Basic-H

Dah lama tau kebaikan & keunikan pencuci serbaguna Basic-H, tapi disebabkan perkataan ‘serbaguna’, saya jadi takde hati nak guna sebab saya tak percaya ada benda yang serbaguna dalam dunia ni. Tapi, disebabkan pengaruh dari sorang kawan yang bukan pun distributor Shaklee, saya pun beli la, nak cuba.

Bagi saya, aktiviti mencuci tandas adalah aktiviti yang selalu buat saya stress. Kenapa? Sebab dinding dan lantai perlu disental dengan sepenuh hati. Bau bahan pencuci pula sangat menyengit ke rongga hidung. Bau yang sungguh berasid! Terpaksa pakai glove tangan sebab bahan pencuci menjadikan kulit tangan saya mengecut dan pedih.

Jadi hari ni saya sangat beria-ia menggunakan Basic-H untuk cuci tandas. Ternyata, memang terbukti ianya sangat selamat. Walaupun aktiviti menyental masih perlu, tapi tiada lagi bau asid dan tiada lagi kulit tangan yang mengecut. Alhamdulillah..

Walaupun saya belum mengaplikasikan fungsi ‘serbaguna’ itu, tapi saya dah yakin yang ianya selamat dan berkesan. Tak perlu lagi pening kepala nak fikir beli pencuci tandas, pencuci lantai, pencuci dapur dan sebagainya. Sangat jimat, hanya campurkan 1 sudu-makan Basic-H untuk 1 galon air. Banyak tu!! Boleh cuci dua buah tandas.

Dari testimoni pengguna lain, Basic-H juga boleh membersihkan susu yang melekat macam kulat kat puting botol susu. Huhuh.. Dah banyak puting danieL masuk dalam tong sampah gara-gara kulat susu tu. Lepas ni boleh lah cuci dengan Basic-H je.

Ada juga testimoni pengguna yang mengatakan Basic-H sangat dibenci oleh serangga. So, daripada kita guna spray beracun sembur sana sini, lebih baik guna Basic-H.

Jom baca sedikit fakta berkenaan Basic-H..

20130420-140743.jpg

Anda tahu tak yang Shaklee Basic-H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Cuba kira dah berapa tahun dah?

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Akhir kata Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada. Memang lah sekarang ni ada macam-macam pencuci serbaguna tapi tahukah anda, kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan tapi dengan BASIC H, anda selamat. Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak dan kepekatan berganda.

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Page: ibumadeeha.com
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver” – Mahatma Gandhi

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply