Anak Sihat, Ibu Bahagia

Baru-baru ni ada orang datang rumah buat demo pasal satu alat pembersih rumah. Saya memang sangat suka tengok apa-apa saja demo yang berkaitan kebersihan rumah, sebab tu masa dorang call bagitau nak datang rumah, senang je dapat green light dari saya.

Hasil daripada demo tersebut, saya dapati orang tu takde lah hebat sangat skill marketing dia, tapi saya sendiri yang tertarik nak memiliki produk tersebut. Menyesal tak ambik gambar-gambar habuk yang berjaya disedut oleh alat tu. Eeee.. Geli.

Walaupun baru sejam lepas karpet tu di vacuum oleh maid saya, ternyata masih banyak habuk-habuk yang terperangkap di celah-celah benang karpet berjaya disedut keluar. Seolah-olah maid tak buat kerja, padahal kalau tengok dengan mata kasar, memang nampak bersih dah karpet tu.

Ni belum citer bab tilam pula. Alahaiii.. Meremang bulu roma!! Tapi.. Saya bukan nak citer pasal alat penyedut tu, cuma nak bagitau betapa sebenarnya banyak sangat habuk bertebaran dalam rumah kita, walaupun kita dah cuci setiap hari, kita takkan nampak dengan mata kasar.

Sebab tu tak heran ramai kanak-kanak menghidap penyakit kulit ekzema. Kulit sensitif, mudah gatal dan bila digaru, boleh menyebabkan kecederaan teruk. Syukur lah anak-anak saya bukan jenis kulit sensitif.

Selain penyakit kulit, habuk-habuk di persekitaran kita juga boleh menyebabkan kanak-kanak menghirup udara kotor seterusnya berisiko menghidap penyakit asma. Mungkin rumah kita bersih, tapi kanak-kanak lain yang menghidap asma biasanya akan memberi jangkitan selsema kepada anak kita, terutama jika anak kita bergaul dengan mereka semasa di nursery.

Selsema, demam, batuk.. Adalah sakit biasa yang dialami oleh anak-anak kita. Ibubapa yang prihatin akan ambik cuti semasa anak sakit, tapi ada juga ibubapa yang terpaksa hantar anak ke nursery walaupun anak tu sakit, mungkin sebab kekangan kerja, dorang tak boleh ambik cuti.

Ini adalah dilema rutin saya semasa saya masih bekerja dulu. Syukur Alhamdulillah, ada orang bagi kesedaran kepada saya berkenaan pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan. Kalau dulu, anak sakit je, terus kelam kabut bawa pegi klinik, ambik ubat dan antibiotik. Tak tau pun apa keburukan antibiotik? Tak tau pun apa itu makanan tambahan?

Makanan tambahan semulajadi untuk menguatkan antibodi kanak-kanak yang mudah sakit

Makanan tambahan semulajadi untuk menguatkan antibodi kanak-kanak yang mudah sakit selsema, demam, batuk, asma dan mempunyai masalah kulit

Alhamdulillah.. Sejak tahun 2013, kalau setakat selsema, demam dan batuk, saya dah tak pernah bawa anak saya ke klinik. Kekadang tu stress juga dengar orang sekeliling membebel, “Ehh. Anak kau ni batuk, kau dah bawa jumpa doktor ke?”. Hmmm.. Saya iya-kan saja padahal saya tak bawa pun. Hari kedua atau ketiga, Insya-Allah mereka akan sembuh sendiri.

Jika anda adalah..

  1. Ibubapa bekerja yang menghantar anak ke nursery atau
  2. Anak anda mudah dijangkiti penyakit selsema, demam dan batuk atau
  3. Anak anda menghidap penyakit asma atau
  4. Anak anda mempunyai kulit sensitif / ekzema

Anda harus mula memberikan makanan tambahan kepada mereka. Saya mula menjaga antibodi anak-anak saya melalui pengambilan suplemen sejak tahun 2012 dan Alhamdulillah.. Memang sangat memuaskan hati. Saya yakin semua ibubapa mahukan anak-anak mereka membesar dengan sihat, kan? Hubungi saya kerana saya juga prihatin terhadap kesihatan anak anda.

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. March 17, 2017

    […] makan makanan segera sepatutnya WAJIB bagi anak makan vitamin untuk memastikan mereka dapat semua suplemen penting yang mereka perlukan, disamping menguatkan sistem imun mereka agar tidak mudah […]

Leave a Reply