Set Penyusuan Ibu

Assalamualaikum dan salam mesra..

Sekarang ni, kalau anda Google jer berkenaan supplemen untuk breastfeeding, anda akan nampak perkataan Shaklee di mana-mana. Ada macam-macam set: Set B, Set Eu Four Pack dengan Kalsium, Set E, Set 3M dan lain-lain. Sampai tak tau nak ambik yang mana satu. So, kat sini saya nak bagi penerangan berkenaan Set Breastfeeding Shaklee sejelas-jelasnya beserta personal touch daripada pengalaman saya sendiri. Tapi, kalau masih tak jelas lagi.. boleh terus hubungi saya ok.

ESP – Energizing Soy Protein

Yup.. Ini supplemen WAJIB ambik untuk breastfeeding. Memang harganya lebih mahal berbanding supplemen lain, tapi sangat berbaloi dan banyak khasiatnya.

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri. Bukan kulit muka jer malah kulit kat area-area lain pun akan lebih cerah.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka (parut jerawat juga)
  • Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak
  • Membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh
  • Membantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar lepas bersalin
  • Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat

Banyak bukan? Pada pendapat saya, orang seperti saya yang kecil molek ni, memang agak susah nak hasilkan air susu yang banyak dan melimpah-limpah macam orang lain. Sebab apa? Sebab spesis kami ni tak banyak makan, minum pun paling banyak lah 2L sehari.. maklum lah, tangki kecil. Tapi, dengan pengambilan ESP, saya mendapat sumber protein soya yang semulajadi tanpa perlu makan banyak. Air susu pun akan lebih pekat, baby menyusu sekejap jer dah kenyang, dah boleh sambung tidur dengan nyenyak.

Alfalfa Complex

Supplemen ni digelar sebagai “milk booster” Shaklee. Tapi, bukan lah maksudnya anda telan pil ni, miss B terus penuh ok. Anda masih perlu amalkan minum air yang cukup, sebaik-baiknya 3L sehari. Walaubagaimana pun, ada sesetengah ibu yang tak sesuai dengan supplemen ni, mereka rasa pening walaupun dah minum air yang banyak dan mengalami sembelit (termasuk lah saya). Ada juga sesetengah bayi yang mengalami efek negatif seperti ruam kulit dan cirit birit. Jadi, kalau perkara sebegini berlaku ke atas anda, hentikan lah pengambilan supplemen ini. Banyak lagi supplemen Shaklee yang boleh membantu ok. Jangan risau…

OsteMatrix

Pada saya, supplemen ni pun WAJIB untuk breastfeeding. OsteMatrix merupakan sumber kalsium untuk mengelak tulang dan gigi rapuh. Selain itu, ia juga boleh mengelak sembelit. Jadi, ibu-ibu perlu ambik supplemen ini ya.. Walaupun anda mungkin tidak mau atau tidak dapat menyusukan anak, namun anda perlu tahu majoriti wanita yang baru bersalin akan mengalami sembelit semasa tempoh berpantang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang alah pada susu lembu (macam saya), supplemen ini penting, penting, penting!!

Vita-Lea

Merupakan multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Ia seumpama 2 biji Vita-lea bersamaan 40 jenis hidangan lauk. Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang. Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid/ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea). Selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Jadi, jangan tinggalkan vitalea selepas bersalin ok. Samada anda mau menyusukan anak atau tidak, vitalea perlu ada dalam setiap rumah. Untuk wanita yang baru bersalin, vitalea menjadikan muka kita tidak pucat dan tidak kusam.

B-Complex

Mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Pernahkah anda menguap selepas makan? Ini adalah petanda bahawa anda perlukan B-Complex. Ia perlu diambil sebelum makan, supaya proses pencernaan makanan dapat dibantu oleh vitamin ini, jadi takde la rasa mengantuk selepas lunch hour 😉

Vita-C

Vitamin ini juga kaya dengan pelbagai khasiat dan perlu dimiliki dalam setiap rumah. Antaranya ialah:

  • Membentuk Kolagen – Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser – Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit – Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat – ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Secara ringkasnya, vitamin c penting untuk sistem imunisasi ibu-ibu yang menyusukan anak. Kalau sakit nanti, kesian baby tak dapat menyusu, kan? Di pasaran sana, ada pelbagai jenama vitamin c. Namun, Vita-C Shaklee sememangnya berbeza dan jauh lebih baik, bukan hanya kerana ia semulajadi (bukan vitamin sintetik), tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan, malah Vita-C Shaklee bersifat ‘Sustained Release’. Apabila anda memakan Vita-C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti! 1 tablet Vita-C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren! So, everyday is Chinese New Year. Hehehe..

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Abby Misaha
Shaklee ID: 876282
Emel/ YM: ab_sahaq@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 016 8317 901

“It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver” – Mahatma Gandhi

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. February 8, 2013

    […] nak tahu lebih lanjut supplement untuk breastfeeding, klik kat sini ya: Set Breastfeeding Shaklee. Kalau berminat nak dapatkan produk Shaklee atau sebarang pertanyaan lanjut dan konsultansi, boleh […]

  2. January 2, 2015

    […] Ibu yang menyusukan anak. Alfalfa merangsang penghasilan hormon prolaktin. […]

  3. January 6, 2015

    […] peratus ibu2 di luar sana berjaya menyusukan anak mereka sehingga berumur 2tahun? Saya percaya, peratusannya sangat sedikit. Biasanya apabila mereka […]

Leave a Reply