Aysha Baby Shaklee

Memang nampak sangat perbezaan anak yang menyusu badan dengan anak yang minum susu formula. Saya tak bandingkan anak lain, saya cuma perhatikan anak saya sendiri, sebab danieL hanya menyusu badan sehingga umur 4 bulan, manakala Aysha sampai ke hari ini, 13 bulan lebih, masih menyusu badan. Alhamdulillah..
20131221-182152.jpg

  1. Sistem imun Aysha lebih baik berbanding danieL. Dalam cuaca tak menentu skang ni, danieL kerap demam (mild fever). Aysha relax jer.. Tak demam langsung. Hari tu, sebab nak tumbuh gigi, Aysha demam dan selsema selama seminggu. Bawa juga lah ke klinik sebab risau, tapi doktor cakap mild fever jer.. So, saya tak bagi pun dia makan ubat yang doktor kasi. Saya yakin dengan antibodi dalam susu badan. Alhamdulillah.. Dia sembuh tanpa bantuan ubat dan 3 batang giginya keluar serentak.
  2. Kemahiran meniru (imitation skills) Aysha juga sangat baik. Cukup sekali dua dia nampak pergerakan/ dengar nyanyian kita, dia dah boleh tiru.
  3. Dari segi pemakanan, Aysha ngap apa saja termasuklah durian, danieL pula masih memilih makanan.
  4. Pembentukan otot dan saraf Aysha lebih baik. Kalau dia dah pegang barang, memang susah dah nak ambik balik dari dia. Genggaman tangannya kuat dan kalau dia bergerak pun, barang tu takkan jatuh. Berlainan dengan danieL, selalu sangat jatuhkan barang dari tangan.
  5. Aysha tak pernah sembelit. Even dia dah start makan nasi lembut mulai umur 9 bulan, dia tak pernah sembelit. danieL dulu kerap tukar susu formula sebab nak cari susu yang tak bagi dia sembelit, even sampai hari ni pun kekadang boleh sembelit juga.
  6. Aysha tak pernah muntah! Ni yang saya paling impress sekali. Saya paling risau kalau danieL batuk-batuk, dari kecil dulu sampai sekarang, asal batuk teruk jer, mesti muntah susu. Aysha pula tak pernah dengar dia batuk dan tak pernah muntah. Alhamdulillah..

20131221-182229.jpg
Setakat ni, tu jer lah perbezaan yang saya nampak ketara. Biarpun Aysha mungkin tak semontel dan segemuk danieL dulu, tapi doktor dah cakap perkembangan beratnya normal dan saya yakin dia dah dapat nutrisi terbaik dari susu badan. Rasa bertuah dan bersyukur sangat berkenalan dengan suplemen Shaklee yang banyak membantu menjayakan misi penyusuan saya kali ini.

Konsultansi lanjut? Hubungi saya..

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver” – Mahatma Gandhi

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. January 2, 2015

    […] saya masih bekerja dulu. Syukur Alhamdulillah, ada orang bagi kesedaran kepada saya berkenaan pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan. Kalau dulu, anak sakit je, terus kelam kabut bawa pegi klinik, ambik ubat dan antibiotik. Tak tau […]

Leave a Reply