Suri dapur

Mentang-mentang dah secara rasminya bergelar surirumah, ada lah sorang kakak kat ofis ni, dia nak letgo kat saya electronic appliances yang dia beli dari UK iaitu Bread Maker!! Apa kah bendanya tu? Kejakunan melanda.

Oooo.. Rupanya automatik cooker untuk bread. Memula lambat gak nak faham. Apa ke bendanya takde keja nak buat bread? Pegi jer la beli Gardenia kat Giant tu melambak atau kat kedai-kedai bakery.

“Yuhuuu.. Awak tu dah jadi surirumah sepenuh masa. Tak nak ke belajar-belajar ilmu memasak”. Eseh, tetiba kedengaran suara itu berbisik ke telinga. Dan bermula lah aktiviti meng-google resepi-resepi bread. Wahhh!!! Baru tengok resepi, dah boleh bau keharumannya. Apa lagi!! Bincang seminit dua dengan husband, terus.. OK!!

20130420-095314.jpg

Maka semalam Bread Maker itu pun selamat lah landing di dapur saya. Bertambah lagi lah electronic appliances saya. Kalau lepas ni ada item baru, alamatnya dapur kena upgrade dulu. Hehe..

Memang excited sangat lah nak buat bread, tapi disebabkan bahan-bahan tak cukup lagi, kena tangguh dulu. Owhh!! Rupanya alat ni boleh tolong kita buat doh juga. So, projek pertama kami (saya dan breadmaker) seawal pukul 6am ialah donut! Dia tolong uli, saya tolong goreng. Menguli ambik masa sejam setengah, sambil-sambil tu boleh layan Aysha yang sedang kelaparan.

20130420-095449.jpg

Dan rupanya dia boleh tolong buat jem juga. Adedeh.. Jem pun nak buat sendiri ke? Kalau begini, ini bukan lagi namanya surirumah, tapi suridapur!! Keh keh keh..

20130420-095824.jpg
Hasil kerjasama kami = donut yang sangat gebu!!

Dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada empunya asal alat ini kerana menjualnya kepada saya. Hahahaha.. Ayat skema! Saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan ilmu masak memasak. Ditambah lagi dengan kehadiran pemanggang ajaib, dah takde alasan nak makan luar. Segala-galanya ajaib asalkan tuannya rajin masuk ke dapur.

20130420-100037.jpg
Diiktiraf oleh Chef danieL

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. suri says:

    As-salam laurah,
    1 jun ni saya pun akan jadi suri rumah sepenuh masa… tak sabarnya…

Leave a Reply