 28 Nov akan bersalin. Namun..

Hampa.

29 Nov, MIL call tanya khabar dan bagitau Sabtu ni dorang turun KK, sebab hari Ahad mau hantar FIL ke airport utk mengerjakan umrah. MIL berharap sangat FIL sempat lah tengok baby sebelum terbang.

So.. Malam tu saya tidur dalam keadaan serba salah dan berdoa banyak-banyak. “Ya Allah.. Bantu lah aku bersalin secara normal dengan mudah dan selamat esok.”

Alhamdulillah.. Allah perkenankan doa saya malam tu. Maka 30 Nov adalah tarikh kelahiran anak ketiga saya.

30 Nov jam 3pagi, saya terjaga dari tidur sebab perut rasa memulas-mulas. Saya nda fikir apa-apa yang luar biasa. Mungkin hanya cirit-birit yang selalu saya alami sejak 2-3 hari ni.

Jam 6pagi, saya rasa ada sedikit contraction dalam selang 4-6 minit. Tapi, sakit minor saja. Mungkin Braxton Hicks.. Mungkin gastrik. Sebenarnya, nda mau terlampau berharap lagi, takut hampa lagi.

Jam 7.15 pagi, saya masuk toilet mau kencing. Masa tu baru lah nampak ada lendiran darah pada panties. Yayy!!.. Happy dan excited gilak!!

Saya terus call abang saya di kampung, minta dia datang ambil anak-anak dari rumah kami. Syukur lah abang saya tinggal dekat sekarang, dari kampung ke rumah kami hanya ambil masa 40-45 minit perjalanan.

Saya mandi. Husband cuci pinggan semalam. Daniel tolong kemas ruang tamu, mainan bersepah, biasa lah cuti sekolah. Lepas mandi, saya sempat jemur kain yang baru basuh semalam dan setup tilam dalam baby court. Kami sempat breakfast dengan bread, madu dan MiloESP, sekadar mengalas perut kosong.

Tetiba dapat Whatsapp dari rakan bisnes, dia tanya, “Malam ni closing di mana?”.

Ehhh.. Malam ni kah closing?? Huhu.. Masa tu baru perasan bulan Nov ada 30 hari saja. Amboi baby! Pandai pilih tarikh ya.. Nampaknya, malam ni closing di hospital la kita.

Jam 8.30pagi, baru lah abang saya sampai. Jalan sangat jammed katanya, biasalah hari bekerja. Tiba-tiba anak-anak pula meragam, dorang nda mau masuk kereta abang, padahal sebelum tu saya sudah berkali-kali bagitau yang dorang akan ikut uncle dorang balik kampung bila tiba masa saya mau bersalin nanti. Nasib baik wife abang ada ikut sekali, dia lebih pakar pujuk anak-anak. Abang ajak dorang makan di KFC, then baru lah redah tangisan anak-anak.

Jam 9.30pagi, saya ajak husband singgah breakfast di Restoran Sri Rejeki, bersebelah dengan Jesselton Medical Center (JMC). Husband sebenarnya nda konfiden mau singgah mana-mana, tapi saya yakin, bukaan saya mungkin baru 3-4cm. Bosan juga kalau admit awal dan terikat dengan kabel-kabel CTG dalam tempoh yang lama (ikut pengalaman lepas).

Jam 10pagi, kami sampai di tingkat 7, JMC. Konfiden gila menarik beg pakaian yang dapat free dari Shaklee. Berjalan santai macam orang mau check-in hotel. Hahahaha..

Sampai sana, terus buat CTG dan betul lah jangkaan saya, bukaan baru 3cm. Nasib baik Dr. Sutha ┬ákeluarkan arahan untuk admit. Kalau nda, bikin malu ja tarik beg besar-besar masuk lift tadi. Hahahaha…

Selepas dapat confirmation akan bermalam di JMC, husband pun tinggalkan saya sekejap untuk setelkan urusan pendaftaran di kaunter.

Saya pula dibebaskan dari ikatan CTG buat sementara waktu. Ahhh.. Lega. Boleh sudah bergerak tengok pemandangan dari luar tingkap hospital sambil melayan Whatsapp. Hari closing memang Whatsapp sangat busy.

Jam 11.30pagi, nurse mula sibuk keluar masuk silih berganti datang tengok keadaan saya. Peralatan perubatan untuk bersalin satu persatu di bawa masuk ke bilik saya. Saya mula panic. Betul kah saya bersalin hari ni? Kenapa sakit contraction saya sudah hilang? Kalau bukaan nda bertambah, apa jadi?

Dalam hati nda berhenti berdoa semoga baby keluar hari ni juga. Sebab.. Ini adalah pengalaman pertama saya mau bersalin, tapi air ketuban belum pecah. Sebelum ni, saya konfiden sebab bila air ketuban sudah pecah, rasa sakit contraction meningkat dengan selang masa yang tetap.

Jam 12.15 tengahari, Dr. Sutha datang dan cek bukaan, masih 3cm. Saya nampak dia pegang stick plastik berwarna putih. Dalam hati, “Owh.. Itu kah alat untuk pecahkan air ketuban?”. Seperti mendengar kata hati saya, doktor cakap, “Laurah. Saya pecahkan air ketuban kamu ya.. Lepas ni nanti masuk air untuk cepatkan bukaan”.

Bila air ketuban sudah pecah, nurse bagi ubat untuk bersihkan usus. Immediately, terus rasa mau membuang. Tapi, rasa rimas sangat bila bangun, air ketuban mengalir mencurah-curah. Rasa macam mau banjir ja bilik tu. Hahaha.. Nurse cakap, “Its ok. Nanti ada orang datang kasi bersih lantai”.

Jam 12.40petang, makanan tengahari di hantar. Owh ya.. Lupa bagitau! Layanan di JMC memang mabeles!! Siap boleh pilih menu makanan utk breakfast, lunch dan dinner. Makanan di ambil dari Hotel Avangio, di sebelah JMC. Menu makanan pula bukan alang-alang, siap ada Chicken Chop lagi dalam list. Hahahaha.. Tapi, saya nda lah pilih chicken chop tu. Niat mau bersalin, bukan mau melantak, ok!

So.. Memandangkan makanan sudah sampai, saya diberi peluang untuk makan dulu dalam kuantiti sedikit sebab takut nanti termuntah pula masa meneran.

Selesai makan, jam 1.15petang, husband sampai dan dalam masa yang sama nurse pun datang bagitau, “Ok Laurah. Bersedia untuk sakit ya. Saya mau pasang drip sudah”. Maka, bermula saat itu lah, sakit contraction datang berperingkat-peringkat. Masa tu baru lah konfiden akan bersalin hari tu juga. Tapi, masa ni saya masih mampu melayan Whatsapp, sakit sikit saja macam senggugut.

Jam 3.00petang, rasa sakit semakin kuat dan selang masa semakin rapat. Setiap kali ada contraction, saya genggam tangan husband dan suruh dia baca level contraction yang terpapar pada skrin CTG. Ntah lah kenapa.. Habit ni bermula masa bersalin anak kedua dulu. Saya suka dengar nombor tu meningkat dari 20-130 dan seterusnya. Ia buat saya lebih tabah.. Giteww!! Hahahaha..

Bila contraction hilang, saya rasa mengantuk sangat. Mungkin sebab terbiasa masa pregnant, jam ini adalah masa untuk saya tidur berehat.

Berkali-kali juga nurse offer ambil ubat tahan sakit, tapi saya berkeras menolak sebab saya tiada pengalaman ambil ubat ni.

Nurse cakap, “Kamu boleh pilih ambik ubat tahan sakit samada jenis suntikan atau oksigen atau.. “. Ntah apa lagi 1 jenis tu.

Dalam hati saya, “Mak aihh.. Time-time ni lah kau suruh saya pilih?? Kau ingat senang kah mau pilih tu?? Bukan macam pilih makanan. Saya mau google dulu baru dapat buat pilihan”. Hahahahaha..

So, memandangkan saya nda konfiden buat pilihan, saya cuba sedaya upaya guna teknik breathing yang betul sambil menggigit tuala kecil di mulut.

Jam 03.40petang, nurse suruh baring mengiring untuk kurangkan rasa sakit. Owh.. Memang betul kesakitan berkurang. Kenapa tidak bagitau awal-awal? Tapi.. Dalam masa yang sama, rasa mengantuk juga semakin kuat. Pelik! Padahal saya nda ambil pun sebarang ubat tahan sakit.

Beberapa minit kemudian, saya nda tengok sudah jam berapa, maybe selepas 5 minit, saya merayu nurse cek bukaan, sebab sakit sangat!! Nurse serba salah. Saya faham, sebenarnya nda bagus cek bukaan berkali-kali, lebih-lebih lagi bila sudah pecah air ketuban. Risau nanti ada jangkitan kuman. Tapi, saya betul-betul merayu.. Sakit sangat ni!!

Akhirnya, nurse cek bukaan dan bagitau baru 5cm. Tapi.. Raut wajah dia macam nda konfiden.

“Baru 5cm?? Kenapa rasa sakit betul ni nurse??!”

Nurse pun speechless.

Husband tanya, “Agak-agak berapa lama lagi ni?”.

“Nda pasti juga. Mungkin dalam setengah jam. But its ok.. Saya call doktor dulu ya”.

Lega bila nurse cakap macam tu. Dia bergegas keluar, mungkin call doktor.

Beberapa minit kemudian, nurse datang balik dan cakap, “Bagitau kalau ada rasa mau berak sudah ya”.

“Memang rasa mau berak sudah ni!!”

“Hahh!! Mau berak sudah?? Aihh.. Biar betul. Ngam-ngam saya cakap, ngam-ngam pula mau berak.” Nurse terkejut.

“Ya.. Betul!!”

“Ok ok. Berak saja! Kasi lurus pinggang kamu, jangan mengiring lagi.”

Dalam hati saya, “Hahhh?? Biar betul?? Bukan kah tadi baru 5cm? Sudah boleh meneran kah??”

Saya cuba kasi lurus pinggang, tapi tiba-tiba sakit mau berak tu datang lagi. Aiii naa.. Kalau saya teran ni, siapa mau sambut? Katil saya pun belum setup dan belum ada sesiapa yang standby menyambut di bawah ni.

Saya cepat-cepat tukar posisi mengiring lagi.

“Ehh ehh ehh.. Jangan mengiring lagi!! Kasi lurus badan kamu dan berak saja!!”.

Dua orang nurse datang betulkan kedudukan kaki saya. Dan masa tu lah saya nampak Dr. Sutha di muka pintu.

Alhamdulillah.. Doktor sudah sampai. Boleh sudah meneran dengan konfiden.

“Ok Laurah. Looooonggg push!!! Good girl!! Nda lama lagi ni!!”

Begitu lah kata-kata doktor, padahal dia baru sampai. Aihh.. Betul bah doktor??

Lepas tu, saya hanya ikut saja arahan doktor sambil mata tertutup rapat. Saya kalau menahan sakit memang akan tutup mata. Ntah lah kenapa macam tu. Bila tutup mata, saya rasa lebih bertenaga dan lebih kuat.

Selepas 3kali meneran, tiba-tiba doktor cakap, “Good job, Laurah!!! Bulat muka anak kamu macam APPLE!!”.

Nahh!! Masa tu lah semangat bertambah sebab nda sabar mau tengok muka baby yang macam apple tu. Saya dapat rasa, masa tu mungkin baru kepala baby jak yang keluar, sebab saya masih rasa mau push untuk keluarkan bahu dia.

Then, tepat jam 4.26pm baby Ajwa lahir dan terdengar lah tangisan nyaring dia. Baby di ampai di atas dada saya.

“Kamu tidak ambil gambar?”. Doktor tanya husband. Cepat-cepat husband keluarkan handphone dia dan mula merakam video.

Nda lama, doktor hulurkan gunting pada husband. Husband blur. Rupa-rupanya doktor suruh husband sendiri yang gunting tali pusat baby. Nurse cepat-cepat ambil handphone dari tangan husband dan tolong rakam video.

Alhamdulillah.. Selamat semuanya. Pengalaman yang indah bersalin di Jesselton Medical Center. Service dorang sangat tip top. Dr. Sutha also the best among the best!!! Memang berbaloi lah dengan harga. Very recommended!!

Dan begitu lah kisah saya melahirkan Ajwa Madeeha pada minggu ke-39 3hari dengan berat 2.9kg.

Terima kasih tidak terhingga kepada husband kerana tabah menemani saya dalam labour room.

Kepada Dr. Sutha yang super duper caring.. Memang betul lah, berbeza sungguh pengalaman bersalin dengan doktor lelaki berbanding doktor perempuan. Doktor perempuan, they know what they’re doing.. They don’t just talk and give advice based on books.

Tidak lupa kepada nurse-nurse di JMC, sangat ramah mengalahkan pramugari, murah senyuman, very informative, efisien, datang cepat bila dipanggil dengan bell, caring and gentle. You all memang the best!!

Dan.. Kepada semua individu yang terlibat memberi sokongan moral dan fizikal kepada saya. Terutama kepada mamy saya yang sampai ke hari ini masih menjaga saya di rumah.

Terima kasih atas doa semua, hanya Allah yang dapat membalas.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

2 Responses

  1. Nurul Suhada says:

    Hai.. Boleh sy tau berapa kos kamu bersalin di JMC?
    Terima kasih..

Leave a Reply