9 Tips Menangani Masalah Anak Memilih Makanan

Saya merupakan salah seorang ibu yang mengalami masalah anak memilih makanan atau tak suka makan makanan berkhasiat. Anak saya aktif bermain tapi, bila datang ke majlis kenduri atau birthday kawan sebaya, dia tak nak makan makanan yang dihidangkan. Kesian.. Dia penat bermain, tapi perut kosong.

Saya tau ramai ibubapa di luar sana juga mengalami masalah yang sama.

Ada dua kategori anak yang memilih makanan iaitu samada anak tersebut seorang picky-eater atau mempunyai sindrom food neuphobia. Kedua-dua masalah ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun, tetapi ada juga yang sampai 7 tahun.

Picky-Eater Vs Food Neophobia

Individu yang picky-eater menolak semua makanan termasuklah makanan yang dia dah kenal kerana dia hanya mau makan makanan yang dia suka sahaja.

Food neophobia pula bermaksud individu yang takut mencuba makanan baru. Mereka hanya makan makanan yang sama setiap hari. Walaubagaimanapun, keinginan untuk mencuba makanan baru mungkin timbul jika makanan tersebut didedahkan kepada mereka setiap hari.

Faktor Yang Menyebabkan Anak Memilih Makanan

  1. Faktor Genetik – kajian telah dijalankan ke atas 2 orang anak kembar dan mendapati bahawa mereka mempunyai tabiat makan yang sama.
  2. Faktor Psikologi – anak mengikut paten pemakanan ibubapa di rumah. Kadang-kadang, ada sesetengah ibubapa yang menghantar anak ke nurseri atau sekolah dengan membekalkan makanan yang sama setiap hari. Keadaan ini menggalakkan lagi tabiat pemakanan anak yang cerewet makan.
  3. Faktor Persekitaran – anak pernah mengalami keracunan makanan ketika mencuba makanan baru. Pengalaman ini menyebabkan mereka tak mau lagi mencuba sebarang makanan baru.
Masalah memilih makanan di kalangan kanak-kanak adalah normal dan boleh diatasi

Masalah memilih makanan di kalangan kanak-kanak adalah normal dan boleh diatasi

9 Tips Menangani Masalah Anak Memilih Makanan

#1 Hormati Selera Makan Anak Anda

Jika anak tak lapar, jangan paksa mereka makan. Seringkali ibubapa memarahi anak jika mereka tak mau makan atau makanan tak dihabiskan. Keadaan ini menyebabkan anak semakin fobia dengan makanan kerana merasakan makan bukan aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, anak yang dipaksa makan tidak berpeluang mengenal perasaan lapar atau kenyang.

Berikan anak anda makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mengajar mereka minta makanan tambahan jika mereka suka.

#2 Tetapkan Waktu Makan

Hidang makanan untuk anak anda pada waktu yang sama setiap hari. Berikan anak minum banyak air masak atau jus sebelum tiba waktu makan. Dengan cara ini, mereka akan rasa lebih lapar ketika makanan dihidangkan dan meningkatkan selera makan.

#3 Bersabarlah Memperkenalkan Makanan Baru

Majoriti kanak-kanak memang tak suka merasa mahupun menghidu bau makanan yang mereka tak biasa. Anda boleh menyuapkan makanan ke mulut mereka, tapi mereka mungkin akan mengeluarkannya semula kerana tak biasa dengan rasa yang baru. Bersabar lah dan dedahkan anak pada makanan tersebut sekerap mungkin sehingga mereka sendiri teringin nak merasa makan makanan tersebut. Kajian mengatakan anda mungkin perlukan sebanyak 15 kali percubaan!! Ibu-ibu.. Sabar ya.

#4 Kreatif & Menyeronokkan

Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menyeronokkan untuk si anak. Sediakan hidangan yang menarik yang mempunyai beberapa warna dan bentuk. Anak anda mungkin suka makan malam dengan makanan untuk sarapan pagi. Jika si anak suka kicap, anda boleh campurkan sedikit kicap dalam makanan tersebut.

Makanan yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna menarik minat anak untuk makan

Makanan yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna menarik minat anak untuk makan

#5 Ajak Anak Membeli & Menyediakan Makanan

Ketika anda keluar membeli barangan dapur, biarkan anak memilih sayur dan buah-buahan yang mereka suka. Semasa menyediakan makanan, ajar mereka buat kerja-kerja mudah seperti membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran, susun pinggan di atas meja makan dan sebagainya.

#6 Ibubapa Adalah Idola

Ibubapa sendiri perlu mengamalkan tabiat makan yang sihat supaya anak anda mahu mencontohinya.

#7 Kurangkan Gangguan Ketika Makan

Tutup TV, handphone atau sebarang alat yang boleh mengganggu konsetrasi anak anda ketika makan. Ingat. Iklan-iklan dalam TV juga mempengaruhi anak anda untuk makan makanan manis dan kurang nutrisi.

#8 Jangan Biasakan Bagi Dessert Selepas Makan

Ada ibubapa yang memujuk anak makan dengan cara ‘merasuah’ dessert selepas makan. Kaedah sebegini menyebabkan anak menyangka dessert adalah makanan terbaik untuk mereka dan ini meningkatkan keinginan mereka makan makanan manis. Anda boleh berikan dessert 1-2 kali seminggu, bukan setiap hari.

#9 Jangan Terlalu Manjakan Permintaan Anak

Anda mungkin dah siap masak dan bersedia untuk menghidangkannya, tiba-tiba si anak tak mau makan dan minta anda masak makanan kegemaran mereka. Anda perlu bertegas dalam perkara ini dan berikan alasan yang kreatif untuk menolak permintaan si anak. Sentiasa masak makanan yang sihat untuk anak anda walaupun mereka tak suka, lama kelamaan mereka pasti mau mula merasa makanan tersebut.

Risiko Masalah Yang Dihadapi Jika Anak Memilih Makanan

Tabiat memilih makanan di kalangan kanak-kanak adalah normal. Namun ia tak boleh dianggap masalah ringan kerana tabiat ini boleh menyebabkan anak mengalami kekurangan nutrisi dalam badan, penurunan berat badan, sembelit, mudah sakit, skurvi, mudah penat dan tidak fokus dalam pembelajaran.

Melatih anak makan pelbagai jenis makanan sihat mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Sebab itu lah produk kami diperkenalkan untuk memudahkan ibubapa mengatasi masalah selera makan anak mereka.

Meal Shakes – Multivitamin Untuk Kanak-Kanak Cerewet Makan

Produk ini bukan bertujuan untuk menggantikan makanan sebenar. Tetapi ia membantu meningkatkan selera makan anak, mempunyai kandungan fiber untuk mengatasi masalah sembelit dan melengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran mereka agar mereka tidak mudah sakit dan boleh fokus menerima pelajaran.

Baca lebih lanjut tentang kandungan Meal Shakes

Jika anak anda seorang picky-eater atau food neuphobia, anda boleh mencuba produk kami kerana ia dijamin selamat, halal, tanpa bahan kimia dan tanpa bahan tiruan yang merbahaya, dan yang paling penting sekali ia adalah berkesan. Ramai ibubapa diluar sana yang sudah tertipu membeli suplemen kanak-kanak yang bukan sahaja mahal, malah tidak berkesan menyelesaikan masalah kesihatan anak mereka. Hubungi saya untuk konsultasi lanjut.

Sumber rujukan: http://www.babycenter.com/child-picky-eater

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. January 15, 2015

    […] ibu bapa selalu memaksa anak makan, mereka tidak berpeluang untuk mengenal perasaan ‘lapar’ mahupun ‘kenyang’. […]

Leave a Reply