My New Era

Sudah lama tidak menambah entri, sampai ada yang SMS/ Whatsapp tanya, “Masih jual Shaklee ke?”. Yes… Of course! Saya masih bersama Shaklee dan Insya-Allah akan terus bersama Shaklee.

Hari ni, sambil menggoreng ikan, saya teringin nak meluahkan rasa. Ececes.. Layan kan ajer la yer..

Sebab bila saya buat COD, ada yang tanya, “Bila start kerja?”. Ohh!! Femesnya, semua tau saya baru bersalin. Pembetulan!! Saya sudah bercuti lebih 5 bulan selepas bersalin. So, bila nak masuk kerja? Ermmm.. Tak nak masuk keja, boleh?

Seriously, saya dah hantar notis berhenti keja pada 22 Mac yang lepas. Seriously?… Seriously..

Dan.. mereka pun memberikan pelbagai jenis pandangan mata. Ada yang tanpa segan silu bertanya, “Sayangnya.. Tak rasa menyesal ka?”. Kerja di badan berkanun, gred 41, jawatan tetap.. Mustahil tak menyesal kan?

Ajaibnya.. saya tak menyesal. Tak percaya?.. Percaya lah.. Kerana ini bukan keputusan yang saya buat dalam tempoh 1 malam atau 1 minggu atau 1 bulan. Keputusan ni sudah difikir semasak-masaknya selama 5 bulan lebih. Disokong oleh suami dan keluarga. So, kenapa nak menyesal? Saya resign pun bukan saja suka-suka, tapi untuk menjaga anak-anak, suami dan rumahtangga.

Then, come the next question. Mungkin sekarang ni rasa tak menyesal, suatu hari nanti, mesti tetiba rasa boring duduk rumah, kan?

Dengan yakinnya saya menjawab, Nope! Saya bukan semata-mata housewife, but I’m a Working At Home Mother (WAHM). Setiap hari tugas utama saya adalah menguruskan rumahtangga, sambil-sambil tu boleh bisnes Shaklee. Memang takde masa nak rasa bosan, ok! Malah kekadang perlu stay-up sampai pukul 2-3 pagi, buat paperwork dan belajar strategi marketing. Oh, I’m so in love with my new life!!

Gaji? Memang takde lagi istilah gaji.. atau slip gaji. Yang ada cuma elaun surirumah, bonus.. dan bonus statement. Alhamdulillah.. Walaupun nilainya sekarang tidak sama dengan nilai gaji terakhir saya, tapi cuma beza beberapa ratus, yang mana beberapa ratus tu lah dulu saya bazirkan untuk bayar upah babysitter, beli kain-kain ela untuk baju kurung keja dan lunch. Insya-Allah, dengan usaha yang gigih, saya sedang mengejar bonus yang nilainya sama atau lebih dari nilai gaji terakhir saya.

So, sape kata jadi surirumah takkan ada pendapatan sendiri? Sape kata hanya kerja kerajaan boleh menjamin masa hadapan? Dan sape kata lepasan universiti MESTI kerja makan gaji?

Orang kata, jangan samakan zaman sekarang dengan zaman ibubapa kita. Dulu mak kita tak keja, masih boleh survive sebab kita tinggal di kampung, kos hidup rendah. Memang ada kebenarannya, hidup di kampung boleh bercucuk tanam dan menternak. Tak perlu bayar sewa rumah.

Zaman sekarang, ramai diantara kita sudah berhijrah ke bandar. Di bandar ada apa? Cuba pandang sekeliling kita. Masyarakat bandar bangga dengan gadget-gadget mereka. Smartphone boleh dimiliki oleh sesiapa pun, malah budak sekolah pun dah ada handphone sendiri. Internet boleh dilayari almost free of charge. Shopping online sudah semakin digemari. Kenapa tidak ambik peluang ini, wahai ibu-ibu? Daripada kita sibuk menghabiskan duit gaji ber-shopping online, kenapa tidak buat duit melalui shopping online? Kita tak perlukan tanah untuk bercucuk tanam atau menternak. Kita hanya perlukan modal yang sama macam ibu-ibu kita dulu, iaitu sabar, rajin dan yakin!

Jadi, perbezaan zaman bukan lagi alasan yang boleh diterima pakai. Cuma persoalannya sekarang, mau atau tidak? Hendak seribu daya..

Last but not least, sekadar untuk renungan bersama.. Successful people take action. They might not quite know where they are going, they might not know how to get there, but they start the journey. Hubungi saya jika berminat nak jadi orang yang berjaya!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply