Anak-anak Saya :)

Sedar tak sedar, lagi 3 hari bulan Mei akan melabuhkan tirainya, diganti dengan bulan Jun. Pejam celik, pejam celik… Begitu pantas masa berlalu. Walaupun saya dah jadi surirumah sepenuh masa, still.. Rasa macam sekejap je, Aysha dah berumur genap 7 bulan hari ini.

20130527-223625.jpg

Alhamdulillah.. Dia dah pandai meniarap dan berpusing-pusing macam jam. Kadang-kadang bila rasa teruja, dia angkat badan dengan bantuan kedua-dua tangannya. Kami dah belikan baby walker macam kereta sport, tapi kaki dia tak berapa kuat lagi untuk bergerak ke hadapan. Asyik mundur ajer.. Huhu.. Saya assume bahagian badan dia dari pinggang ke kaki, belum berapa kuat lagi. Kalau dah ok nanti boleh la merangkak dan duduk sendiri.

20130527-223858.jpg

danieL pula.. Oh ya, saya belum bagitau kami dah tamatkan danieL dari tadika UMS. Sebab utama, hari tu dia mengalami keracunan makanan yang teruk kat tadika. Huhu.. Kesian.. Muntah-muntah dan diarhea selama 3 hari. Muka dia terus cengkung dan kurus, dah tak tembam macam dulu. Lebih-lebih lagi masa tu dia masih memilih makanan, tak suka makan lauk yang pelbagai. So, saya berhentikan dia dari tadika sebab saya nak ajar dia makan berlauk. Alhamdulillah.. Dengan bantuan Meal Shake Shaklee, danieL sekarang dah pandai makan berlauk. Tak kisah lauk apa pun yang penting tak pedas. Puas hati sangat dengan perubahan selera makan dia, walaupun masih belum jadi tembam seperti dulu, but at least saya tau dia mendapat khasiat nutrien yang sepatutnya.

Actually, memang banyak kebaikannya bila dah jadi surirumah ni. Dulu masa sibuk bekerja, saya yang bersalah sebab tak ajar danieL makan berlauk. Kalau weekdays, sepanjang hari dia akan makan di rumah pengasuh. Tau jer la pengasuh ni bukannya peduli sangat anak orang makan dengan baik ke tak. danieL pula jenis suka makan nasi campur air je, lagi senang kerja si pengasuh. On weekend pun sama, saya tak sampai hati nak berkeras dengan danieL untuk paksa dia makan lauk. Dah lama rasa bersalah tengok dia makan nasi kosong je, tapi tak tau nak buat macamana. Alhamdulillah.. Sekarang, problem solved!! Thank you Shaklee!!

Sebab kedua kenapa saya berhentikan danieL dari tadika UMS ialah sebab saya bukan lagi staf UMS. Saya dan hubby dan sepakat akan menyambung persekolahan danieL tahun depan, so tahun ni nak cari tadika yang terbaik, yang sesuai dengan kanak-kanak aktif dan kreatif macam danieL. Insya-Allah..

Fasa membesarkan anak-anak ni memang ada saja cabarannya kan? Kadang-kadang bila tengok danieL bermain, menyanyi, cakap sorang-sorang.. Teringat zaman saya kecil dulu. Masa tu, happy sangat takde masalah langsung! Pastu teringat pula zaman study, zaman bujang, zaman bercinta, zaman dah kahwin tapi belum ada anak.. Semuanya best untuk dikenang!! Sekarang bila dah ada anak, level up!! Kehidupan semakin mencabar dan semua penat lelah, pengorbanan.. Rasa berbaloi sangat sangat sangat bila tengok anak-anak bermain dengan gembira.

Ok la, tak mau mencarut panjang-panjang. Sebenarnya saya nak buat entri terakhir bulan Mei, tapi 28hb masih terlalu awal, dan 30hb dan 31hb pula public holiday. Nanti saya akan update aktiviti-aktiviti menarik kami dan Shaklee sepanjang bulan Mei ya! Tungguuuu…

Oh ya, sebelum berakhir.. Jangan lupa, diskaun hebat 15% sempena Hari Ibu dan promosi Vivix masih berlangsung sehingga 31 Mei 2013. Kalau berminat, hubungi saya ya.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. suri says:

    As-salam laurah,
    comelnya anak2 laurah. Semua muka macam cina, macam muka maknya..

Leave a Reply