Family VS Career

Sembang-sembang kosong selama 3 jam dengan seorang kawan lama, tak sangka telah membuka minda dan melihat dunia dari kaca mata orang lain. Setelah lebih 12 tahun tidak berjumpa dan lost contact, memang banyak cerita mau dikongsikan, rupa-rupanya ia bukan sekadar gosip dan cerita kosong, banyak info perlu dicerna, sampai ke hari ini saya masih belum berhenti berfikir..

Dia adalah ex-classmate saya masa sekolah menengah dulu, memang sangat popular dikalangan pelajar dan guru-guru dek kepintaran dan kewibawaannya. Dia pelajar no. 1 setiap kali exam, saya pula sentiasa berada rapat dibelakang nombor itu, pernah sekali saja saya berada di depan. Memandangkan kami duduk dalam kelas yang sama, aliran yang sama, tidak heran lah kami selalu bertukar-tukar fikiran sejak dulu lagi.

Sekarang.. Dia seorang guru yang baru sahaja tamat pengajian pasca-ijazah dalam bidang pendidikan. Best student dengan pointer 3.9. Bukan suatu perkara ganjil bagi saya kerana dari dulu saya melihat dia mempunyai kelebihan mudah faham dan mudah menguasai pelajaran. Saya pula tidak mempunyai kelebihan itu. Dalam kelas, saya seorang pemalu, tak faham, malu bertanya, bila ditanya, lambat menjawab kerana malu yang teramat, muka merah macam udang bakar. Hahahaha.. Di luar waktu belajar, baru lah saya betul-betul fokus untuk memahami apa yang sudah di ajar. Yang kawan ni pula, belum di ajar lagi dia dah faham kut. Hehe.. Tapi, dia memang the most super power intelligent person yang pernah saya kenali. Baru je habis Master kan.. Ni nak sambung PHD pula. Pergghhh….

Dia cakap kat saya, “Saya tak sangka, classmate saya yang dulu selalu menjadi saingan saya, kini hanya seorang surirumah.” Saya tak terkejut bila dia cakap begitu, saya dah bersedia dengan jawapan saya. Kemudian, dia sambung lagi, “Baru je semalam PM bagitau, negara kita memerlukan ramai Data Management Scientist dalam tempoh 4-5 tahun akan datang. Sayang lah dengan expertise yang kau ada, better kau ambik master dalam bidang Data Management.” Terharu. Saya rasa terharu kerana kawan lama saya tu ambik berat tentang masa depan saya. Dia tau Data Management tu related dengan kemahiran saya dan dia simpan knowledge itu untuk dikongsikan pada saya.

Dia begitu bersemangat mengajak saya untuk sambung belajar, hampir 30 minit dia cuba menyuntik semangat itu pada saya. Saya mau!! Memang dari dulu saya ada impian untuk further study. Tapi, impian itu kini bukan lagi priority utama. Inikan pula bidang Data Management, sungguh bukan pilihan hati. Jadi, saya kata kat dia, “Saya memang mau sambung belajar.. Tapi bukan kerana saya mau bekerja semula.”

Jelas terpampang kekecewaan pada wajahnya.. Maaf sahabat.. Priority saya berbeza dengan kamu.

Dulu.. Saya mungkin seperti kamu kerana pada masa itu saya terperangkap dalam environment pekerja makan gaji. Bekerja dengan swasta semasa di Terengganu dan BET, keghairahan untuk menjadi excellent worker sentiasa ada, bukan hanya mengejar kenaikan gaji tapi untuk kepuasan diri sendiri. Saya mau buktikan pada dunia bahawa saya boleh buat semuanya dengan baik, saya mampu belajar apa saja!! Kemudian saya berpeluang bekerja dengan kerajaan, keghairahan itu perlahan-lahan hilang.. Sehingga pada suatu ketika, terdetik dihati, “Mampukah saya survive bekerja di sini? Saya rasa saya hanya membuang masa di sini, masuk kerja jam 8am, balik rumah jam 5pm, tapi produktiviti hanya 50%. Selebihnya adalah pengulangan dari kerja-kerja minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas. I am not growing!! Sedangkan saya tau saya boleh buat benda yang lebih baik dari ini. Saya mau jadi lebih baik dari ini!!”. Masa itu lah saya terfikir untuk further study, kononnya untuk mengisi masa lapang dan menambahbaik kemahiran yang ada, bukan semata-mata untuk kenaikan gaji mahupun pangkat.

Alhamdulillah.. Selepas dikurniakan anak yang kedua, Allah menemukan saya dengan bisnes Shaklee. Dalam kebuntuan samada mau terus bekerja atau fokus pada anak-anak, bisnes ini datang memberi jalan penyelesaian. Di mana saya boleh bekerja dari rumah sambil menjaga anak. Di mana saya masih boleh menjana pendapatan sambil membantu menyelesaikan masalah kesihatan orang lain. Pada saya, apa yang saya buat dalam bisnes ni adalah lebih besar maknanya berbanding kerja yang saya buat sebelum ni.

Saya tidak memperkecil-kecilkan kepentingan bidang IT. Saya tidak nafikan, IT memang penting, sangat penting sehingga ia sepatutnya diterajui oleh mereka-mereka yang berjiwa besar untuk meneroka lebih mendalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teknologi-teknologi terkini. Perkembangan IT sangat laju dan drastik. Mana mungkin seorang ibu yang priority utamanya adalah anak-anak mampu mengejar arus perkembangan itu. Saya bukan workaholic!! Saya tak gilakan gaji atau pangkat yang besar!! Saya cuma mau memberikan yang terbaik, cukup untuk menambah sedikit kebahagiaan dalam hidup orang lain. Dan dalam masa yang sama, pada saya.. family is everything! Saya mau pergi ke mana-mana sahaja bersama keluarga saya. Saya tak mau pergi seorang diri!

Itu bezanya saya dengan kamu.. Mungkin dulu beza markah exam kita hanya 5-10%.. tapi 12 tahun yang berlalu telah mencorak kehidupan kita berbeza sehingga kita menjadi individu yang betul-betul berbeza 100%.

Saya hormat pendirian kamu. Apa jua sebab, mengapa dan kenapa, kamu mau further study, tidak mau terlalu bonding dengan anak dan sebagainya… Saya tau keputusan itu juga adalah akibat desakan tekanan dan cabaran hidup kamu yang jauh berbeza dengan saya. Saya harap bisnes ini mampu mengubah perspektif kamu terhadap kehidupan.. Dan yang paling penting sekali, ia mampu menambah kebahagiaan dalam kehidupan kamu sekeluarga.

I wish you all the best, my dearest friend!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply