Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Semakin Serius

Kesan obesiti kanak-kanak termasuk risiko yang lebih tinggi diperingkat awal iaitu hipertensi, penyakit jantung dan meningkatkan risiko masalah seperti strok, penyakit jantung dan diabetis apabila dewasa. Kesan obesiti lain terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli dan ejek mengejek. Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji, kanak-kanak dan remaja yang obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah berbanding rakan-rakan mereka yang tidak obes. Selain itu, kanak-kanak obes adalah tidak aktif dan tidak fokus dalam pembelajaran.

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply