Musafir Menuntut Elmu

Alhamdulillah.. Semalam saya dan husband baru saja menamatkan seminar 4hari Millionaire Marketing Mastery di Shah Alam Convention Center. Sesi terakhir seminar tu, ada sesi soal jawab bersama Dr. Azizan Osman (DAO). Ramai yang bertanya soalan tapi ada juga yang sekadar meluahkan perasaan happy dan terharu kerana berpeluang berguru dengan DAO.

Kalau diizinkan, saya pun nak juga ambik mikrofon dan meluahkan perasaan syukur jadi anak murid DAO, tapi… Takpe lah, bagi chance orang lain tanya soalan penting. (Ceh.. Padahal cover malu pegang mikrofon. Hahahaha..)

Memandangkan saya ada blog sendiri, so suka hati saya lah nak meluah panjang mana pun dalam ni kan? Hahahahaha.. Harap2 DAO baca 🙂

Program Pertama – IMKK 10/2014

Saya tak ingat bila kali pertama saya nampak iklan seminar IMKK di Facebook. Yang saya ingat, masa tu banyak sangat video testimoni dikongsikan dari page Azizan Osman. Saya tengok juga video-video tu tapi dalam hati saya berbisik, “Alah… Sama je intipatinya macam seminar-seminar lain. Suruh zikir, solat dhuha, tahajjud, syukur, law of attractions dan sebagainya.. Sama je.. Saya tak perlu training macam ni. Dah tau dah…”

So saya fokus nak cari training berkenaan teknik blogging dan FB ads, then saya jumpa iklan Jamal Sifu Fbads. Malangnya, seminar yang Tuan Jamal buat ni hanya di sekitar Kuala Lumpur. Katanya dengan tegas, “Jangan tanya saya kenapa saya tak buat training di Sabah / Sarawak. Siapa yang mau menuntut ilmu, dia lah yang perlu berkorban untuk mengejar ilmu tersebut”. Dalam masa yang sama, saya terbaca lagi status seorang kawan di FB. Katanya, “Ilmu harus dikejar, bukan di tunggu”.

Saya betul-betul tersentap!! Then saya nekad nak pegi training Sifu FB ads. Saya heran kenapa yurannya sangat murah, mungkin kah itu hanya preview dan bukan seminar penuh? Then, saya mula ragu-ragu. Tiba-tiba iklan IMKK terpampang lagi di newsfeed FB saya. Then saya klik, kebetulan video testimoni Heliza. Antara kata-kata Heliza yang saya ingat ialah.. “Dia memang betul-betul nak bantu anak bangsa kita. Dia kongsikan SEMUA tips bagaimana nak jadi jutawan dunia dan akhirat”. Then saya baca lagi testimoni lain, di mana ada yang berjaya buat jualan 400% lebih banyak dari sebelumnya selepas masuk IMKK. Tiba2 saya berdoa: Ya Allah.. Izinkan saya masuk kelas IMKK ni.

Keesokan harinya, saya bagitau husband dan dengan cepat je husband jawab, “Jom pegi KL”. Huhu.. Memang betul-betul tak sangka husband bagi respon positif semudah itu. Saya kata nak ambik seat general je, RM300+. Tapi, husband kata, “Kita dah datang jauh-jauh, tak berbaloi la ambik seat general je. Ambik je seat Super Supreme tu. Dapat banyak video nanti boleh tengok sama-sama kat rumah.”

Dan yang paling terharu, husband sanggup jaga anak-anak di hotel dan suruh saya seorang je masuk seminar tu. Macam-macam perasaan, happy dan nervous. Sehari sebelum nak pegi KL, saya suruh husband je lah yang pegi, saya jaga anak-anak. Husband tanya kenapa? Saya kata, segan sebab nanti mesti ramai CEO dalam tu, saya segan nak bergaul dengan orang-orang besar. Husband dengan selamba je cakap, “Sayang pun CEO bah.. CEO Lionize”.

2jam sebelum penerbangan ke KL, kami masih di rumah, sibuk mengemas beg pakaian dan bersiap. Masa tu saya baru nak mandikan danieL dan Aysha. Saya terkejut bila buka baju danieL, badannya banyak ruam kemerahan, chicken pox. Saya terduduk sekejap, otak blank. Dalam hati berkata, “Ya Allah.. Macamana ni? Saya ada masa 2jam lagi sebelum penerbangan. Anak saya kena chicken pox, saya takde masa nak buat pilihan, nak teruskan pegi atau batalkan saja?? Yuran seminar bukan murah, RM2000+. Tiket flight RM1500+. Apa saya nak buat ni??”.

Saya panggil husband, then husband terus call bapanya di Beaufort dan minta tolong jaga danieL selama kami di KL. Beaufort – KK bukan dekat ok, mengambil masa 2jam perjalanan. Alhamdulillah.. Kebetulan abang husband masih berada di Kinarut dan dalam perjalanan balik ke Beaufort, dia terpaksa patah balik ke KK untuk ambik danieL. Saya sedih sangat sebab ini lah kali pertama kami travelling tanpa danieL. Tapi.. Saya terpaksa redha dan nekad dalam hati, “Saya takkan sia-siakan pengorbanan danieL”.

IMG_2193-0.JPG

Bermula lah seminar IMKK 4hari di Mines International Exhibition Convention Center. Betul sangat tekaan saya, semua yang dia ajar saya dah tau dah.. Tapi, hebatnya program ini ialah dia mampu program semula cara kita berfikir dan bertindak. Saya bersyukur sebab selama ni saya dah faham teori Law of Attraction dan dah tau apa itu visualization, so saya tiada masalah untuk menerima idea ni. Mungkin sebab tu mudah untuk saya follow exactly apa yang cuba di sampaikan oleh DAO.

Pun begitu, walaupun saya kata saya dah tau dah semua intipati seminar ni, tapi kenapa saya belum jadi jutawan?.. Masalahnya ialah saya tau tapi tak buat. Buat, tapi tak 100%. DAO ajar dan guide kita macamana buat submission dengan betul. Saya submit.. Saya submit semua permintaan saya sejak 5tahun lepas. Amazingly.. Seminggu selepas tamat IMKK, 2 daripada permintaan saya itu telah dimakbulkan Allah. Alhamdulillah..

Semua intipati seminar saya kongsikan dengan husband. Bayangkan seminar habis sekitar jam 12tengah malam. Saya sampai hotel dah pukul 1pagi, husband masih setia menunggu, bersedia mendengar sharing saya. Saya cuba sehabis baik untuk transfer semua ilmu yang saya belajar pada dia dan Alhamdulillah.. Allah mudahkan dia untuk menerima dan buat perubahan bersama-sama.

Selepas IMKK juga, banyak idea singgah ke fikiran saya. Saya tak sabar nak realisasikan idea-idea saya tu, tapi tiba-tiba saya pula kena chicken pox. Saya terpaksa berkurung di rumah dan tidak dapat buat aktiviti secara normal. Saya percaya Allah sedang merancang sesuatu untuk saya dan saya menerima ujian itu dengan hati lapang.

Program Kedua – MMM 11/2014

Dalam masa yang sama, saya tau DAO akan buat program yang seterusnya iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM), dan saya sebenarnya dah bayar deposit untuk join program ni. Kali ni saya daftarkan nama husband sekali. Tapi, sehingga 2minggu terakhir sebelum program, saya masih belum buat keputusan muktamad untuk join atau tidak. 99% niat hati betul-betul nak join, tapi 1% lagi halangan yang saya letak kat depan iaitu saya tak tau dengan siapa saya nak minta tolong untuk jaga anak-anak saya. Sehingga lah saya dapat follow-up call dari Richworks, saya tak kata saya nak cancel, tapi saya kata saya akan usahakan bayaran secepat mungkin.

Memula saya nak bagi peluang husband seorang je pegi, saya stay kat KK dengan anak-anak. Selain masalah siapa nak jaga anak, of course masalah kewangan juga menghantui kami. Ya.. Bukan murah ok!! Kami perlu RM8K untuk kami berdua masuk program ni. Belum termasuk tiket flight dan sewa hotel. Husband excited sebab dapat peluang pegi tapi, dalam masa yang sama dia nervous juga, risau kalau tak terbangun awal pagi (sebab balik lewat malam). Risau kalau tak dapat tahan kencing masa seminar. Hahahahaha.. Ada-ada saja lah kerisauannya.

Melihat kerisauannya yang bukan di buat-buat, akhirnya saya minta husband call bapanya untuk tanya boleh tak kami minta tolong jaga anak-anak semasa kami berada di KL selama 6hari. Alhamdulillah.. Jawapannya, boleh. Tapi yang sebenarnya, jauh di lubuk hati saya tak sanggup tinggalkan anak-anak di Sabah, terutama sekali Aysha. Ini kali pertama saya akan berpisah dengan Aysha. Huhu…

Saya tak dapat gambarkan betapa beratnya keputusan saya ni. Tapi dalam hati saya berbisik, “Takpe.. 6hari saja. Sabar ya Aysha.. Izinkan ummi menuntut ilmu untuk masa depan kita”. Actually, sebelum penerbangan kami ke KL, saya dah berkali-kali dapat sms dari Richworks mengatakan saya perlu buat pengesahan untuk datang Seminar Master Your Business (MYB) yang akan berlangsung sehari selepas tamatnya seminar MMM. Saya tak peduli dengan sms tu sebab saya tak boleh nak fikir, sanggup kah saya tinggalkan anak-anak begitu lama?? Memang tak lah kan?? So.. Saya biar je sms tu tanpa tindakan.

Millionaire Marketing Mastery Nov 2014

Semasa menjalani seminar MMM.. Programnya memang TERBAIK. Ramai student marketing dari mana-mana universiti akui bahawa kaedah yang DAO ajar tidak pernah mereka pelajari semasa di universiti dulu. Apatah lagi saya kan?? Memang blur katak la jawabnya!! I am ZERO about marketing. Selama ni saya berniaga seperti bidan terjun!! So.. Memang pecah kepala otak. Banyak perubahan besar saya perlu buat untuk bisnes saya. Insya-Allah saya akan buat step by step dan saya wajib transfer ilmu ni kepada team Lionize juga.

Program Ketiga – MYB 12/2014

Dan dalam seminar MMM juga, DAO berkongsi bagaimana perjalanan hidup dia sebelum menjadi jutawan dan bagaimana dia telah melakukan pelbagai jenis kesilapan. Dan dari kesilapan-kesilapan ini lah membuatkan dia banyak belajar dan mengambil masa yang agak panjang untuk jadi jutawan. Hari terakhir seminar MMM, dia juga menerangkan serba sedikit intipati program Platinum yang terdiri daripada 4 seminar dan salah satunya adalah MYB.

Semasa IMKK, saya memang dah tulis dalam senarai 101 impian saya bahawa saya mau graduate dari Platinum program of Unviversity of Life. Program ini bermula dengan seminar MYB.

Lunch break, husband bagitau saya, dia nak join seminar MYB. Saya pun nak juga, tapi… Anak-anak di Sabah macamana?? Dorang dah lama tunggu kami pulang. Kalau tambah lagi 5hari MYB, tidak kah itu namanya kejam??

Saya setuju husband ambil MYB, kemudian dia terus beratur di meja kaunter borang. Saya masih duduk berfikir sambil dua orang peserta seminar bercerita di sebelah saya. Masing-masing sedang mengisi borang Platinum. Kerana terlampau sebak, tetiba je saya bersuara dan bagitau dorang yang saya pun teringin nak join MYB, tapi… Air mata saya mula menitis. Dorang pun layan juga la luahan perasaan saya sambil memberi semangat, “Takpe.. Sekali ni je berkorban sikit”, kata mereka. Saya fikir-fikir, memang betul saya perlu seminar ni ASAP, sebab next schedule adalah tahun depan and I don’t have that time. Saya nak complete kan Platinum pada Jun, so that lepas ni saya tak buang masa fikir macamana-macamana-macamana?.. Saya percaya, lepas habis MYB, hidup saya akan dipenuhi dengan action-action-action!!

Then, saya panggil husband yang sedang beratur di meja kaunter. Husband datang pada saya dan saya kata, “Saya nak join juga”. Respon husband sangat positif, terus ambik pen dan suruh saya lengkapkan borang untuk kami berdua. Saya tanya dia, “Cukup kah duit untuk yuran”. Dan jawapan dia, “Don’t worry.. Ada”.

Dah isi borang, hantar dan bayar. Setel!!

Tetiba, saya baru teringat yang saya ada Seminar LUA & NLP di KK pada 6-7 Disember ini. Saya dah bayar pun yuran untuk program ni tapi takde lah semahal MYB. Then saya teringat subjek pertama yang DAO tekankan masa seminar MMM. Ia berkaitan dengan PERSISTENT.

Apa yang saya faham, Persistent adalah suatu keadaan di mana seseorang itu sangat degil dan fokus mahu mencapai impiannya. Biar apapun halangan di hadapan, dia tetap mau dapatkan impian dia yang sebenar. Walaupun mungkin halangan di depan tu lebih best daripada impian yang ingin dikejar, tapi kerana dia tau impian itu lebih penting, maka dia sanggup tinggalkan benda-benda lain yang nampak macam best.

Berbalik pada cerita saya tadi.. Saya betul-betul nak join MYB, 99% nak join, tapi 1% halangan saya ialah saya tak sanggup nak tinggalkan anak-anak di Sabah yang sudah lama menunggu. Alhamdulillah.. Allah bagi saya kekuatan untuk lawan 1% ni dan Allah membuatkan saya lupa seketika berkenaan seminar LUA dan program-program lain. Saya nampak jelas apa impian saya iaitu graduate Platinum pada Jun 2015.

Saya menangis sepanjang malam itu, lebih-lebih lagi bila call Aysha, dia sedang menangis-nangis tanpa henti. Hati ibu mana yang tak rasa hiba dan sedih mendengar suara anak kecil sedang menangis melalui telefon?? Saya tak tau macamana nak bagi dia faham. Saya hanya mampu berdoa, “Ya Allah.. Aku serahkan urusan anak-anak ku kepada-Mu. Kau pelihara lah mereka dan berilah aku kekuatan untuk lalui semua dugaan ini”. Honestly, mata bengkak sepanjang malam itu.

Lain orang, lain cabarannya. Ada orang 99% nak join MYB, tapi 1% lagi adalah masalah kewangan. Siapa kata kami tiada masalah ini? Kami bukan orang kaya-kaya, tapi husband sanggup laburkan apa saja duit yang kami ada demi seminar ini. Saya hanya perlu kuatkan hati saya. Dalam masa yang sama, saya sangat bersyukur kerana Allah bantu memudahkan perjalanan kami. Sungguh indah perancangan Allah sehingga kami sampai ke sini.

Esok, seminar MYB akan bermula. Bermakna, bermula lah pengajian kami dalam University of Life. This is my dream!! Impian yang saya submit masa IMKK hari tu. Impian yang saya submit tanpa petunjuk samada boleh capai atau tidak?

Begitu juga dalam kehidupan kita. Kita sepatutnya yakin bahawa Allah mampu bagi apa saja yang kita minta. Selama ni kita melalui kehidupan yang sukar kerana kita tak tau apa yang kita mau dalam hidup dan kita tak pernah minta. Bila kita nampak orang lain tinggal dalam banglo, hati kecil kita bersuara, “Alah.. Dia boleh la.. Dia dah 20tahun buat bisnes”. Apa kata mulai hari ni, kita cakap, “Bestnya dia tinggal rumah banglo. Insya-Allah suatu hari nanti saya pun tinggal dalam banglo idaman saya”. As simple as that, cuma perlu tukar struktur ayat jadi positif je. Tak perlu fikir, macamana nak dapat banglo tu?? Tak perlu fikir sampai pecah kepala otak. Kita hanya perlu yakin bahawa impian kita akan tercapai kerana kita dah minta pada Allah. Cepat atau lambat, itu urusan Allah. Yakin sahaja bahawa dia sedang merancang yang terbaik untuk kita.

Sebelum saya tamatkan entri ni (of course banyak lagi entri selepas ni berkenaan program Platinum).. Saya nak berterima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung merealisasikan impian kami. Terutamanya buat kedua mentua dan ipar saya yang sanggup jaga anak-anak kami selama hampir 2minggu kami musafir menuntut ilmu. Kepada husband yang sentiasa support tindakan saya. Kepada Tuan Jamal kerana membuat saya sentap!! Kepada 2orang peserta MMM yang layan kesedihan dan bagi saya semangat untuk join MYB. Dan kepada Dr. Azizan Osman yang masih sudi berkongsi ilmu sejak tahun 2009, hanya Allah sahaja yang mampu membalas pengorbanan doc. Saya doakan doc dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat terus melakukan apa saja aktiviti yang doc suka. Semoga apa saja ilmu yang doc kongsikan kepada kami, dapat kami manfaatkan untuk kejayaan kami di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kerana menghantar orang-orang yang terbaik di sekeliling saya dan sentiasa mendengar dan merealisasikan permintaan saya. Terima kasih Allah..

Last but not least, terima kasih kepada anda yang sudi membaca entri ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat anda semua. Masih terngiang-ngiang kata-kata DAO, “Kalau hari ini anda berjaya dapatkan RM10K untuk hadir seminar saya, anda pasti boleh dapat min 3kali ganda income selepas hadir seminar ini”.

Buat anda yang masih belum berpeluang menjadi anak murid DAO, ambil lah peluang secepat mungkin selagi beliau masih ada di Malaysia, selagi beliau masih punya masa untuk mengajar kita menjadi jutawan. Tapi.. Kalau tak mau jadi jutawan, takpe laa.. It’s your choice. At the end of the day, it’s your life. If you’re poor at 35, you DESERVE it!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

8 Responses

  1. madz says:

    Insyaallah… suatu hari saya berpeluang menjadi anak murid DAO.. aamiin..

  2. Memang terharu , bersemangat dan mcm2 rasa timbul masa baca article ni. Kak lin pun teringin sangat nak join seminar DAO ni, insyaAllah akan diusahakan. Allah itu Maha Kaya, mintalah apa sahaja asalkan ianya untuk kebaikan.

  3. Herniezieana says:

    Bestnya Laurah. InshaAllah, saya pun mau jadi murid dia. Sekarang ni ambil tips dari Master n DAO bagi. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. 🙂

  4. Keluar2 air mata saya baca ni..uwaaaa…
    Saya faham perasaan tu..saya pun nda pernah berjauhan dgn anak yg no. 3 ni..dulu yg no.1 dan 2 memang nangis..hihi..
    Kejayaan memerlukan PENGORBANAN!

  5. Fieza says:

    wahhh.. sungguh mengharukan… saya pun rindu kalau begitu jauh apalagi kalau anak sedang sakit huhuhuhu… Semoga pengorbanan membuahkan hasil aminnn….

    Saya juga bertekad mahu sertai seminar dari DAO ini… ilmu tidak akan datang kalau tidak akan dicari hiiiiii

  6. Farah says:

    Thank you atas sharing puan. Bakar semangat saya untuk pergi IMKK dan kemudian MMM. Semoga urusan puan dipermudahkan dan diberikan kebaikan dunia dan akhirat

Leave a Reply