7 Aspek Impian

Setiap KEJAYAAN bermula dengan sebuah IMPIAN. Tahukah anda, 99% manusia tidak tahu apa yang mereka inginkan dalam kehidupan mereka? Mereka tidak mempunyai MATLAMAT hidup yang jelas dan kerana itu lah mereka sering mengeluh mengapa mereka melalui kehidupan yang sukar? Mereka mula menyalahkan majikan, kerajaan, keluarga, jiran-jiran tetangga dan paling teruk sekali, mereka menyalahkan orang-orang yang kaya dan berjaya.

Bagaimana Menulis Impian?

Pastikan impian anda SPESIFIK dan JELAS. Sebagai contoh, anda inginkan sebuah banglo. Gambarkan bagaimana bentuk banglo tersebut? Berapa tingkat? Berapa buah bilik di dalamnya? Pintunya di mana? Ruang tamunya sebesar apa? Mempunyai swimming pool atau sekadar landskap yang menarik?.. Dan sebagainya. Sebab tu, baru-baru ni saya telah mewajibkan semua susur-galur Shaklee saya mencari imej dari Internet bagi menggambarkan rumah dan kereta idaman serta tempat-tempat pelancongan yang ingin mereka lawati. Imej yang menarik bukan sahaja memberi gambaran yang jelas dan spesifik malah menimbulkan aura positif dalam diri.

Dapur Impian Saya

Dapur Impian Saya

Konsep 101 Impian

Ternyata, 10 impian sahaja tidak cukup bagi seorang yang ingin benar-benar kaya dan berjaya. Anda sepatutnya perlu mempunyai 101 senarai impian!! Ia sememangnya senarai yang panjang dan kita mungkin akan ‘mati-akal’ apabila sampai ke senarai yang ke-38. Bagi membantu anda menyiapkan senarai ini, anda perlu menjawab soalan berikut:

Apa yang anda akan lakukan jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kewangan?

Apabila sampai ke senarai yang ke-60, mungkin anda perlu ‘shopping’ impian. Hehe.. Research di Internet apa yang menarik dan best untuk dimiliki.

7 Aspek Impian

Senarai impian anda hendaklah seimbang untuk dunia dan akhirat. Ia sepatutnya boleh dibahagikan secara samarata kepada 7 aspek berikut, iaitu:

  1. Pencapaian Peribadi – Impian anda untuk diri sendiri.
    Contoh: menjadi graduan berjaya dari University of Life pada tahun 2015.
  2. Keluarga – Impian untuk keluarga.
    Contoh: melawat Hong Kong Disneyland bersama keluarga pada tahun 2016.
  3. Kewangan – Impian dari segi kewangan.
    Contoh: mempunyai RM6 Juta dalam Financial Freedom Account pada tahun 2018.
  4. Perniagaan – Impian untuk mengembangkan potensi perniagaan.
    Contoh: melahirkan 30 orang Master Coordinator pada tahun 2018.
  5. Kesihatan – Impian untuk meningkatkan tahap kesihatan.
    Contoh: memiliki berat badan ideal iaitu 45kg pada tahun 2015.
  6. Kemasyarakatan / Sumbangan – Impian dari segi kebajikan dan amal jariah.
    Contoh: mampu memberi sumbangan sebanyak RM10,000 setiap bulan.
  7. Kerohanian – Impian untuk meningkatkan kualiti amalan-amalan rohani.
    Contoh: menunaikan ibadah Haji pada tahun 2018.

Tak Percaya Takpe, Buat Je..

Orang biasa, mereka selesa dengan kehidupan lama dan mereka tidak mau bersusah-payah keluar dari zon selesa. Trademark mereka ialah “Bersyukur apa yang ada.. Hidup hanya sementara. Kekayaan tak boleh bawa masuk kubur pun..”. Hehehe.. Takde orang suruh bawa duit masuk kubur. Kalau bawa pun nanti tak cukup tempat, kena tanam mesin ATM pula dalam kubur.

Orang luar biasa, mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang ada tapi, mereka mahu memiliki lebih banyak kekayaan untuk disumbangkan kepada orang lain. Kerana itu mereka mempunyai 101 impian dan mereka yakin semua impian itu akan tercapai dengan izin Allah. Mereka meminta hanya pada Allah dan mereka bersujud dalam Tahajjud menzahirkan rasa cinta mereka kepada yang Maha Kaya. Orang luar biasa berani buat apa saja untuk mengubah kehidupan. Trademark mereka ialah “Buat je.. Fast action, fast result!”

Jika anda tak tau kenapa anda perlukan income sebanyak RM10,000 sebulan, bagaimana Allah nak bagi anda income sebanyak tu?? Sebab tu anda perlukan wish-list iaitu senarai impian anda. Ini yang dikatakan sebagai “proper proposal” atau “submission”.

Sekian perkongsian sedikit ilmu dari IMKK.

Hubungi saya untuk tempahan dan ketahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“I believe that the greatest gift you can give your family and the world is a HEALTHY YOU” – Joyce Meyer

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

6 Responses

  1. Syukur dapat juga belajar ilmu IMKK sikit2 dari mama.. Saya ada impian besar.. InsyaAllah satu haru nanti tercapai..

  2. elly says:

    Sayaaaaa ada impiaaan juga..
    Boleh blog walk d belog saya ya mam

  3. Nur Insyirah says:

    Salam…

    Akak..terima kasih diatas perkongsian…

    Boleh sy share ilmu ni di blog saya?

Leave a Reply