Aysha 9 bulan

Pejam celik, pejam celik.. Dah lebih 9 bulan saya bergelar surirumah. Hari ni umur Aysha genap 9 bulan 21 hari, tak lama lagi nak masuk 10 bulan. Waaa .. Begitu cepat masa berlalu!!

Hari ni pukul 9.30am saya masih belum berganjak dari katil, menemankan si Aysha tidur. Kesian.. Semalam dia tak nyenyak tidur gara-gara batuk dan hidung tersumbat. danieL pun sama. Huhu… Musim batuk kut..

Semalam attend open house kawan-kawan, ramai yang terkejut tengok Aysha makan nasi dan mee sup. Hohoho.. Aysha memang dah biasa makan macam-macam, bubur nasi tu lah yang dia tak mau makan. Padahal gigi sebatang pun belum tumbuh lagi.

Selain tu dia dah boleh merangkak, duduk dan bangun sendiri di tepi-tepi kusyen atau meja. Suka panjat badan orang yang tengah baring, terutama badan saya, pandai lak main selak-selak baju, cari nenen. Huhu..

Suka senyum. Tapi kalau jumpa orang asing, dia ambik masa skit nak senyum. Suka jerit-jerit “tatatata”. Suka buat suara harimau mengaum. Dah pandai melambai.. Dah pandai membebel.. Alahai sumandak ku..

Memang sangat manja dengan saya, pantang tengok saya jauh sikit, dia dah mula menjerit-jerit. Kalau tak dilayan, dia akan merangkak laju-laju, kejar saya walau sampai ke bilik air. Memang mencabar juga la, tak bebas buat kerja rumah sebab dia nak saya duduk je temankan dia bermain. Alhamdulillah.. Sejak dua tiga hari ni dah pandai tidur atas buaian. Tak payah dah terjungkit-jungkit nak dodoikan dia. Masa dalam buaian, masa tu lah masa keemasan untuk saya siapkan kerja rumah.

Alahai Aysha.. Bila agaknya gigi nak tumbuh dan boleh berjalan??.. Looking forward!!

20130818-094009.jpg

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. rina says:

    Bab gigi tu, lagi lambat lagi bagus. Kalau suda ada gigi, dugaan sikit kalau masih bf. Macam hakim.. hahaha

Leave a Reply