2013.. Final Review..

Tahun 2013.. Banyak perkara magik berlaku dalam tahun ni.. Dan yang paling significant sekali, saya resign dari UMS. Ramai yang bersangka yang bukan2.. Ramai juga yang tak simpan dalam hati, terus main sembur macam tu jer, seolah-olah saya ni orang yang tak reti bersyukur. Tapi.. Ramai juga yang bagi sokongan positif dan sokongan itu mengatasi segala-galanya..

Yang pastinya, saya bukan hidup untuk menyenangkan hati orang sekeliling. Saya memang jenis tak kesah apa orang nak kata. Kesian sangat bila saya tau rupa-rupanya dalam dunia ni ada orang yang hidup struggle semata-mata mau menyenangkan hati orang lain. Kenapa perlu begitu ya??.. Bukan kah kebahagiaan itu terletak di tangan kita sendiri, bukan pada orang lain??.. So, siapa ada problem sebegini, tahun depan boleh mulakan hidup baru, persetankan apa orang nak kata, make your own decision, create your own happiness.. Yang penting keputusan itu tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang dunia. Period!

Walaupun saya resign dengan hati yang berbelah bagi, Alhamdulillah.. Allah membuka pintu rezki yang lebih luas untuk saya. Membuka minda ini untuk melihat dunia dalam persepsi yang berbeza. Memahami dengan lebih mendalam mesej yang cuba disampaikan oleh Robert Kiyosaki dalam bukunya “Rich Dad Poor Dad”. Baru semalam ada family gathering, saya sempat mendengar En. Suami bersembang-sembang santai dengan pakcik-pakciknya. Dia kata, “Sampai bila kita nak kerja makan-gaji? Kerja keras semata-mata untuk mengkayakan orang lain?.. Mungkin dulu kita tidak ada pilihan selain makan-gaji, tapi sekarang peluang sudah ada depan mata. Uncle pun sudah lama kerja, sepatutnya sudah ada capital untuk mula bisnes”.

OMG!! Suami ku.. Suami ku.. Sebegitu straight forward dengan orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman. Tapi.. Dalam mesej dia tu, tiada yang salah. Niatnya cuma mau mereka membuka mata, melihat peluang yang ada di luar ofis majikan mereka. Betul.. Sampai bila kan?? Umur dah makin lanjut.. 50an.. Tapi masih mengharap duit gaji, masih struggle kerja overtime, outstation sana sini.. Saya yakin, dorang dah banyak saving untuk masa depan anak-anak.. Tapi, alangkah indahnya kalau pada usia ini dorang dah ada pasif income sekurang-kurangnya RM5000 sebulan, bukan semata-mata mengharap duit pencen. Pasif income!! Means tak payah masuk ofis.. Tak payah outstation.. Boleh melancong suka hati, sedangkan income sentiasa ada dan sentiasa berganda setiap bulan.

Ini bukan cerita dongeng dan ini bukan materialistik. Heii.. U cakap I materialistik, U tak ke? Bila tengok orang makan sedap kat restoran mewah, U terliur juga kan?? Bila tengok orang pakai baju gorgeous, U nak jugak kan??.. Semua orang materialistik!! Zaman sekarang semua perlukan DUIT. Masuk tandas pun 30sen. Memang.. Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit.

Biasa lah bisnes, memang ada turun naiknya. Tak macam makan-gaji. U keluar lepak minum kopi kat luar pun gaji tetap maintain. U main game selama 6-8 jam dalam ofis pun, gaji tetap masuk. Tapi, kenaikan gaji paling banyak RM500 setahun. Kalau kerja Petronas tu mungkin meriah la skit kut.. Still, tak mengatasi kenaikan income dalam bisnes Shaklee. Bayangkan dalam tempoh 7 bulan sahaja, saya dah layak bonus 5 angka!! So, U kira sendiri.. Gaji staf Petronas yang berumur 30 tahun (macam saya) pun belum layak gaji 5 angka tau!

So.. Nak dapat 5 angka, bukan senang goyang-goyang kaki, bukan main game 6-8 jam, lepak minum-minum ESP tu boleh.. Hehe..

Siapa kata surirumah macam saya banyak masa??.. Meh nak tengok U jadi surirumah selama sebulan, takde bantuan maid, takde bantuan family.. U keja ofis memang tak tau.. U hanya busy melampau masa hantar anak ke sekolah/ taska dan masa balik dari kerja je.. Tu pun banyak masa habis kat atas jalan raya, berhadapan dengan jammed. Lunch time U boleh lepak-lepak menikmati makan tengahari, santai-santai dengan rakan sekerja.. Saya sebagai surirumah kerja non-stop, lebih-lebih lagi dah ada 2 orang anak atau lebih dan ada baby kecil kurang 2 tahun. Sebab tu U jeles bila tengok badan I ramping maintain la sangat.. Padahal bukan pun berdiet, tapi kerana I takde masa nak makan berselera, tak cukup masa rehat. Sebagai surirumah biasa mungkin ada masa lebih skit, boleh tidur petang bersama anak-anak, tapi.. kerana saya ada bisnes dari rumah, komitmen saya dah bertingkek-tingkek mengalahkan keja ofis.

Saya mula buat bisnes ni sejak usia Aysha 3 bulan lebih. Bayangkan lah baby 3 bulan, meniarap pun belum, tengkuk pun masih lemah lagi tu! Tapi masa tu lah saya kuatkan semangat bawa dia ke sana sini buat COD. Anak tak meragam ka?? Mak oii.. Mana ada anak tak meragam. Meragam la weii.. Kalau terperangkap dalam jammed, masa tu lah driving sambil breastfeeding. Saya ni pula bukannya expert memandu. Selama ni saya hanya pandai memandu straight dari rumah ke tempat kerja. Tapi.. Saya yakin, anak-anak kecil biasanya ada malaikat yang melindungi mereka, sebab tu saya berani driving ke sana sini bersama Aysha dan danieL dengan niat untuk mencari rezki yang halal.

20131231-004624.jpg

Pendek kata.. Saya juga ada cabaran yang sama macam orang lain. Still, saya masih boleh perform dalam bisnes ni. Saya duduk rumah je.. Tak kenal sangat dengan jiran-jiran, takde ofismate, tak jumpa orang sangat.. Kalau jumpa pun, saya tak pernah promote Shaklee secara face to face.. Kenapa? Hehe.. Siapa kenal saya pasti tau kenapa.. Sebab… Saya ni pemalu orangnya. Ada orang tak percaya saya buat bisnes sebab dulu masa belajar saya bukan orang yang suka bercakap, pensyarah tanya soalan pun kalau boleh saya tak nak jawab. Itu kelemahan saya.. Saya cuba atasi dengan berbisnes secara online. So, siapa yang ada kelebihan pandai bercerita, mulut pot-pet.. Rugi tak ambik peluang berniaga.

Tidak cukup masa!! Bukan U sorang jer tak cukup masa.. Semua orang ada problem yang sama. Semua orang diberi jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Bayangkan ia umpama RM24. Siti membeli sebiji kek dengan duit bernilai RM24. Ah Chai membeli 2 set snack plate KFC. Muthu membeli sayur + ikan + buah-buahan segar.. Siapakah paling bijak memilih makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan?.. Muthu la yang menang kan?? Dengan duit RM24, dia boleh menyediakan makanan yang cukup sehari untuk dia sekeluarga. Sama juga la dalam bab pengurusan masa. Masa sentiasa bergerak tanpa henti, memang mustahil nak menguruskan masa. Apa yang perlu diurus ialah aktiviti anda sepanjang masa itu. Review balik diary harian anda. Berapa jam untuk kerja ofis? Berapa jam untuk ibadah? Berapa jam untuk family? Berapa jam main facebook? Berapa jam nonton tv? Berapa jam lepak di kedai kopi? Berapa jam main game?.. Pasti ada masa-masa yang boleh di-cut dan diganti dengan aktiviti bisnes. Time is money, you know!!

Apa lagi masalah U??.. Semua I dah cover dalam ni.. Kalau U masih rasa.. tak nak lah bisnes.. Makan gaji pun ok aper.. Masih boleh survive aper.. Suami pun gaji besar aper.. Then.. Masalah utama yang U hadapi adalah KEMALASAN. Yang ni I tak dapat lah nak tolong yer.. Orang malas memang tak layak dapat income ribu-ribu. U tak kesian ker tengok suami kerja siang malam, outstation sana sini, balik dalam keadaan badmood stress marah-marah.. Tak kesian ker?? Apalah salahnya U tolong kurangkan beban dia. Bantu dia cari rezki lebih sikit supaya dia tak payah kerja overtime.. Supaya dia boleh spend lebih masa dengan U dan anak-anak.. Supaya dia tak stress dan berisiko kena serangan jantung. Memang lah mencari rezki ni bukan tanggungjawab isteri, tapi bukankah isteri bertanggungjawab menghiburkan hati suami?? Ada ke suami yang tak happy bila isteri dapat tolong kurangkan beban dia mencari rezki?..

Mak aihh.. Dah banyak dah membebel ni.. Topik entri ni memang tak salah taip yer, ini memang review untuk tahun 2013. Saya tak payah nak bagitau apa yang saya dah achieve tahun ni.. Saya cuma nak share apa yang saya dah buat dan belajar sepanjang tahun ni… Yang mana, apa yang saya buat ni, sudah pun dibuat oleh orang-orang terdahulu dan dorang pun dah jadi millionaire, senang-senang jer melancong luar negara… Terlebih-lebih masa!! Kalau dorang boleh buat, kalau saya boleh buat, kenapa U tak boleh?.. U tanya diri U sendiri, macamana caranya supaya U juga boleh jadi millionaire?? U better start thinking now, time is ticking.. Sekejap lagi masuk tahun baru!!

Saya adalah pemegang ijazah Sains Komputer, kemudian berpengalaman bekerja di swasta dan badan berkanun. Dulu.. Saya ada baaanyak impian.. Mau rumah besar, mau mengerjakan umrah dan haji, mau melancong suka hati… Semasa saya bekerja makan-gaji, saya tak nampak bila agaknya saya boleh memiliki rumah impian saya? Bila agaknya boleh pegi haji? Melancong luar negara? Boleh ker??…

20131231-004648.jpg

Tapi.. Sekarang.. Saya dah nampak jelas semua impian saya Insya-Allah bakal tercapai dalam tempoh masa 5 tahun dari 2013. SHAKLEE INVITES YOU TO DREAM AGAIN!! Segala-galanya bermula dengan sebuah impian..

So.. Azam baru?? Nak turunkan berat badan?? Nak baby?? Shaklee ada solution.. Nak spend lebih masa dengan family? Nak generate more income? Shaklee ada solution.. Whatever it is!!

By the way.. U beruntung baca entri ni dalam blog saya sebab biasanya saya hanya share dalam group exclusive untuk anak-anak shaklee, cucu cicit piut saya sahaja. Tapi U rugi besar kalau tak buat apa-apa selepas baca sharing saya ni. So.. Berminat? PM saja.

Last but not least.. Happy New Year 2014!! Robert Kiyosaki kata, “Some people worry. Others prepare”. Tahun-tahun akan datang, semua harga barang akan naik, cukai sana-sini. U risau? I tak.. I dah prepare 🙂

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Masnah Mudin says:

    Teruja! Impressed~ Gud job kak 🙂

Leave a Reply