My Brilliant danieL

Lama tak ‘mengumpat’ anak sendiri. Hehehe..

Kisah ni dah lama, bulan November lepas. Hari yang dinanti-nantikan oleh ibubapa ialah hari konvokesyen anak, betul betul? Sejak hari pertama daftarkan danieL ke Juara Kids Kindergarten, sejak hari tu lah saya tak sabar-sabar menunggu hari konvokesyen dia. Hahaha..

Bila tiba hari konvokesyen, sayang seribu kali sayang.. Saya pula diserang chicken pox. Huhuhu… Terpaksa lah saya berkurung di rumah, dengan Aysha. Sedangkan danieL hanya ditemani oleh babah dia.

Bersiap awal pagi untuk ke Costume Concert

Bersiap awal pagi untuk ke Costume Concert

Hanya gambar dan video jadi tatapan saya di rumah. Nasib baik danieL baru 5 tahun, belum konvo lagi laaa.. Masih ada peluang saya nak tengok konvo tadika dia yang sebenar tahun ini. Insya-Allah..

danieL dapat Award in Mathematics (5 Brilliant). I am proud of him..

danieL dapat Award in Mathematics (5 Brilliant). I am proud of him..

Alhamdulillah.. Memang tak sangka dia layak dapat sebarang awards. Memang selama ni dia rajin mengira dan suka buat kerja rumah matematik. Tapi bab mengeja dia belum seberapa lancar lagi.

Percubaan jadi model si kecil. Hahaha..

Percubaan jadi model si kecil. Hahaha..

Tahun ini, danieL akan sambung lagi belajar di Juara Kids Kindergarten. 12hb dah buka sekolah.. Saya dan Aysha juga lah surirumah paling setia di rumah. Hehehe..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply