Magic Session Jutawan Kota Kinabalu

Alhamdulillah.. Tahun ni, saya diberi peluang oleh Master Laila merangkap nenek Shaklee saya untuk memilih tarikh dan merancang pelaksanaan program yang julung2 kalinya di adakan di Sabah iaitu program Magic Session Jutawan KK. Program yang sangat glamer di kalangan warga Jutawan Shaklee kerana program ini terbukti mampu meningkatkan prestasi SID yang hadir. Disebabkan saya diberi keistimewaan untuk memilih tarikh, maka saya pilih lah tarikh di hari ulang tahun kelahiran saya iaitu 3 Mei 2014.

Panic juga nak organize bendalah macam ni sebab saya memang lemah bab event management. Nasib baik anak-cucu-cicit saya ramai yang berbakat. Tugas saya hanya mengutip wang tiket serendah RM20 seorang. Memula, program dibuka untuk 120 orang sahaja, tapi memandangkan sambutan yang agak luar biasa dari group saya, maka pendaftaran dibuka lagi sehingga 150 orang. Akhirnya, sebanyak 144 tiket berjaya dijual yang mana 90 tiket adalah dibeli oleh anak-cucu-cicit saya sendiri.

Setelah dibandingkan dengan hotel-hotel lain sekitar KK, akhirnya kami memilih Palace Hotel sebagai tempat kejadian kerana harganya yang berpatutan dengan servis yang disediakan. Hasil bakat memujuk dan merayu cucu saya, Kak Anah, akhirnya kami berjaya dapat diskaun hebat. Program menelan belanja hampir RM10K.

Cornelia assistant saya membuat pengesahan kehadiran. Zarini dan Karen pula ditugaskan untuk tempahan kek. Ingatkan dorang prepare kek Magic Session je.. Rupanya ada seprais kek lagi untuk saya. Huhu.. Tq lah darls..

Program berjalan lancar, walaupun Maey dan Judet kegugupan mengambil tugas sebagai emcee. Saya paksa juga kerana saya yakin mereka boleh buat. Memang boleh pun.. Hehe..

Tiada kata yang dapat saya ungkapkan.. Untuk menggambarkan perasaan happy, terharu, teruja, bersyukur dan sebagainya. Saya rasa sangat bertuah memiliki anak-cucu-cicit yang pro-aktif menjayakan program ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran 5 orang Master Coordinators dari Semenanjung Malaysia, Master Laila, Master Zura, Master Ainul, Master Farina dan Master Dila. This is my best birthday present ever!! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Ok.. Tak mau meleter panjang.. Jom layan gambar-gambar yang sangat happening..

20140509-223647.jpg

Barisan Master Coordinators (dari kiri):
Zura Betty, Laila, Farina, Dila, Ainul

20140509-225205.jpg

Orang kuat saya, my push factor. Hubby, danieL dan Aysha

20140509-230126.jpg

Emcee yang cute, Judet dan Maey. Dua2 pun mommy muda.

20140509-230403.jpg

Sharing daripada anak saya, Key Coordinator Karen. Sangat mengharukan.. Bagaimana beliau bermula dari zero, kini dah jadi hero

20140509-230258.jpg

Owh, that’s me.. With Aysha

20140509-230522.jpg

Salah satu keunikan group kami ialah kami hadir training, hadir kursus dan seminar bersama baby. No problem at all.. Shaklee is family-oriented bussines.

20140509-224548.jpg

Group photo.. 65% daripada empayar saya.

20140509-224822.jpg

Another group photo versi “siapa cepat, dia dapat”. Hehe..

20140509-225011.jpg

Sebahagian leaders dalam group saya. Excited jumpa Shirley dari Kuching!!

20140509-230708.jpg

Cake cutting!! Ada 2 kek iaitu kek Magic Session dan kek birthday saya dan anak saya, Sr. Coordinator Melin. Dekat2 je birthday kami.

20140509-230936.jpg

Group photo dengan ofismate lama masa di BET dulu. Semua boleh jadi Jutawan!!

Banyaaaak sangat photo, tak larat nak upload semua. Boleh jenguk2 dalam photo album saya ya: Magic Session Jutawan KK – 3 Mei 2014 (klik saja)

Memang sangat happening!! Pesanan saya untuk semua SID, terutamanya SID dibawah empayar saya.. Saya harap program ini bukan sahaja mampu meningkatkan semangat motivasi anda semua selama beberapa hari ni, malah biar lah semangat itu anda bawa selama-lamanya.. Suatu hari nanti anda juga akan memegang rank Master Coordinator dan bertanggungjawab berkongsi kejayaan dengan semua orang. Teruskan berkongsi dan teruskan memberi tanpa mengharapkan balasan. Semoga perkongsian dan pemberian kita mampu mengubah kehidupan kita dan kehidupan orang lain menjadi sebuah kehidupan yang lebih berkualiti.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply