Day one @ school

Oh!! Hampir terlupa buat entri ini, padahal dari pagi tadi dah plan nak buat, nasib baik terbaca kat blog kak rina topik yang sama. Hihihi..

Hari ni hari pertama danieL masuk sekolah. Ya.. Umur dia yang sebenar baru 3 tahun 3 bulan 23 hari. Tapi kalau ikut perkiraan tahun kelahiran, umur dia dah 4 tahun. Ya.. Memang tadika pun. Awal sangat? Errmm.. Tadika dah boleh ambik seawal tu, so hantar jer la kan. Daripada dia lepak kat rumah babysitter dia tak buat apa-apa, lebih baik masuk tadika. Subjek dorang pun masih ringan-ringan, but at least nanti dah boleh kenal huruf, boleh mewarna dan dah pandai pegang pencil, kira ok la tu.

Sebenarnya, hantar anak ke sekolah dalam usia yang awal ni ada kebaikannya juga untuk ibubapa, lebih-lebih lagi kalau anak tu anak pertama. Masa tu lah parents kena berlatih untuk bersiap seawal pukul 5 pagi, takde dah sambung tidur after subuh. Macam kami ni, memang selalu terlajak perahu. Hohoho.. Sebab tu attendance selalu dapat color merah.

20130103-014013.jpg

Hantar kat tadika dulu, kalau terlewat hantar pun masih ada excuse. Kalau umur anak seawal 4 tahun, parents ada masa 3 tahun untuk berlatih, sebelum anak di hantar ke sekolah rendah di mana peraturannya lebih ketat. Wah, 3 tahun tu, kalau tak expert juga, tak tau lah nak kata apa. Tapi, kebanyakan parents hantar anak sekolah masa umur 5 tahun, pun dah kira ok lah tu.

Entah lah kenapa sejak kebelakangan ni susah sangat nak ajak danieL mandi. Kalau dulu, masa mandi adalah masa kegemaran dia tapi, skang masa mandi lah masa yang paling dia tak suka. Jadi, dari kemarin saya dah bagitau dia esok nak sekolah, so besok pagi kena bangun dan mandi awal. Dia memang seronok sangat bila dengar perkataan sekolah sebab kami dah pernah bawa dia ke tempat tu, masa buat tinjauan dan masa pendaftaran.

20130103-013219.jpg
Sempat tidur dalam kereta sebelum sampai ke tadika

Alhamdulillah, mungkin sebab excited nak sekolah, dia bangun seawal pukul 5.46 pagi, mandi pukul 6.30 pagi dan kami bergerak keluar dari rumah pukul 7.15 pagi. Hahh.. Tengok tu, kalau sekolah rendah memang dah lewat ni!! Parents pun kena kad merah gak. Mujur saya masih bercuti, husband plak dah dapat kebenaran masuk kerja lewat sikit.

Sampai kat tadika, seperti yang dijangkakan, selepas bersalaman dan kiss Aysha, terus saja dia masuk kelas cari kawan. Huhu.. danieL.. danieL. Memang takde rasa takut pun.

20130103-014718.jpg

Pukul 1.30 petang, hubby sorang ambik dia dari tadika. Dalam perjalanan balik, dia minta dibelikan McDonald. Huhu.. Kelaparan agaknya, padahal sepatutnya dia dah lunch kat tadika. So, sampai rumah berbekalkan McDonald la dia.

Saya bukan main excited menyambut kepulangan anak. Macam-macam soalan saya tanya sampai dia jadi bosan nak jawab. Hehehe.. Walaupun bahasa dia masih pelat, saya cuba untuk faham apa yang dia telah lalui kat sekolah hari ni.

  1. Belajar ABC.
  2. Buat bunyi “miaw-miaw”.
  3. Bersalaman dengan kawan dan cakap, “nice to meet you”.

Not bad huhh!! Ok lah danieL, besok pegi sekolah, kena bangun dan mandi awal lagi ya. Semoga jadi anak yang pintar dan berjaya di masa hadapan.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply