Kuasai Wang Kuasai Kekayaan

Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. Sekali lagi, saya dan husband diizinkan Allah untuk hadir seminar anjuran Abang Abu dengan kos yang jauh lebih rendah dari seminar DAO, kerana kami tak perlu terbang ke Semenanjung dan menetap di mana2 hotel.

Tapi.. Kalau bukan kerana DAO, mungkin kami tidak mengenali Abang Abu pada hari ini.

Saya melihat Abang Abu sebagai seorang jutawan yang sangat low profile. Kenapa? Sebab dia tak buat iklan meletop-letop untuk ajak orang join program dia dan dia tak perlukan beratus-ratus mahupun beribu-ribu peserta. Dengan cara ini, dia lebih ‘close’ dengan peserta kursus dan dia menggelar mereka sebagai ‘adik-beradik’ dia sendiri. Peserta bebas minta autograph dia, bergambar dengan dia mahupun minta personal coaching dengan dia, best ke best??

BEST BEST BEST!!!

Dan satu lagi keistimewaan program Abang Abu. Ia bukan program yang suruh orang buka bisnes. Ia adalah satu kaedah menguasai kewangan yang ada di tangan kita pada hari ini, tak kesah samada kita bekerja makan gaji ataupun seorang usahawan.

Logiknya kerana.. Wang adalah alat penting untuk survive dalam dunia ni. Semua orang nak survive kan? Ker ada yang nak bunuh diri lepas ni??.. Takde kan?.. Masalahnya, subjek berkenaan Menguasai Kewangan tidak pernah diajar di mana-mana sekolah mahupun universiti.

Walau sehebat mana pun kita dalam akademik, ada 16 jenis PHD sekalipun, bila kita nak beli barang, kita tak boleh gunakan sijil2 PHD kita tu kat kaunter bayaran. Walau kita punya 30 jenis bisnes sekalipun, kalau kita tak pandai menguruskan kewangan, kita hanya menjadi kuli dalam bisnes sendiri, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Menjadi kaya adalah pilihan.

Sejak 2009, saya memang suka menulis dan mencari inspirasi bagaimana membina sebuah kehidupan yang bukan semata-mata untuk hidup. Sejak kecil lagi saya mempunyai impian untuk jadi orang kaya.

Jika anda tak bersetuju dengan impian saya, it’s ok. At the end of the day, kita masing2 ada mak ayah yang perlukan bantuan dari kita.. Kita masing2 ada keluarga yang perlu di sara.. Kita masing2 perlu buat persediaan untuk hari tua dan kita masing2 tak mau menghabiskan sisa2 usia kita di rumah kebajikan warga tua.. Betul betul??

So.. Bagaimana anda merancang kehidupan anda.. It’s totally up to you! Orang2 seperti DAO, Abang Abu dan raaaamai lagi jutawan di luar sana hanya mahu berkongsi ilmu dengan anda. Anda mempunyai pilihan untuk menerima, mengaplikasi atau menutup telinga, pejam mata dan menolak.

Apapun.. Tugas manusia hanya menyampaikan. Berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran. Yang membuka pintu hati itu adalah kerja Allah.

Sebagai contoh. Walaupun program Abang Abu ni PERCUMA dan ia hanya program 4jam, tapi masih ramai yang tak dapat hadir dengan macam2 alasan. I wonder WHY??

Kiri: Abang Abu, Pakar Mekanik $ yang diberi kepercayaan oleh Robert T. Kiyosaki untuk menyampaikan strategi menguasai kewangan melalui CashFLow Game. Kanan: Mohd Ali Majis, Pakar Hartanah yang memiliki 200 hartanah pada usia 27 tahun.

Kiri: Abang Abu, Pakar Mekanik $ yang diberi kepercayaan oleh Robert T. Kiyosaki untuk menyampaikan strategi menguasai kewangan melalui CashFLow Game. Kanan: Mohd Ali Majis, Pakar Hartanah yang memiliki 200 hartanah pada usia 27 tahun.

Tapi.. Itu semua pilihan masing2.

Saya sendiri boleh memilih untuk tidak pergi memandangkan saya tiada amah untuk menjaga anak2 saya. Tapi, saya terpaksa tebalkan muka minta tolong mamy dari Ranau untuk tolong jagakan anak-anak saya. Sehingga balik dari seminar, mamy saya tanya, “Kenapa kau mau jadi orang kaya?”.

Saya faham. Mamy saya tanya bukan kerana tidak bersetuju dengan saya, tapi kerana dia hairan, saya satu-satunya anak dia yang mempunyai impian LUARBIASA.

Tak ramai orang mempunyai impian LUARBIASA. Mengikut kajian, hanya 20% manusia di dunia ni adalah luarbiasa. Dan saya adalah anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. 1/5 x 100, berapa? 20% bukan?

Saya nak jadi orang kaya kerana apabila saya kaya, saya mempunyai banyak pilihan. Saya bukan sahaja mampu menjaga keperluan ibu bapa dan keluarga sendiri, malah saya mampu memberi manfaat kepada ramai orang, Insya-Allah..

Kan lebih bagus bila mak ayah kita sendiri tau apa impian kita?

Alhamdulillah.. Parents saya sangat positif tentang kekayaan. Walaupun mereka bukan keturunan kaya, mereka tidak punya hartanah untuk diwariskan pada anak2, namun sebagai anak, saya hanya perlukan DOA mereka.

Dan, sejurus selepas saya bagitau jawapan saya pada mamy, dia terus menadah tangan dan berdoa untuk saya.

Saya bersyukur sangat ibubapa saya masih hidup dan dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah.. Itu semua nikmat pinjaman dari Allah. Maka rugi lah bagi mereka yang mengabaikan ibubapa akibat sibuk bekerja siang malam semata2 mencari sesuap nasi.

Well.. Of course.. Saya belum cukup baik untuk kedua ibu bapa saya. Sebab tu lah saya perlu fokus pada matlamat saya dan dalam masa yang sama, berusaha yang terbaik untuk mereka. Actually, walau kita mengangkat dan menjulang ibubapa kita untuk menunaikan ibadah haji, ia takkan mampu membalas jasa mereka kepada kita. It’s irreplaceable!

Hidup ibarat roda.

Hari ni, kita menjaga mak ayah kita kerana kita sedar, mereka lah yang telah melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Esok, kita bagaimana? Adakah anak2 kita mahu memegang tanggungjawab menjaga kebajikan kita? Adakah mereka merasa terkesan dengan kasih sayang yang kita berikan kepada mereka pada hari ini?.. Adakah mereka masih mendoakan kita semasa kita berada di dalam kubur??..

Life begins at 40.

Saya mempunyai 8tahun lagi untuk persediaan hidup pada usia 40 tahun. Saya tak mau pada usia ini saya masih bekerja kais pagi makan pagi, pendidikan anak2 tak tentu hala, ibadah entah ke mana.. Hidup semata2 membayar HUTANG!! Na’uzubillah.. Ini bukan masa depan yang saya impikan.

Sebab itu lah, pada usia 30-an ini, saya perlu kenali dan gunakan 100% potensi saya untuk persediaan menuju 40. Bagaimana? Iaitu lah melalui ILMU.

Selagi masih ada orang yang mahu berkongsi ilmu, selagi itu lah kita perlu menyedut ilmu mereka. Lebih2 lagi mereka yang telah berpengalaman lebih 10tahun dalam kepakaran mereka. Kenapa perlu merasa ego dan merasa diri sudah cukup bagus?? Kenapa perlu sayang duit yang hanya 10-20 ribu untuk menuntut ilmu2 bertaraf jutawan??..

Ok lah. Dah panjang sangat membebel ni. Saya harap, perkongsian ini dapat memberi sedikit inspirasi dan manfaat buat anda. Dan tahniah juga kerana sanggup baca bebelan saya ni sampai ke perenggan terakhir. Hehe.. Berikut sedikit tips sebagai hadiah anda.

CashFlow Game. Saya berjaya simpan RM5,575 sahaja. Huhuhu..

CashFlow Game. Saya berjaya simpan RM5,575 sahaja. Huhuhu.. Peserta bertudung oren itu lah jutawan pertama dalam group kami dalam game ini. Pekerjaan asal hanyalah seorang Cleaner.

Tips Kekayaan

Antara rahsia yang dikongsikan oleh Abang Abu ialah:

  1. 5 Rukun Kaya
    • Sentiasa Senyum
    • Maintain High Energy
    • Niat Yang Betul
    • Syukur & Sentiasa Merasa Kaya
    • Ikhlas
  2. 3 tips menyimpan duit dengan berkesan.
    • Sediakan sebuah tabung kosong. Atas tabung ni, tulis label. “Duit ini HARAM dikeluarkan. Masuk Neraka!”. Tabung2 ini perlu diisi dengan duit-duit syiling yang selalu memberatkan poket dan dompet anda. Kajian mendapati, dengan cara ini, anda boleh menyimpan RM40 – RM150 sebulan. Tak buat memang tak percaya.
    • Tetapkan satu peraturan dalam rumah anda. Sebelum anda menghidupkan televisyen, anda perlu masukkan duit RM1 ke dalam tabung syiling tadi. Jika anda masih menonton tv pada jam kedua, tambah lagi RM1 ke dalam tabung tersebut dan begitu lah pada jam-jam berikutnya. Anda boleh guna tips ini untuk aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat, contohnya: bangun lambat, solat lambat dan sebagainya.
    • Setiap kali membeli barang, tanya diskaun. Abang Abu pernah dapat diskaun dari KFC hanya kerana ‘bertanya’ jika ada diskaun. Sebaik2nya minta diskaun sehingga 40%. Tanya je.. Bukan memaksa. Ada orang mempunyai mentaliti bahawa hanya orang miskin lah yang selalu minta diskaun. Well.. Actually, saya juga mempunyai mentaliti yang sama. Tapi, bila dah terlibat dengan jutawan2 seluruh Malaysia, rupa2nya.. Orang kaya lah paling dahsyat dalam bab minta diskaun. Sebab apa? Sebab mereka bijak. Mereka tahu berapa kos produk.

Nak tau 27 tips lagi cara-cara menyimpan duit? Anda boleh dapatkan buku Abang Abu di pasaran yang bertajuk $impan Challenge.

So.. Rasa-rasa dah boleh kuasai wang kah dengan sedikit tips di atas? Kalau tak, ambil lah peluang untuk sertai program Abang Abu di tempat anda. Make yourself available! Untuk makluman, program Abang Abu yang seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah akan diadakan pada 6-8 Feb ini. Hubungi saya untuk info lanjut.

PS: Ooopss!! Nasib baik ada yang bertanya. Saya lupa nak mention. Program pada 6-8 Feb ini adalah program Abang Abu yang terakhir di Kota Kinabalu, Sabah. So, kalau tak dapat pegi masa tu, then next time anda terpaksa terbang ke semenanjung untuk join program dia.

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. hazreena says:

    Saya cuba buat hari ini!!! Tq

  2. Best best best. Mmg rugi x pgi program abg abu.

  3. Ruby Raz says:

    Tips kedua tu aku sudah buat..tabung syiling sampai 2..tabung rm5 pun ada jg

Leave a Reply