Kencing Kotor

Hari ni saya nak bercerita pasal jangkitan bakteria pada air kencing. Selama ni kita sangka air kencing kita ni kotor kan?? Memang pun kotor dan najis, tapi sebenarnya hanya bakteria tertentu sahaja yang boleh berada dalam pundi kencing kita. Apabila pundi kencing kita telah dicemari oleh bakteria, ia boleh menyebabkan kita mengalami masalah kencing kotor.

Saya sendiri pernah mengalami masalah ni semasa pregnant anak pertama dulu. Dikatakan, adalah normal ibu mengandung mengalami masalah ini. Ini adalah kerana, akibat berat baby dalam kandungan, saluran pundi kencing wanita yang mengandung menjadi lebih pendek berbanding saluran pundi kencing wanita normal.

Apa itu UTI?

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

IMG_1798.PNG

Simptom & Gejala

  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (kencing tak lawas)
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang.
  • Sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Saya mengalami SEMUA simptom di atas dan telah ditahan dalam wad hospital selama 7hari untuk rawatan.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang. Nasib baik saya berjaya pulih sebelum dapat penyakit ni, Alhamdulillah..

Punca & Penyebab

Punca sebenar UTI ialah kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang.

  1. Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar.
  2. Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  3. Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  4. Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Mencegah Lebih Baik

Untuk mencegah, minum air masak 8 gelas sehari dan amalkan kebersihan diri yang baik. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria. Selain itu, anda boleh mengamalkan 2 jenis suplemen Shaklee iaitu:

Garlic – Menghalang jangkitan kulat, kuman, bakteria, virus dan yis. Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, ambillah suplemen garlic ini kerana ia merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Baca lanjut di sini: Garlic Complex (Klik saja)

Alfalfa – Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang.

Baca lanjut di sini: Alfalfa Complex (Klik saja)

Sekiranya anda dah terkena UTI, maka segera lah mendapatkan rawatan dari klinik. Biasanya anda akan diberi antibiotik yang perlu dihabiskan selama seminggu. Makan lah ubat tersebut untuk kesan yang lebih cepat, tapi dalam masa yang sama, makan juga suplemen Shaklee untuk kesan yang berpanjangan, Insya-Allah..

Hubungi saya untuk tempahan dan ketahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU” – Joyce Meyer

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. March 23, 2017

    […] So.. jangan ambik ringan masalah kencing kotor ya. Cegah sebelum kena. Baca pula suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kencing kotor. […]

Leave a Reply