Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

“Hari tu mak mentua saya bercuti di Vietnam. Semasa menaiki teksi, pemandu teksi Vietnam bertanya kepada mereka: anda semua ni dari mana? Mak mentua saya suruh teka. Pemandu teksi menjawab: dari Malaysia ya? Mak mentua saya terkejut dan bertanya: Ehh.. Macamana awak tau? Pemandu teksi menjawab dengan selamba: Sebab orang Malaysia gemuk”. Cerita salah seorang peserta Bengkel Nutrisi, Ahad lalu.

Pergghhh.. Gemuk tu!! Malaysia juara ok!

Memang macam tak percaya kan? Tapi itu lah hakikat sebenar. Rakyat Malaysia merupakan rakyat paling gemuk di Asia Tenggara iaitu 44.5% rakyat Malaysia adalah gemuk atau obes. Ia bersamaan hampir 1 daripada 2 orang rakyat Malaysia adalah GEMUK!

Dan yang paling kritikal lagi, masalah ini bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malah ia bermula dari usia kanak-kanak iaitu setiap lima
orang yang bersekolah mengalami berat badan berlebihan ataupun obes.

Masalah Obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin berterusan dan semakin serius. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Mereka yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya.

Punca Kegemukan / Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

1# Gaya Hidup Tidak Aktif

Menurut laporan WHO, berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah berpunca daripada gaya hidup yang tidak aktif seperti kurang bersenam, lebih suka berkurung dalam rumah dan bermain video game.

2# Keturunan Genetik

Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya. Oleh itu, ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Ini adalah kerana ketika ibu obesiti sedang hamil, maka sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi dalam kandungan.

3# Makan Berlebihan

Orang gemuk responsif terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Mereka makan apabila merasa ingin makan, bukan makan ketika lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar menurunkan berat badan jika tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengubah gaya pemakanan.

4# Makanan Segera

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan makanan tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut digemari ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk menyediakan makanan selepas penat bekerja. Makanan-makanan seperti ini adalah tidak sihat dan mengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi.

4# Makanan Manis & Bergoreng

Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.

5# Masalah Penghadaman

Pengambilan makanan berlemak menyebabkan lemak terkumpul pada salur darah. Salur darah menjadi sempit dan aliran darah tidak lancar menyebabkan kekurangan oksigen pada organ-organ penghadaman. Organ-organ ini akhirnya tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Semakin banyak lemak terkumpul dalam badan kerana tidak dapat dihadam dan dikumuhkan dengan lancar.

Kesan Obesiti Terhadap Kanak-Kanak

Kesan obesiti kanak-kanak termasuk risiko yang lebih tinggi diperingkat awal iaitu hipertensi, penyakit jantung dan meningkatkan risiko masalah seperti strok, penyakit jantung dan diabetis apabila dewasa. Kesan obesiti lain terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli dan ejek mengejek. Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji, kanak-kanak dan remaja yang obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah berbanding rakan-rakan mereka yang tidak obes. Selain itu, kanak-kanak obes adalah tidak aktif dan tidak fokus dalam pembelajaran.

kanak-kanak gemuk mempunyai keyakinan diri yang rendah

Cara Mengatasi Masalah Gemuk / Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

1# Makan Makanan Sihat

Makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperi ikan. Elakkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus. Hadkan pengambilan makanan atau minuman manis.

2# Jangan Paksa Anak Makan

Jika ibu bapa selalu memaksa anak makan, mereka tidak berpeluang untuk mengenal perasaan ‘lapar’ mahupun ‘kenyang’. Keadaan ini menyebabkan mereka cenderung untuk makan berlebihan walaupun tidak lapar ataupun sudah kenyang.

3# Bersukan / Bersenam

Melibatkan diri dalam aktiviti sukan di sekolah. Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik.

4# Berpuasa

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Berpuasalah nescaya anda akan sihat”. Ajar lah anak-anak berpuasa seawal usia 7 tahun dan makan makanan sihat dan dalam kuantiti sederhana semasa berbuka puasa.

5# Penyusuan Badan

Mengikut kajian, penyusuan badan bukan sahaja mampu memberikan nutrisi lengkap kepada anak, malah dapat melindungi anak tersebut daripada risiko obesiti pada tahun-tahun akan datang.

6# Galakkan Minum Banyak Air Suam

Air suam membantu melancarkan peredaran oksigen dan melancarkan sistem penghadaman. Kurangkan minum minuman sejuk dan minuman berperisa.

7# Kekal Aktif

Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari melalui permainan seperti bermain kejar-kejar, menunggang basikal ataupun lompat-tali. Kurangkan masa menonton televisyen, bermain video game atau melayari web untuk tidak lebih daripada 2 jam sehari.

Gemuk tak semestinya sihat.

Gemuk tak semestinya sihat.

Kesimpulan

Ibu bapa seharusnya mempunyai kesedaran bahawa masalah gemuk dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah masalah serius dan ianya boleh diatasi melalui disiplin tabiat makan dan gaya hidup yang aktif. Seringkali ibu bapa tewas melawan permintaan anak-anak yang gemar makan makanan berlemak, makanan manis dan lebih suka bermain permainan dalam rumah. Produk kami bukan bertujuan menggantikan makanan semulajadi, namun ia mampu membekalkan nutrisi lengkap kepada anak anda bagi membantu tumbesaran, meningkatkan sistem pertahanan badan mereka daripada penyakit, melancarkan sistem penghadaman, menjaga kesihatan jantung dan membantu membakar lemak berlebihan pada salur darah.

Ramai ibu bapa telah berpuas hati dengan prestasi anak-anak mereka selepas mengambil suplemen kanak-kanak kami. Hubungi saya untuk konsultasi lanjut kerana saya juga seorang ibu yang prihatin terhadap kesihatan anak anda.

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply