Anak Anda Tak Perlu Antibiotik

“Ehh.. Anak kau sakit ni? Dah pegi klinik?”.

“Belum..”

“Pegi lah cepat.. Minta antibiotik supaya cepat sembuh”.

Familiar tak dengan perbualan di atas?

Dari kecil kita dididik bahawa antibiotik adalah RAJA ubat. Ubat saja tanpa antibiotik, penyakit kita tidak sembuh malah, bertambah teruk lagi. Sebab tu, bila anak sakit, kita siap bagitau doktor, “Jangan lupa bagi antibiotik ya..”. Hahahaha.. Macam kita pula doktor ye..

Rupa-rupanya, bukan semua doktor suka bagi antibiotik pada pesakit kerana mereka tahu kesan sampingan pengambilan antibiotik. Tapi ada juga segelintir doktor yang suka ‘jual’ antibiotik pada pesakit kerana mementingkan keuntungan semata.

Kesan Sampingan / Keburukan Antibiotik

Antibiotik boleh menyebabkan alahan.

Ini berlaku kepada Aysha sendiri. Semasa umur Aysha kurang 6 bulan, dia menghidap demam yang agak panas. Memandangkan umur Aysha yang masih kecil, saya hilang akal tak tau nak bagi dia makan apa supaya demam itu cepat redah. Cepat-cepat bawa ke klinik dan doktor bagi antibiotik. Saya tak minta, tapi doktor yang bagi dan saya pulang dalam kebingungan. Boleh kah baby sekecil Aysha ambil antibiotik?

Selepas 3 hari makan antibiotik, ruam-ruam merah muncul di seluruh badan Aysha. Sekali lagi saya panik. Saya sangkakan chicken pox atau ekzema, tapi mustahil la chicken pox sebab Aysha tidak bergaul dengan kanak-kanak lain. Rupa-rupanya itu lah dia alahan, kesan pengambilan antibiotik. Saya terus stop bagi antibiotik dan selepas 2 hari, ruam merah itu hilang dengan sendiri. Alhamdulillah.. Alahan tidak teruk sangat seperti yang di alami orang lain, ada yang timbul ruam gegata, kulit melecur dan sesak nafas.

Antibiotik boleh menyebabkan alahan dan membunuh semua bakteria dalam badan termasuk lah bakteria baik

Antibiotik boleh menyebabkan alahan dan membunuh semua bakteria dalam badan termasuk lah bakteria baik

Antibiotik membunuh semua bakteria dalam badan.

Bila ruam tersebut telah hilang, saya dapati Aysha mengalami kulat susu. Mulutnya seolah-olah dipenuhi ulser. Saya sempat research di Google mengenai kulat susu dan mendapati ianya mungkin berpunca daripada pengambilan antibiotik. Huhu.. Sekali lagi saya frust dengan doktor yang memberikan antibiotik pada Aysha tempoh hari. Saya bawa Aysha ke klinik lain dan doktor mengesahkan ia mungkin berpunca dari antibiotik tersebut.

Menurut doktor, antibiotik berfungsi untuk membunuh bakteria dalam badan. Namun, tidak semua bakteria dalam badan adalah bakteria jahat. Salah satu bakteria baik ialah bakteria yang ada di dalam usus manusia. Sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Bila doktor menerangkan tentang bakteria baik pada usus, baru lah saya teringat bahawa sejak Aysha ambil antibiotik, dia mengalami rutin membuang air besar yang tidak normal. Disebabkan dia breastfeeding, biasanya 3hari sekali dia akan membuang. Tapi, selepas ambil antibiotik, Aysha belum membuang walaupun sudah hari kelima. Doktor mengesahkan ini adalah bukti bakteria baik dalam usus Aysha sudah terbunuh dan menyebabkan serangan kulat bermula dari usus hingga ke mulut. Huhuhu.. Kesian Aysha..

Antibiotik menyebabkan bakteria lebih imun.

Walaubagaimanapun, bagi orang dewasa atau kanak-kanak yang sudah sedikit berumur seperti danieL, tidak semua bakteria berjaya dibunuh oleh antibiotik. Bakteria yang selamat dari serangan antibiotik akan menjalani mutasi dan menjadikan bakteria tersebut lebih imun berbanding sebelumnya. Ini menyebabkan ia tidak lagi boleh dibunuh oleh antibiotik yang sama. Jika pesakit diserang penyakit yang sama kali kedua, ia memerlukan antibiotik yang lebih kuat. Lebih kuat maknanya dos semakin tinggi dan harga semakin mahal. Doktor yang mau cepat untung tersenyum lebar.. Namun, pesakit terpaksa menanggung risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kesan sampingan pengambilan antibiotik. Dan, proses mutasi ini tidak berakhir di sini. Bakteria mungkin menjadi lebih kebal dari semasa ke semasa, dan antibiotik lebih kuat lagi diperlukan untuk membunuhnya, sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Say NO to Antibiotic

Apa kata tahun ini kita berazam untuk tidak mengambil sebarang bentuk antibiotik. Ubat mungkin diperlukan apabila terdesak, tapi antibiotik.. Jangan sekali! Antibiotik hanya melemahkan sistem pertahanan badan kita sendiri. Sebab tu kita selalu dengar orang yang mengalami penyakit kencing manis, kanser dan sebagainya.. Sampai suatu tahap, penyakit mereka semakin bertambah teruk sehingga tidak ada lagi ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut. Dalam masa yang sama, ubat-ubatan termasuklah antibiotik ini hanya menambahkan lagi kelesuan badan mereka, melemahkan fikiran dan menjadikan mereka sendiri berputus asa untuk meneruskan kehidupan.

Boleh kah kita sembuh tanpa antibiotik?

Insya-Allah… BOLEH. Malah, kita juga mempunyai pilihan untuk mengelak daripada diserang penyakit. “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Frasa ini telah wujud sejak dulu, bermakna penyakit memang boleh dicegah sebelum berlaku. Jika anda mempunyai azam baru yang sama seperti saya, izinkan saya bantu anda bagaimana untuk menjayakan misi kita tahun 2015 ini. Semuanya yang terbaik untuk anak-anak kita.

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. January 3, 2015

    […] dulu, anak sakit je, terus kelam kabut bawa pegi klinik, ambik ubat dan antibiotik. Tak tau pun apa keburukan antibiotik? Tak tau pun apa itu makanan […]

Leave a Reply