Makan Gaji Vs. Berniaga

Antara isu yang viral sekarang ni ialah jadual gaji penjawat awam yang akan dibayar awal pada bulan hadapan (sebelum hari raya) dan menyebabkan mereka terpaksa menunggu selama 59 hari untuk gaji seterusnya, iaitu hampir 2 bulan lamanya.

Isu ni buat saya teringat zaman saya masih bekerja makan gaji dulu. Memang jauh bezanya dengan berniaga sendiri. Patut lah dikatakan 90% daripada sumber rezeki adalah perniagaan.

Bukan bermaksud, kalau berniaga, confirm dapat untung lebih besar daripada makan gaji. TIDAK! Ramai orang salah faham.. Akhirnya mereka gelojoh buat bisnes tanpa ilmu dan perancangan teratur. Bila tak dapat untung yang dikehendaki, mereka mula keliru dan putus asa.

Maksud sebenarnya ialah.. Melalui perniagaan, pendapatan yang kita perolehi adalah lebih besar NILAI-nya. 

Saya bagi contoh dari pengalaman saya sendiri.

Gaji terakhir saya adalah lebih kurang RM3,500. Contoh hari ni duit gaji masuk dalam bank, hari ni juga saya buat bayaran semua bil-bil bulanan. Klik-klik-klik… Duit dalam bank tinggal RM1,500 dan duit ini lah yang saya pakai untuk 30 hari berikutnya.

Macamana saya belanja?

Setiap hari bekerja, breakfast dan lunch di restoran. Setiap Jumaat, lunch hour panjang sikit so buang masa cuci mata di shopping complex 1Borneo. Plan asal memang cuci mata saja.. Tapi, perempuan.. Memang tak sah kalau tak beli barang kan??.. Biasanya saya pasti akan terbeli sesuatu samada pakaian ataupun mainan anak. 

Balik ofis, buka Facebook.. Nampak pula iklan baju kurung, tudung, handbag dan macam2. Cek duit dalam bank, “Ehh.. Masih ada. Boleh beli tudung sehelai dua. Tapi.. Rugi beli sehelai dua je, kos postage mahal. Alang2 beli 5 helai terus”. Hahahahaha… Klik-klik-klik.. Selesai!!

Hujung bulan.. Baki duit dalam bank hanya RM28.33. Hahahaha.. Takpe.. Relax.. Sekejap lagi akan jadi RM3,528.33. Yahooo…

Dan.. Begitu lah setiap bulan. 

Kononnya bekerja dari 8am sampai 5pm, tapi hakikatnya hanya 5jam waktu bekerja sepenuhnya. Dan itu semua tak kesah, sebab gaji yang masuk tetap RM3,500.. Tidak kurang walau sesen. Kerja fokus 8jam pun gaji tetap sama. Kerja 9-10 jam pun, gaji takkan naik seringgit.

Bersama usahawan-usahawan muda di Tambunan

 
Tapi sekarang.. Pendapatan saya bergantung sepenuhnya pada usaha saya. Berapa jam masa saya buat sharing, coaching, consulting, learning.. Termasuklah berapa jam masa saya dengan si pemberi rezeki yakni Allah. 

Setiap sen daripada hasil pendapatan saya adalah 100% bergantung pada usaha saya. Mana mungkin sebegitu mudah saya bazirkan setiap sen pendapatan saya untuk perkara-perkara yang tidak penting. 

Dan.. Saya juga tiada masa lagi ‘cuci mata’ di 1Borneo mahupun di mana-mana kedai online. 

Bukan kedekut, tapi kerana saya tau NILAI setiap sen yang saya usahakan. 

Saya adalah CEO dalam bisnes saya dan saya perlu merancang masa depan bisnes ini untuk diwariskan kepada anak-anak. Saya tidak mau anak-anak saya mensia-siakan usia muda mereka nanti untuk melalui pengalaman bekerja makan gaji sepertimana yang telah saya lalui. It’s a waste of time!

Saya mohon maaf jika entri saya buat anda salah faham. Sebenarnya, kerja makan gaji is okay.. Tapi, anda tidak boleh terlalu bergantung dengan gaji bulanan yang anda dapat. 

Ramai pekerja makan gaji mempunyai mentaliti yang salah berkenaan wang. Mereka bekerja semata-mata untuk memenuhi keperluan hidup, bayar hutang, menikmati sedikit kemewahan sementara dan sebagainya. Dan setinggi mana pun jawatan mereka dalam pekerjaan tersebut, mereka tidak mampu mewariskannya kepada orang lain. 

Yes.. Bisnes adalah jawapannya!! Mulakan secara part-time dulu, jangan gelojoh. Belajar dari bawah. Ilmu perniagaan sangat luas dan seronok untuk diterajui. 

Berkongsi peluang dan ilmu perniagaan dengan bakal graduan

 
Saya sangat bersyukur kerana mengenali bisnes Shaklee. Ia adalah platform bisnes yang sudah lengkap dengan produk yang berkualiti dan pelan pemasaran yang mantap. Melalui bisnes ini..

  1. Student berusia seawal 18tahun pun sudah boleh jana pendapatan 4 angka sebulan. 
  2. Surirumah yang duduk di rumah saja pun menikmati bonus yang lumayan setiap bulan. 
  3. Pekerja makan gaji pun dah tak perlu kacau gaji bulanan sebab dapat side income yang lebih besar.

Hubungi saya untuk bimbingan lanjut. Siapa tau, anda mungkin the next millionaire yang kami cari.

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply