Pengurusan Kewangan

Sebab ramai anak2 Lionize mengeluh tak tau nak urus bonus Shaklee yang riban2.. Maka, di sini saya bagitau salah satu tips pengurusan kewangan yang dikongsikan oleh DAO dalam seminar IMKK tempoh hari. Kenapa kita perlu urus kewangan kita?? Sebab.. Kalau kita tak mampu nak urus wang kita yang contohnya berjumlah RM5000 sebulan, macamana kita nak urus wang yang nilainya lebih besar?? Kata nak jadi jutawan kan?? So.. PENTING sangat untuk kita expert dalam bab pengurusan kewangan, sebab Allah tak kasi kita duit banyak kalau kita tak sedia untuk menerimanya. Logik kan??..

Jika anda buat Shaklee secara part-time, maknanya anda ada duit gaji dan bonus Shaklee. Oleh itu, pendapatan bulanan anda adalah duit gaji + bonus Shaklee. Jika anda buat Shaklee secara fulltime, maka pendapatan bulanan anda hanya lah bonus Shaklee.

6 Tabung Millionaire

6 Tabung Millionaire

Katakan jumlah pendapatan bulanan anda ialah RM5000. Maka, duit ni perlu disimpan ke dalam 6 tabung. Iaitu:

  1. Necessity (55%)
    Duit dalam tabung ni adalah untuk perbelanjaan bulanan seperti bayar rumah, kereta, bil letrik, barang dapur, petrol, yuran sekolah anak dan sebagainya… termasuklah duit untuk bagi pada ibubapa kita. Hanya 55% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM5000 x 55% = RM2750 sebulan.
  2. Long Term Saving for Spending (10%)
    Duit dalam tabung ni adalah untuk kegunaan masa akan datang iaitu dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, seperti perbelanjaan nak pegi untuk umrah / haji, melancong luar negara dan sebagainya. Sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.
  3. Education (10%)
    Duit dalam tabung ni adalah untuk pendidikan diri anda sendiri (bukan untuk pendidikan anak2). Contoh: perbelanjaan untuk hadir kursus NDT, Bengkel Nutrisi, kelas tafsir quran, kelas marketing dan sebagainya. Ciri2 orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mahu menimbah ilmu kerana semua jenis pekerjaan/perniagaan, hendaklah berbekalkan ILMU. Bak kata DAO, orang kaya mereka sebenarnya kaya ILMU. So, 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.
  4. Fun (10%)
    Duit dalam tabung ni adalah untuk hiburan semata, contohnya bercuti di tempat peranginan, spa treatment, menonton movie di pawagam, makan2 bersama keluarga dan sebagainya. So, siapa kata kita tak perlu berhibur? In fact, setiap bulan kita perlu spend sedikit masa dan duit untuk berehat, berhibur dan berkumpul bersama keluarga. Kita akan lebih produktif sekiranya kita mempunyai masa rehat yang cukup dan silaturrahim yang baik dengan keluarga. Sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini dan ia perlu dihabiskan setiap bulan (tidak boleh bawa ke bulan depan). Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.
  5. Financial Freedom Account (10%)
    Duit dalam tabung ini adalah untuk disimpan ke dalam bank sebagai pasif income. Apabila nilainya sudah cukup, ia boleh digunakan untuk beli property atau saham. Pasif Income ialah pendapatan sampingan yang anda dapat tanpa perlu bekerja untuknya. Nak kan?? So.. 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan. Bayangkan kalau anda konsisten selama 2 tahun, anda dah mampu guna duit ni untuk beli sebuah apartment untuk disewakan kepada orang lain.
  6. Charity (5%)
    Duit dalam tabung ini adalah untuk diberikan kepada orang lain, contohnya bersedekah untuk anak2 yatim, badan-badan kebajikan dan sebagainya. Ramai orang memandang remeh hal ni kerana mereka merasakan duit yang mereka ada adalah hasil titik peluh mereka sendiri dan mereka lah yang layak membelanjakan duit tu sampai habis. Sebab tu lah ramai orang mengalami ‘kebocoran’ wang. Dapat duit lebih sikit, tetiba kereta pula perlu diservis.. tetiba pula paip pecah dan perlu servis.. dan sebagainya. Sebenarnya, orang kaya adalah orang yang paling banyak memberi. Kalau nak rezki lebih berkat, mula lah bersedekah hari ini iaitu sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini. Contoh: RM5000 x 5% = RM250 sebulan. The more you give, the more you get back!

Saya suka mengulas lebih lanjut berkenaan SEDEKAH.

Allah suka pada orang yang rajin bersedekah dan DIA akan menambahkan lagi nikmat rezki kepada orang yang bersedekah. Oleh itu, jika anda mula bersedekah, anda akan mula menerima pendapatan lebihan atau rezki dari sumber-sumber yang tidak dijangka. Rezki lebihan ini perlu disimpan ke dalam tabung ke. 5, iaitu Financial Freedom Account (FFA). Jangan sesekali guna duit ni untuk Fun. Sebab kita nak tabung FFA kita cepat matang kan? Kita nak pencen sebagai jutawan muda, betul tak? So, jangan habiskan duit anda untuk FUN semata-mata. Kerana.. apabila pasif income anda semakin matang dan duit itu bekerja untuk anda, anda boleh gunakan sebahagian daripadanya untuk berhibur atau menikmati kehidupan yang lebih mewah.

Sebenarnya, saya dah belajar bab pengurusan kewangan menggunakan 6tabung ni sejak tahun 2009. Tapi, kesiaaann… Tau saja, tapi tak implement. Sebab tu sampai sekarang belum jadi jutawan. So, anda semua jangan jadi macam saya. Mulai hari ni, kita sama-sama berubah dan baca declarations ini setiap hari:

I am an excellent money manager
I always pay myself first
I put money into my financial freedom fund everyday
My money works for me and makes me more and more money
I earn enough passive income to pay for my desired lifestyle
I am MONEY MAGNET!!

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver” – Mahatma Gandhi

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Laila says:

    Good Sharing Master Laurah.

    Betul, duit kalau tidak diurus dengan baik, maka akan hilang begitu saja.

    Belajar mengurus yang sedikit, so nnt Bonus besar mudah untuk mengurus!

  2. Shikin says:

    Sangat best sharing akakk….. Bleh apply Ne utk gaji & bonus bulan Ne & seterusnya. Tq Master!!!

Leave a Reply