Baunya Nafas Dia!!

Saya percaya, anda juga berkawan dengan beberapa orang yang mempunyai masalah nafas berbau. Memang tak tahan duduk sebelah dorang kan? Orangnya baik tapi nafas berbau. Kesian.. Macamana nak bantu orang seperti ini?

(Ehh.. Asyik komplen nafas orang lain. Nafas kau ok ka??)

Antara faktor yang menyebabkan nafas berbau adalah kerana gusi yang tidak sihat dan mudah berdarah. Gusi berdarah adalah keadaan di mana gusi merah, bengkak, lembut, dan kemudiannya mengeluarkan darah semasa menggosok gigi atau dalam keadaan biasa. Gusi yang bermasalah boleh menyebabkan keluarnya nanah di antara gigi dan gusi.

Selain itu, masalah pada gusi menyebabkan gigi kekal menjadi longgar (bergoyang) dan jarang-jarang. Gigi kelihatan lebih panjang. Kedudukan gigi berubah dan menjadi tidak serasi apabila menggigit. Gusi sensitif dan sakit ketika mengunyah. Nafas berbau busuk yang tidak hilang-hilang atau rasa kurang enak di dalam mulut.

Gusi berdarah bukanlah sesuatu yang normal seperti tanggapan sesetengah orang. Bayangkan tisu gusi sebagai kulit muka anda yang dibersihkan setiap hari. Jika ia berdarah semasa dicuci, adakah ia normal?

Lazimnya, peluang mendapat penyakit periodontal meningkat bersama peningkatan usia. Seseorang itu tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit gusi sehinggalah mereka berumur 30 atau 40 tahun. Lebih daripada separuh warga tua berumur 55 tahun ke atas mengalami masalah gusi.

“Bagaimanapun, kadar yang tinggi ini juga mungkin turut disumbangkan oleh faktor-faktor penuaan lain. Antaranya seperti status kesihatan yang merosot dan mengambil banyak ubat-ubatan, kemurungan, kurang daya ingatan (lupa menggosok gigi), aliran air liur merosot, kurang daya tahan badan, faktor ekonomi dan lain-lain.

IMG_2219.JPG

Implikasi Gusi Berdarah

Gusi berdarah bukan sahaja menyebabkan nafas berbau, malah ia boleh mengundang penyakit-penyakit lain seperti diabetis, penyakit jantung dan kelahiran bayi pramatang.

1- Diabetis

Walaupun lebih banyak kajian yang perlu dijalankan, namun dikatakan penyakit gusi meningkatkan gula dalam darah pesakit diabetis dan menyebabkan mereka berisiko tinggi untuk berdepan dengan komplikasi.

2- Sakit Jantung

Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung.

Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung lalu mengakibatkan pembentukan darah beku.

Individu yang mengalami masalah gusi yang teruk adalah dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung.

3- Kelahiran Bayi Pramatang

Wanita hamil dengan masalah gusi berdarah yang teruk adalah tujuh kali lebih berkemungkinan melahirkan bayi sebelum tiba masanya. Bayi juga adalah terlalu kecil.

Punca Penyakit Gusi (Periodontal)

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Shubon Sinha Roy berkata, penyakit gusi terutamanya berlaku disebabkan oleh pengumpulan plak bakteria. “Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Keadaan ini dikenali sebagai gingivitis.

Menurut Dr. Shubon, selain plak bakteria yang menjadi faktor utama, penyakit gusi juga boleh disumbangkan oleh risiko-risiko seperti berikut:

  1. Merokok. Tabiat buruk ini merupakan faktor risiko paling utama yang dikaitkan dengan pembentukan periodontitis. Tambahan pula, ia menipiskan peluang anda untuk rawatan yang berkesan.
  2. Perubahan hormon wanita. Akil baligh, kehamilan dan menopaus menyebabkan gusi menjadi lebih sensitif sekali gus memudahkan pembentukan gingivitis.
  3. Diabetes. Pesakit diabetes mempunyai sistem imun yang lemah dan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan, termasuklah penyakit periodontal. Jangkitan ini akan menjejaskan keupayaan untuk memproses dan menggunakan insulin, menyukarkan pesakit diabetis mengawal kandungan gula dalam darah.
  4. Tekanan / Stress. Kajian mendapati, tekanan menjadikan tubuh badan lebih sukar melawan jangkitan.
  5. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat perancang, antidepresan dan ubat-ubatan jantung boleh memberikan kesan terhadap kesihatan oral (mulut) disebabkan oleh kesan sampingan kekurangan aliran air liur. Air liur memberikan perlindungan terhadap gigi dan gusi.
  6. Penyakit lain. Penyakit seperti kanser dan AIDS serta rejim rawatannya juga boleh menjejaskan kesihatan gusi.
  7. Keturunan Genetik: Penyelidikan telah membuktikan sesetengah orang (sehingga 30 peratus) mewarisi penyakit gusi daripada ahli keluarga mereka. Walaupun mereka mempunyai tabiat penjagaan yang agresif, mereka adalah enam kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit periodontal berbanding orang lain.
  8. Jangkitan dari orang lain. “Bakteria penyebab penyakit periodontal boleh dipindahkan menerusi air liur. Ini mungkin boleh berlaku di antara pasangan suami isteri dan anak-anak.

Bagaimana Mengatasi Gusi Berdarah?

  1. Jangan merokok atau berhenti merokok. Merokok menyebabkan menjadi kuning dan gusi akan mengalami perubahan warna iaitu ia akan menjadi merah kehitaman akibat kandungan nikotin yang tersimpan di dalam gusi.
  2. Kurangkan makan makanan manis yang pekat.
  3. Banyakkan makan makanan yang mengandungi vitamin C dan K yang sangat baik untuk pertumbuhan gigi dan enzim gigi dan melindungi gigi dari masalah gigi berlubang, peradangan gusi, sakit gigi dan gusi berdarah.
  4. Hindari menggosok gigi dengan kasar. Guna berus gigi yang lembut.
  5. Jangan mencungkil gigi kerana akan mencederkan gigi dan gusi bahagian dalam.
  6. Selalu menjaga kebersihan gigi dan gunakan ubat kumur selepas menggosok gigi untuk membuang dan mengeluarkan sisa makanan yang tersimpan di karang gigi atau di antara gigi.

Sekiranya anda mengalami masalah gusi atau mau mengelak daripada masalah ini atau mempunyai keluarga / kawan yang mempunyai masalah nafas berbau, boleh hubungi dan dapatkan khidmat nasihat kesihatan daripada saya.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU” – Joyce Meyer

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply