My Thirty..

Alhamdulillah.. Hari ini bertambah lagi usia saya. Selamat tinggal 20an.. Era 30an sudah bermula. Sedar tak sedar, dah genap 30 tahun merasai nikmat umur.

Orang kata, age is just a number. Memang tepat sekali. It just a number tapi sepatutnya ia juga melambangkan pengalaman hidup dan kematangan fikiran. Hopefully la kan..

Selama 30 tahun ni.. Kalau nak diimbas semua kenangan yang telah dilalui, memang terlalu banyak. Semuanya indah-indah belaka. Begitu bijak Allah mengatur perjalanan hidup kita. Walaupun terpaksa melalui dugaan yang pahit namun dipenghujungnya ada kemanisan.

Terlalu banyak perkara yang saya syukuri sepanjang kehidupan saya. Terlalu banyak!!! Tidak terhitung rasanya. Namun yang paling utama dan paling berharga, tidak ternilai dengan wang ringgit..

20130505-002804.jpg

Pertama, saya bersyukur sangat kerana Allah telah menemukan saya dengan seorang suami yang terlalu baik buat saya. Walaupun dia tidak sempurna, namun dia sentiasa berusaha yang terbaik untuk kami sekeluarga. Kerana itu saya juga berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuknya.

20130505-002812.jpg

Kedua, saya bersyukur sangat kerana dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel dan sempurna, dalam usia saya yang masih muda dan dalam keadaan diri yang masih sihat. Saya rasa bertuah sangat kerana diberi peluang untuk melihat anak-anak saya membesar dibawah jagaan saya. Tentu sekali ia memerlukan pengorbanan yang tinggi tetapi, Insya-Allah manis akhirnya.

20130505-002825.jpg

Dari dulu, aktiviti utama semasa birthday ialah makan-makan dan tengok wayang bersama husband. Kebetulan pula kali ni baru jer kuar movie Ironman 3 kan? Tapi, takpe la.. Wayang bukan lagi priority. Makan-makan anytime boleh cari tempat best, tapi bila anak dah bertambah, tengok wayang kat rumah jer lah!! Lagi seronok boleh baring guling-guling dengan anak-anak. Hehe…

Memandangkan usia dah makin lanjut, kesedaran untuk memberi inspirasi kepada orang lain semakin tinggi. Dan saya rasa saya berada di landasan yang betul. Benar lah kata orang, apabila umur semakin bertambah, priority kita akan berubah. Kalau dulu, saya ni jenis suka buat hal sendiri. Sekarang saya dah sedar, membantu orang lain adalah sesuatu yang indah, suatu kepuasan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Seriously.. Ayat skema.. Tapi memang itu lah yang saya rasakan. So, sempena umur yang dah masuk kepala 3 ni, saya berazam mau membantu seramai mungkin keluarga dan kawan-kawan selagi usia dikandung badan.

Insya-Allah…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply