Part II : Master Celebrations Erwan & Laurah

Ballroom Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa dihurung tetamu sebaik sahaja kami selesai rehearsal iaitu jam 1pm. Kami bergegas balik ke bilik hotel (yang ditaja oleh Shaklee) untuk bersiap.

Saya bersyukur sangat2 sebab orang2 yang bekerja dibelakang tabir adalah kawan2 saya sendiri. Saya tidak perlu upah orang2 luar untuk khidmat profesional kerana saya ada raaamai kawan2 yang profesional.

  1. Karen – salah seorang leader terhebat saya dalam team Lionize merupakan seorang make-up artist, so dia lah yang jadi jurumekap saya pada hari tersebut.
  2. Jell – salah seorang ahli dalam team Lionize saya, merupakan ketua penari tradisional dari kumpulan Pisompuruan Komulakan Kg. Parad. Mereka membuat 2 persembahan tarian iaitu tarian sumazau dan magunatip.
  3. Verus – bos saya semasa bekerja di swasta dulu. Sangat berkebolehan menghasilkan video montage yang saya sediakan khas untuk Lionize Leaders.
  4. Malai Sairul – photographer profesional yang juga merupakan ofismate saya semasa bekerja di UMS dulu.

Pendek kata, baru saya sedar sebenarnya saya dikelilingi oleh orang2 yang berbakat besar. This is the power of networking. Dengan adanya khidmat bantuan mereka, Alhamdulilah.. majlis berjalan dengan lancar seperti yang diingini.

Tepat jam 2.30pm, kami bergerak keluar dari bilik hotel menuju ke ballroom. Rupa2nya, ballroom dah penuh!!! Dah agak dah… Partition belakang terpaksa dibuka. Sehingga lah majlis bermula, masih ramai tetamu yang baru datang. Terima kasih pada semua tetamu yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis kami.

Sebenarnya saya tak expect sebarang kejutan, sebab saya ni jenis sensitif, mudah menangis. So, saya tak mau ada kejutan yang boleh merosakkan make-up saya. Hahahahaha.. Tapi, dalam masa yang sama, saya bersedia apa saja yang terjadi di luar dugaan.

Kejutan pertama.. Karen. Leader kesayangan saya naik ke pentas memberi ucapan. Saya tergamam melihat keberanian beliau berucap di atas pentas, di hadapan hampir 400 orang penonton dan VIP. Saya kenal beliau sejak Mac 2013 dan sebenarnya bukan mudah untuk dia berdiri dan berucap di khalayak ramai. Dalam hati saya merasa sedikit bangga sebagaimana bangganya seorang ibu membesarkan anak yang dulunya tidak pandai berjalan, kini mampu berlari dengan pantas. 

Tahniah Karen!! Saya tak ingat sangat apa yang dia cakap atas pentas tu. Yang saya paling ingat, saya tak percaya dan takkan lupa sampai bila2, dia berani berada di situ. Biasanya, setiap kali saya suruh dia buat sharing depan orang, 2-3 hari sebelum tu dia asyik kacau saya, minta saya lepaskan dia, suruh orang lain buat sharing. Saya tak dapat bayangkan, betapa gementarnya dia masa majlis tu dan dia terpaksa menyembunyikan rasa gementar tu sebab dia tak boleh mengadu dengan saya. Nasib baik ada kakak dia si Melin. Kakak dalam bisnes Shaklee. Mungkin kakak dia lah yang bagi semangat untuk dia. TQ Melin.

Kejutan kedua… Kejutan dari Kuantan, Pahang. Sebuah video montage yang dihasilkan sendiri oleh kakak kandung saya… yang juga merupakan salah seorang leader Lionize. Kalau tadi Karen buat saya bangga.. Kali ni pula, kakak saya buat saya rasa terharu dan menangis. Huhu.. Bukan saya seorang. Saya percaya, kebanyakan penonton juga merasa sebak melihat video tersebut. Saksikan sendiri..

 

Terima kasih kak Ren kerana merosakkan make-up saya. Hehe.. How I wish you were there.. Tapi takpe. Insya-Allah Ogos nanti kita jumpa ya.

Kejutan ketiga.. Disampaikan oleh nenek saya dalam Shaklee iaitu Master Siti Nur Laila. Memandangkan video belum siap di edit, semua video2 ucapan akan saya kongsikan dalam Part III. Apa yang menarik dalam ucapan Master Laila ialah.. Saya teringat kembali diri saya yang dulu. Maklum lah, saya ni memang cepat lupa, lebih2 lagi benda2 yang tak best, saya cepat lupa. 

 

 

Master Laila membuatkan saya teringat semula jatuh bangun saya dalam Shaklee. Saya teringat semula bahawa perjalanan saya sebenarnya tidak semudah yang difikirkan orang lain. Cabaran2 yang saya pernah alami, sebenarnya banyak, tapi saya dah lupa.. Sehingga lah Master Laila mengingatkan semula 3 kekuatan yang ada dalam diri saya.

Mungkin, orang lain yang mendengar ucapan Master Laila hanya lah sebuah teks ucapan biasa. Tapi.. Di mata saya, seolah2 terpampang lakonan semula bagaimana saya mengangkut kedua2 anak saya ke hulu ke hilir menghantar produk ke tempat customers. Bagaimana saya pernah beberapa kali tak tidur malam. Bagaimana saya menulis matlamat dan menulis lagi matlamat tersebut berulang2 kali sehingga ianya menjadi kenyataan. Bagaimana saya menghabiskan hampir 100% hujung minggu saya untuk bersama Lionize. Bagaimana saya menghadapi tekanan dari orang sekeliling yang hanya pandai mencari kelemahan saya. Bagaimana saya menangis, gembira, tersenyum, marah dan sebagainya. 

Perghhh.. Saya tak sangka, Allah bagi semua kekuatan itu pada hambanya yang lemah lagi kerdil. Terima kasih Allah… Semoga saya lebih kuat lagi selepas ini untuk melahirkan lebih ramai Master Coordinator dalam team Lionize.

Kejutan keempat.. Disampaikan oleh Master Laila juga. Saya tak sangka, rupanya beliau datang bersama sekeping surat yang dikirimkan oleh mama saya dalam Shaklee, iaitu kawan baik saya juga semasa sekolah menengah dulu, Fizie. Surat yang sangat bermakna buat saya, lebih2 lagi bila ia dibacakan oleh Master Laila di khalayak ramai. TQ Fizie kerana menyimpan semua memori indah kita masa sekolah dulu. Saya yakin, saya lah orang yang menyebabkan Fizie pandai menyanyi lagu Westlife. Hahahaha..

Ok lah.. Dah tengah malam. Kejutan pun dah habis. Nanti kita sambung di part ketiga ya. 

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply