After 23 days..

Owhh!! Dah lama rasanya tidak mengadu domba, tidak membebel dan bergosip-gosipan dalam blog sendiri. Asek-asek cakap pasal Shaklee je.. Boring dah la ibumadeeha.com ni!! Eh, ada follower saya yang fikir begitu ka? Atau.. Ada yang dah remove saya dari senarai top ten blog paling best? Hahahaha.. Perasan nak mampos!!

Hehe.. Tak kesah pun kalau nak buang saya dari list. Saya tak ambik hati, sebab setiap manusia punya citarasa berbeza. Ada yang suka baca novel cinta-cinta, penyiasatan, suka baca komik, majalah hiburan, cerita-cerita tahyul dan macam-macam lagi. But successful people read excellent books. Maksudnya buku-buku yang memberi ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut, sama ada keagamaan, kewangan, kesihatan, kepimpinan dan sebagainya. Jadi, kalau korang tak suka baca perkongsian saya berkenaan produk Shaklee, never mind. It just shows who you are, successful or unsuccessful person. As simple as that…

Tapi.. Saya yakin.. Saya yakin.. Saya yakin sangat sangat sangat!! Semua pembaca tegar blog saya memang orang-orang yang cintakan ilmu, suatu hari nanti kita semua boleh berjaya, tak kira dalam bidang apapun yang kita ceburi. Amin..

So, entri kali ni just nak sembang-sembang pasal kehidupan baru, selepas bersama Shaklee. Tidak dinafikan, saya betul-betul dah transformed!! Kalau dulu, saya paling tidak suka makan ubat mahupun supplemen. Sekarang baru saya sedar kenapa saya jadi begitu. Sebab setiap kali husband bawa pulang sejenis supplemen dan dia suruh saya makan, saya mesti tanya, supplemen ni untuk apa? Kenapa saya perlu makan ni? Pada saya, tak perlu makan ubat/ supplemen kecuali ada penyakit. Kalau nak juga ambik supplemen, saya nak tau apa kebaikan yang saya perolehi secara details. Very detail!! Don’t just simply said, “untuk tambah darah”, “untuk sembuh luka”, “untuk sakit kepala” and so on.

Then, baru lah saya sedar, rupa-rupanya saya ni pencinta fakta. Hahaha.. After almost 30 years old, baru kenal diri sendiri! Mungkin sebab tu saya suka Math, saya suka programming. Now I discovered my new passion.. Iaitu mengkaji dan berkongsi fakta bagaimana produk Shaklee bertindak untuk membantu kita hidup lebih sihat. Tapi, kalau terlalu fakta sangat, sains + sejarah + terms pelik-pelik tu semua bagi saya boleh overdose ok. Lama-lama pengsan!!

Selain tu, rumah kami juga dipenuhi dengan stok barangan Shaklee. Setiap kali buat COD, semua anak-anak join sekali. Jadi, danieL dah faham supplemen tu semua untuk aunty. Why aunty? Sebab setakat ni saya belum ada customer lelaki. Kenapa ya? Lelaki Malaysia tak jaga kesihatan kah? Errmmm.. Yang ni boleh bincang hari lain ok.

Dan setiap kali stok baru sampai atau saya bawa anak-anak ke branch Shaklee, danieL akan cakap, “Eh, kenapa beli ubat lagi? Ubat aunty sudah ada di rumah. Banyak-banyak..”. Hahahaha.. Susah juga nak bagi faham anak umur 3 tahun lebih kan?

Well.. Of course, I’m enjoying this! It pushes me out of my comfort zone. Kalau selama ni saya hanya terperuk dalam ofis, duduk menghadap laptop memikirkan programming, bersemuka dengan orang yang sama setiap hari.. sekarang saya lebih banyak membaca, surfing, writing, sharing, driving dan sebagainya. Memang tidak semudah duduk di ofis, tunggu gaji yang confirm masuk setiap hujung bulan, dengan jumlah gaji yang tetap. Tapi, saya dapat rasakan setiap nilai ringgit bonus yang saya akan dapat nanti adalah bersamaan dengan setiap titik peluh, penat lelah terkejar sana sini, pengorbanan masa, tenaga dan sebagainya yang telah saya usahakan bersama husband. Apa lagi kalau dapat testimoni baik dari customer, rasa happy sangat sebab dapat membantu meringankan masalah dorang. Baru saya sedar rupa-rupanya ramai lagi manusia dalam dunia ni diuji lebih berat dari saya. Time is money!! Seriously, skang saya tau apa yang dialami oleh business man and woman di luar sana. Dan betapa benarnya sabda Nabi Muhammad SAW bahawa 9/10 sumber pendapatan itu adalah dari hasil perniagaan.

Actually, pada saya tak kesah sama ada kita suka makan gaji atau berniaga sendiri. Yang penting, sumber rezki kita itu halal dan beroleh keberkatan. Memang tiada siapa berani jamin pendapatan dorang tu dah 100% berkat. Walaupun contohnya kita kerja di ofis dari jam 8 pagi sampai 5 petang tanpa curi tulang, tanpa main game, tanpa lepak-lepak di tempat ofismate lain, tanpa bergayut di telefon, tanpa curi-curi tidur… Kita masih tak boleh yakin duit gaji yang kita dapat tu 100% berkat. Sebab tu kita masih perlu buat pembersihan melalui zakat pendapatan. Kalau yang berniaga plak buat zakat perniagaan, lebih tinggi nilai wang yang perlu dibersihkan. Dan, untuk lebih keberkatan, bersedekah lah pada yang memerlukan. Pada saya, itu yang lebih utama tak kira sama ada makan gaji atau berniaga.

Eh eh.. Apa yang mencarut macam ustazah ni? Ermmm.. Layan jer la, sebab dah lama tak mengadu domba kan? Ok la, Aysha dah start garu-garu kepala nak minta susu. Nanti kita sambung lagi sesi mencarut ya. Jangan lupa, kalau berminat nak dapatkan produk Shaklee atau nak jadi anak didik saya, call me ok! Eh, sempat lagi tu! Hehe..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply