SID Seluruh Malaysia

Hari tu ada orang call, berbahasa Melayu dialek Semenanjung. Perbualan lebih kurang seperti berikut:

Saya: “Hello”.
Dia: “Hello.. Ni cik Abby yang jual Shaklee tu ker?”
Saya: “Ya saya.. Boleh saya bantu?”
Dia: “Cik Abby ni kat mana?”
Saya: “Saya kat Kota Kinabalu, Sabah”.. (Belum sempat menghabiskan ayat..)
Dia: “Owh jauhnyaa.. Err.. Takpe laa.. TQ”.

Talian terputus.. Huhu

Macam seram jer dengan SID yang jauh kan? Hehe.. Disebabkan saya tak sempat nak bagi penerangan panjang lebar masa tu, terpaksa lah saya bagi penerangan dalam blog.

Sebenarnya, kakak2 adik2 abang2.. Walaupun saya menetap di Kota Kinabalu, Sabah.. Saya ada business partner di seluruh Malaysia. Anda anda pilihan nak terima barang Shaklee melalui pos, cod (cash on delivery) atau datang sendiri ke branch Shaklee yang terdekat.

Branch Shaklee
Jika anda mempunyai kenderaan sendiri dan ada masa untuk mencari di mana branch Shaklee yang terdekat, anda boleh dapatkan produk Shaklee melalui branch tersebut, tak semestinya melalui SID. Dengan cara ini, anda dah jimat duit postage. Tapi, kalau anda nak menikmati diskaun 20%, anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu, yang ni perlu ada bimbingan dari SID. Nasihat saya, pilih SID yang berpengetahuan dan boleh membimbing anda berkenaan produk dan bisnes Shaklee. Anda boleh memilih SID dari mana-mana kawasan, yang penting SID itu sanggup meluangkan masa memberi bimbingan berterusan kepada anda walaupun anda berada jauh dari beliau. Sekarang kan zaman teknologi, Whatsapp, Facebook dan Email adalah medium untuk anda berhubung dengan SID anda secara percuma.

Baca lanjut: Bagaimana dan Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Tunggu dulu..
Mendaftar tak semestinya anda perlu menjual Shaklee. Anda boleh memilih untuk menjadi pengguna sahaja dan menikmati diskaun harga 20%. Lumayan, bukan?

IMG_1886.JPG

Penghantaran Melalui Pos
Jika anda lebih selesa mendapatkan perkhidmatan pos, kos postage untuk Semenanjung Malaysia sangat murah iaitu hanya RM10 sahaja, tak kesah berapa banyak produk Shaklee yang anda beli. Jika belian anda melebihi RM800, postage adalah percuma!! Dan, jika anda membeli sebotol Vivix, postage juga adalah percuma!! Tempoh masa penghantaran biasanya mengambil masa 1-2 hari bekerja.

Bagaimana nak dapatkan offer sebegini?.. Hendaklah melalui SID. Memandangkan barang anda akan dihantar menggunakan pos, maka anda tak perlu risau di mana SID itu berada. Yang penting, dia jujur dan amanah berurusniaga dengan anda.

Jika alamat anda di Sabah / Sarawak, kos postage adalah RM20. Jika belian anda melebihi RM1000, postage adalah percuma!! Dan, jika anda membeli sebotol Vivix, postage juga adalah percuma!! Tempoh masa penghantaran biasanya mengambil masa 4-5 hari bekerja.

Walaubagaimanapun, untuk warga Sabah, anda juga boleh memilih penghantaran melalui taxi atau tungma. Buat masa ni, kos penghantaran menggunakan taxi ialah RM10 dan tungma ialah RM5. Mungkin kos ini akan berubah bergantung kepada harga petrol.

COD (Cash On Delivery)
COD bermaksud anda menerima produk Shaklee by-hand dan anda membuat bayaran ketika produk tersebut dihantar. Dengan cara ini, anda dah jimat kos postage tapi besar kemungkinan anda perlu membayar kos penghantaran dan nilai ini bergantung kepada jarak lokasi anda dengan SID.

So.. Jika anda berminat mau mendapatkan produk Shaklee secara COD melalui saya, walaupun saya berada jauh di Kota Kinabalu, Sabah.. Saya mempunyai business partner di seluruh Malaysia. Mereka ada di Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka, Johor, Kuching, Bintulu, Belaga, Sandakan, Tawau, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu dan banyak tempat lagi saya tak larat nak senaraikan di sini.

Oleh itu, anda tak perlu risau berurusniaga dengan saya kerana saya sememangnya komited untuk bekerjasama dengan anda untuk memberikan servis yang terbaik. Yang paling penting, saya mau membantu anda meningkatkan tahap kesihatan melalui penggunaan produk Shaklee. Kesihatan adalah anugerah Allah tetapi kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapat anugerah tersebut, setuju??..

Hubungi saya untuk tempahan dan ketahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU” – Joyce Meyer

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply