Nota Syukur (Umrah 2015)

Alhamdulillah.. 23 Disember 2015 jam 10.16 malam, kami selamat mendarat di KLIA. Penerbangan balik ke Kota Kinabalu akan diteruskan jam 11 pagi esok. Insya-Allah..

Malam ni terpaksa bermalam di hotel berdekatan KLIA. Sekarang sudah jam 1.30 pagi, mata belum nak terlelap. Macam-macam perasaan bermain di fikiran.

Wajah anak-anak sudah terbayang di mata, rindu sangat dengan dorang, selepas 12 hari berpisah. Dalam masa yang sama, wajah Kaabah juga masih jelas terbayang.. Rasa tak puas berada di sana dan hati meronta-ronta mau lagi ke sana, mau berada lama di sana bersama anak-anak.

Sungguh tulisan ini bukan berniat untuk berbangga-bangga.. Tapi, sekadar mau berkongsi rasa syukur dengan pembaca blog ini, terutama rakan-rakan SID Lionize. Semoga tulisan ini dapat menjadi sumber motivasi dan semangat untuk anda rebut peluang yang sudah saya rasai sejak serius dalam bisnes ini.

Seperti yang anda maklumi, trip umrah yang saya dan husband join adalah dibawah tajaan Shaklee sepenuhnya. Namun, dikatakan.. Sejak 28tahun yang lepas, tahun ini adalah trip umrah TERBAIK yang pernah ditaja oleh Shaklee.

Sebab.. Trip kali ni, Shaklee bawa ziarah 5 tempat iaitu Abu Dhabi, Dubai, Madinah, Mekah dan Jeddah. Sepanjang 12hari diperantauan, kami berpeluang merasa bermalam di 4 buah hotel-hotel terbaik iaitu :

  1. Yas Viceroy, Abu Dhabi. Hotel F1 termewah di dunia (2 malam 4 hari)
  2. Oberoi Hotel, Madinah. Hotel paling dekat dengan pintu masuk Raudhah (perempuan) di Masjid Nabawi (3 malam 4 hari)
  3. Hilton Hotel, Mekah. Antara hotel paling dekat dengan Masjidil Haram (4 malam 4hari)
  4. Jeddah Marriott Hotel, Jeddah. Antara hotel terbaik di Jeddah (8 jam)

 

Aktiviti dan tempat-tempat yang kami lawati juga adalah sangat menarik dan pastinya melibatkan kos yang tinggi seperti :

  1. Lunch di Al-Fanar Restaurant, Kaleidescope Restaurant (Atlantis The Palm Hotel, Dubai) & Le Vendome Restaurant (Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi)
  2. Dinner di Al-Khatem Desert Camp & Tong Thai Restaurant (JW Marriott Marquis Hotel, Dubai).
  3. Ziarah Burj Khalifa, Gold & Spice Souk di Dubai, Masjid Syeikh Zayed, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabbal Uhud, Medan Perang Khandak, Pasar Tamar di Madinah, Jabbal Nur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Gua Hira’ dan Masjid Terapung Ar-Rahmah yang terletak di tepi pantai Laut Merah, Jeddah.
  4. Berpeluang menaiki Toyota Land Cruiser Ninja King untuk Desert Safari dan Ferrari Rosa.. roller-coaster TER-pantas di dunia di Ferrari World, Abu Dhabi.. Dengan kelajuan 240km / sejam.

Kalau guna duit sendiri, belum tentu lagi mampu pergi tempat-tempat ni. Kalau mampu pun, better guna duit tu untuk keperluan masa depan kan?..

Syukur Alhamdulillah.. Yang ni SEMUA Shaklee yang bayar. Memang betul-betul rasa beruntung!! Layanan 5 stars dari hari pertama sehingga hari terakhir. Bak kata Master Ainul, rasa macam jadi orang kaya sekejap. Hehe..

Actually, sebelum buat keputusan nak pegi umrah, memang hati berbelah bagi juga samada nak join trip Italy atau nak join trip umrah. Tapi, kedua-dua upline saya iaitu Master Laila dan Master Roslan bagi pendapat sama, iaitu better join trip umrah kalau tak pernah lagi buat umrah.

Ada juga yang berpendapat, umrah boleh buat guna duit sendiri, kos tak banyak sangat pun.. Katanya. Yang ni buat saya berfikir, “Memang boleh buat sendiri, tapi BILA?”.

Pastu, ada juga dengar orang cakap, orang yang buat umrah / haji ni adalah TETAMU Allah.. Orang kaya pun tak semestinya berkesempatan buat umrah / haji selagi belum DIJEMPUT oleh Allah..

Pendapat ni lah yang buat saya tetapkan pendirian. Saya MAU menjadi TETAMU Allah. Kalau kesempatan itu sudah datang, maknanya Allah dah JEMPUT. Kalau saya pilih Italy, maksudnya saya menolak jemputan Allah.

Ya Allah.. Rasa berdosa sangat kalau tak pilih umrah. Lain kali belum tentu umur panjang atau rezeki cukup, kan?

 

Apapun.. Hati kita juga dipegang oleh Allah. Bersyukur sangat sebab Allah bantu kuatkan pendirian saya. Walaupun pada mulanya rasa macam tak bersedia untuk masuk Tanah Haram.. Tapi, saya yakin, Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul olehnya.

Alhamdulillah.. Ibadah umrah berjalan lancar. Dan sekarang rasa macam tak puas pula. Memang ibadah umrah tu lah target utama, bonusnya adalah ziarah di tempat-tempat mewah tadi.

Kalau ada yang bertanya, apa perasaan saya selepas menikmati trip percutian pertama dari Shaklee?

Jawapan saya… Of course la best dan happy!!

Sebabnya. Percutian ni ibarat honeymoon kami yang sangat high-class. Dulu-dulu honeymoon style kampung jer. Hihi..

Lepas honeymoon, celebrate wedding anniversary pula di bumi Mekah. Ya Allah.. Saya tak tau lah macamana nak gambarkan perasaan saya. Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Betapa happy.. Betapa bersyukur.. Dan betapa bertuah nya rasa di hati!!

Kalau ada yang tanya, apa bestnya berada di Mekah?..

Jawapan saya.. Memang lah best! Di sana, SEMUA orang fokus ibadah sahaja. Tiada masa nak fikir masalah dunia, seolah-olah masalah dunia tu semua Allah dah aturkan yang terbaik.

Setiap waktu dengar azan, semua orang berebut-rebut masuk masjid. Semua orang berebut-rebut buat solat sunat dan tawaf sunat. Semua orang kalau boleh nak stay dalam masjid je, tak mau keluar.

Balik bilik hotel pun, buka TV, tengok video Live dari Masjidil Haram. Sambil berehat, sambil tengok Kaabah dengan kesesakan manusia yang sedang tawaf. Rasa tenang je tengok semua tu.

Kemudian.. Hati berbisik, “Ya Allah.. Aku balik ke tanahair nanti, aku akan berada jauh lebih 10,000KM dari Kaabah. TV di Malaysia pun tiada Live Video dari Masjidil Haram. Tak dapat bayangkan, betapa beratnya hati menanggung rindu. Ya Allah.. Tetapkan lah iman ku, kuatkan lah hati ku agar aku sentiasa istiqamah menjadi manusia yang lebih baik di sisi-Mu.. Ya Allah.. Allahumma inni as’aluka husnul khotimah”.

Saya doakan, semoga kita semua berpeluang menjadi TETAMU Allah dalam usia muda, selagi masih ada tenaga dan kesihatan yang baik. Amiin ya rabbal alamiin..

Nak umrah FREE.. Mulalah serius buat Shaklee hari ini. Betul kan niat. Bisnes ni bukan semata-mata mau untung, tapi yang paling utama adalah mencari keredhaan Allah.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply