Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Ada orang alergik bila kita nasihatkan minum air putih 2-3L sehari. Alasan mereka ialah tak suka rasa air putih atau minum banyak air nanti kerap kencing.

Tahukah anda, air juga adalah sejenjs suplemen?? Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tetapi tubuh akan mengambil sumber air dari komponen tubuh sendiri, di antaranya ialah dari darah.

Kekurangan air dalam darah menyebabkan darah menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras.

Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.

Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah.

Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan sel-sel otak akan cepat mati. Keadaan ini mengundang masalah strok!!

IMG_1954.JPG

Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :

  1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
  3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
  4. Tekanan darah menurun.
  5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
  6. Lesu pada waktu siang.
  7. Sakit belakang.
  8. Dehidrasi.
  9. Sakit kepala.
  10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
  11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
  12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
  13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
  14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
  15. Darah menjadi lebih pekat.
  16. Mudah keliru.
  17. Degupan jantung semakin meningkat.
  18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
  19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
  20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
  21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
  22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
  23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
  24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.

Jadi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Malas untuk sering ke tandas barangkali. Sayangi diri anda, mula lah mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Hubungi saya untuk tempahan dan ketahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU” – Joyce Meyer

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply