Part I: Master Celebration Erwan & Laurah

Assalamualaikum… Are you there??!!.. Halloooo… 

Hahahaha.. Dah hampir sebulan blog ni tidak di update. Sebelum start menulis, harus bagi salam dulu.. Umpama rumah terbiar tak berpenghuni.

Sejak entri terakhir, saya mula busy dengan persediaan Master Celebration kami yang tak sempat pun diiklankan di blog ini. Jangan merajuk ya blog kesayangan hamba..

  

Bila poster ni jadi viral melalui Whatsapp.. Ramai yang tanya, “Laurah.. apa tu Master Celebration?”. Jadi terpaksa lah saya bagi jawapan skema: ia adalah celebration untuk pengedar Shaklee yang capai rank teratas, Master Coordinator.

Soalan kedua, “Bagaimana kah celebration itu dilangsungkan?”. Yang ni agak susah nak jawab dengan pendek. Last2 saya jawab: macam bersanding kali kedua dengan husband yang sama.

Ada juga soalan bonus, “Kenapa nama husband dulu? Biasanya dalam poster, nama wife yang ditulis dulu. Laurah didaftarkan sebagai spouse ka?”.

Ya betul!!! Sebab husband lah yang isi borang pendaftaran Shaklee di kaunter semasa saya sedang sarat mengandung dan duduk di meja pelanggan. Masa tu kan register untuk makan sendiri je, tidak terniat pun nak buat bisnes. 

Dan itu juga bukti bahawa husband saya adalah orang pertama yang sokong saya dalam bisnes ini mulai saat pertama saya mengenali Shaklee.

“Spouse yang hebat..”. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah jua.

OK.. Berbalik pada tajuk entri, upline saya pernah cakap. Master Celebration tu, kita tak payah sedia apa2, just sediakan pakaian dan slide presentation saja.

Ehehehe.. Berbeza betul la dengan celebration kami ni. Rupanya baaanyak persediaan perlu kami buat, betul2 macam persediaan nak kahwin, cuma tiada tok kadi. Apa persediannya?? Yang ni anda kena naik Master dulu baru tau. Hihi..

Tapi yang paling best, kami tak perlu risau dengan persediaan tempat dan juadah. Kalau majlis kahwin, 2 benda ni lah paling tinggi kosnya, betul? Pening kepala juga nak tekan2 calculator.

Memandangkan Master Celebration ni hanya sekali seumur hidup, maka kami memilih untuk diadakan di hotel 5bintang, Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu. Kami memang dah lama plan aturcara majlis, sebelum jadi master memang dah plan. Hahahaha..

So memang dah bersedia beri yang terbaik untuk para hadirin yang datang terutama sekali team Lionize kesayangan.

Masa rehearsal, saya dah gelisah tengok ballroom sangat kecil, hanya 320 kerusi. Tapi, saya difahamkan, kalau dewan dah penuh, mereka akan buka partition belakang. Fuhh.. Lega…

Jeng jeng jeng.. Nak tau apa jadi?? Bersambung di entri seterusnya ya.. 

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply