5 Sebab Kenapa Anak Anda Perlu Suplemen

Semalam saya diajukan soalan oleh seorang pelanggan baru. “Boleh kah anak saya yang baru berumur setahun 3bulan makan suplemen?”

Kenapa tak boleh?

Suplemen adalah makanan tambahan. Bukan ubat-ubatan. Ketika anak anda sudah mula makan solid food, ketika itu lah dia dah boleh makan suplemen mengikut dos yang sesuai.

“Selamat kah?”..

Kenapa tak selamat?

Susu formula yang anda beri pada anak setiap hari, adakah dijamin selamat? Nestum, cerelac dan pelbagai lagi jenama makanan tin untuk kanak-kanak yang anda suapkan pada anak anda, adakah dijamin selamat? Adakah tertera pada label produk mereka mengatakan ianya dijamin selamat?

Sedangkan suplemen Shaklee, terang-terangan dijamin SENTIASA selamat, SENTIASA berkesan dan SENTIASA mesra alam.. Sejak lebih 50 tahun yang lepas.

Ni yang orang suka cakap over-claimed, sedangkan mereka belum pernah merasa sendiri suplemen Shaklee. Apatah lagi buat kajian klinikal sendiri.

Cumanya.. Kalau anak anda masih menyusu badan, maka adalah lebih baik si anak mendapat nutrisi daripada air susu ibu. Maknanya, si ibu sendiri lah yang perlu makan suplemen. Itu lah kelebihan susu ibu. PALING SELAMAT untuk anak.

5 Sebab Kenapa Anak Anda Perlu Suplemen

Berikut adalah 5 sebab kenapa anak anda perlu diberikan makanan tambahan.

#1 Anak tidak menyusu badan sehingga berusia 2 tahun

Berapa peratus ibu2 di luar sana berjaya menyusukan anak mereka sehingga berumur 2tahun? Saya percaya, peratusannya sangat sedikit. Biasanya apabila mereka mencapai umur setahun lebih, ibu mula rasa bersalah kerana melihat si anak yang cepat lapar, sebab tu lah ibu akan mula bagi susu formula, betul? Akibatnya, anak tidak mendapat nutrisi yang lengkap dari susu ibu dan ia perlu di topup melalui pengambilan suplemen kanak-kanak.

#2 Anak memilih makan

Mengikut kajian, peratusan kanak-kanak memilih makanan adalah lebih tinggi daripada peratusan kanak-kanak yang makan apa saja. Anda sangat bertuah jika anak anda tidak memilih makanan dan suka makan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, daging, telur dan ikan. Kanak-kanak yang memilih makanan adalah lebih gemar makan makanan tak sihat atau mereka lebih banyak menyusu daripada makan.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi. Mereka mudah sakit, mengalami sembelit, berat badan menjadi ringan, tumbesaran terbantut dan kurang fokus dalam pelajaran. Di sini lah suplemen memainkan peranan penting kerana setiap hidangan Mealshake Shaklee melengkapkan 19 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka mudah sakit, sembelit, tumbesaran terbantut dan sebagainya.

Kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka mudah sakit, sembelit, tumbesaran terbantut dan sebagainya.

#3 Anak dijangkiti penyakit dari kanak-kanak lain di pusat penjagaan

Trend zaman sekarang, ramai ibubapa menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak semasa mereka keluar bekerja. Ada ibubapa yang sanggup mengambil cuti dan menjaga anak sendiri ketika anak sakit. Namun, ada juga ibubapa yang tidak dapat bercuti sewenang-wenangnya.

Di sinilah risiko untuk anak anda mendapat jangkitan sakit selsema, demam, batuk, chicken pox dan sebagainya sangat tinggi. Kekerapan memberikan ubat-ubatan dan antibiotik kepada anak merumitkan lagi keadaan. Jika anak anda mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat, Insya-Allah mereka tidak mudah dijangkiti. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan mereka.

#4 Ibubapa mempunyai kekangan masa untuk menyediakan makanan berkhasiat

Iklan TV makanan segera seperti KFC dan McDonald sangat mempengaruhi tabiat makan kita sekeluarga. Restoran-restoran sebegini menjadi tempat wajib-singgah ibu selepas balik dari kerja kerana ibu sudah terlalu penat untuk beraksi di dapur selepas seharian beraksi di ofis. Anak-anak seronok melihat ibu pulang dengan plastik KFC dan menyambut kepulangan ibu dengan riang ria. Kita bukan tak tau makanan segera adalah makanan yang tak sihat untuk anak, tapi kekangan masa memaksa kita untuk membeli makanan segera yang mengenyangkan namun tidak menyihatkan. Boleh.. Tapi, jangan terlalu kerap dan pastikan nutrisi anak anda di topup dengan makanan tambahan lain yang lebih berkhasiat.

#5 Pencemaran

Dunia semakin tua. Pencemaran ada di mana-mana. Bukan saja di luar rumah, malah dalam rumah pun tercemar dengan habuk dan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk mencuci lantai, pinggan mangkuk dan pakaian. Pencemaran ini menyebabkan kanak-kanak mengalami elergik, asma, sesak nafas dan mudah letih. Suplemen bukan sahaja membantu menguatkan sistem imun anak, malah membantu memulihkan luka pada kulit alergik dengan cepat sebelum berlaku jangkitan kulit yang lebih kritikal. Disarankan juga penggunaan sabun pembersih rumah yang bebas daripada bahan-bahan kimia merbahaya dan selamat untuk rumah.

Berhenti Beralasan, Kasihani Anak Anda

Rupanya, masih ramai yang berpendapat bahawa hanya warga tua yang perlu ambil suplemen. Dalam masa yang sama, mereka setiap hari mengeluh cepat penat, tak dapat tidur malam, tak cukup tidur, stress, bangun pagi dalam keadaan lesu, setiap bulan ambil emergency leave untuk jaga anak yang sakit dan sebagainya. Ini adalah petanda bahawa anda dan anak anda mengalami kekurangan nutrisi. Sudah-sudah lah mencipta alasan. Kasihani anak anda, mereka adalah amanah Allah untuk anda jaga dengan baik. Adakah anda bekerja siang malam mencari rezeki semata-mata mahu membeli handbag dan pakaian berjenama? Bukan kah lebih berkat rezeki itu jika digunakan untuk kesihatan dan pendidikan anak-anak, betul betul?

Jika anda perlukan bantuan untuk mendapatkan khidmat nasihat suplemen mana yang sesuai untuk anak anda, hubungi saya. Saya juga prihatin dengan kesihatan anak anda.

Sumber Rujukan:
http://www.todaysparent.com/family/family-health/do-your-kids-really-need-vitamins/

Facebook: Abby Misaha
FB Page: ibumadeeha.com
Shaklee ID: 876282
Emel: ibumadeeha@gmail.com
Contact No: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU”

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply