3 years-old, danieL

Sepatutnya entri ini dibuat sebaik sahaja umur danieL genap 3 tahun hari tu, tapi memandangkan ke-busy-an yang amat melampau, sekarang ni baru lah ada masa skit. Dah lama juga tak buat entri special untuk danieL kan?

Favourite TV Channel: Disney Junior
Favourite TV Shows: Mickey Mouse Clubhouse, Doc McStuffins, Jack and the Never Land Pirates, Timmy Time…
Favourite YouTube Video: Cars, SuperWhy, Boboiboy, Power Rangers, Ultraman, Spiderman, Ben10, Chuggington…
Favourite Toys: Buzz Lightyear, Ultraman, Power Rangers, Spiderman and any kind of cars.
Favourite iPad Games: Disney Cars, Mickey Mouse Clubhouse, Tayo The Little Bus..

20130130-064622.jpg

Boboiboy!!

* Kami berusaha tak nak bagi dia tengok kartun-kartun yang mengganas, tapi disebabkan YouTube, segalanya berada di hujung jarinya. Huhuhu..

Favourite Food: jagung rebus, popcorn, Munchy’s sugar crackers, ayam goreng, sayur kacang, buah pisang (picau) and any kind of peanuts.
Favourite Playground: Giant Kolombong, Suria Sabah and 1Borneo.
Afraid of: cicak, lipas dan cacing (giuk).
Weight/ Height: 14.5 kg/ 96 cm

danieL’s new vocabs:

  • ucap “Assalamualaikum” sebelum masuk rumah.
  • jawab “Wa’alaikumussalam” bila orang bagi salam.
  • sebut “thank you” selepas dapat susu, mainan atau sebarang bantuan.
  • sebut “welcome” bila orang sebut “thank you”.
  • sebut “excuse me” dan “Alhamdulillah” selepas bersin.
  • guna perkataan “good morning” dan “good night”.
  • mula belajar guna perkataan “dia” dan “saya”.

Acting skills:

  • meniru aksi karakter kartun kegemaran.
  • meniru cara umi dodoikan adik.
  • meniru gaya abah bercakap melalui phone.
  • jadi doctor baby.

Things he likes to do yang buat umi pening kepala:

  • suka minta gendong dengan atuk, tak kira sama ada sedang berjalan-jalan di luar atau pun di dalam rumah.
  • suka melompat dari tempat tinggi contohnya tangga, meja, kusyen dan sebagainya..
  • bermain sambil menjerit-jerit, selalu buat Aysha terkejut dan terjaga dari tidur.
  • masih makan bersuap. Kalau makan sendiri selalu tak habis. Kalau makan bersuap, boleh habis dalam tempoh paling cepat pun sejam.
  • dah pandai minta belikan mainan tertentu. Selagi tak dapat, selagi tu dia akan cakap benda yang sama berulang-ulang kali.
  • mandi ikut mood. Kadang-kadang payah benor nak memujuk.
  • sebelum tidur, wajib main iPad atau iPhone dulu. Kadang-kadang sampai berjam-jam baru tertidur.
  • dah pandai minta masakkan makanan, tapi selalu makan tak habis pun.
  • tak mau makan nasi campur dengan lauk. Nasi dan lauk dimakan berasingan, nasi mesti nak letak air banjir ala-ala nasi air.
  • bab makan sangat cerewet, hanya suka makan makanan kegemaran.

Things he likes to do yang buat umi happy:

  • tolong umi kemas mainan.
  • tolong umi masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh dan keluarkan pakaian tu bila dah siap.
  • tolong umi jawab phone kalau umi sedang mandi atau jauh dari phone.
  • tolong umi temankan adik sambil nyanyi zikir La’ilaha Illallah..
  • tolong abah sama-sama cuci kereta.
  • tolong umi/ abah ambilkan barang-barang seperti pampers, bantal, remote control dan sebagainya.

danieL’s new knowledge and abilities:

  • tau nama sebenar abah, umi, adik dan nama sebenar dia sendiri.
  • baca doa makan dan doa tidur.
  • nyanyi lagu “Bangun Pagi” dan “Jika Anda Gembira”, tapi sebutan masih pelat.
  • mula belajar menulis sikit-sikit dengan tangan kiri (kidal).
  • bagitau bila nak kencing atau pooh, pakai pampers hanya semasa tidur malam.
  • kencing dan pooh sendiri dalam toilet, tapi masih perlukan bantuan untuk basuh selepas pooh.
  • terima arahan simple seperti ambilkan barang-barang tertentu dan tutup atau buka suis letrik.
  • charge iPad atau iPhone sendiri.
  • pakai atau buka seluar dan baju sendiri, tapi masih perlu dipantau sebab kadang-kadang tu pakai terbalik.
  • letak pakaian kotor dalam bakul khas.

Ermmm.. Setakat ini lah yang berjaya disenaraikan buat masa ni, maklum lah sindrom pelupa semakin menjadi-jadi selepas bersalin kedua kali ni. New target untuk danieL ialah mandi dan pakai baju sendiri, tidur malam tanpa pampers dan makan nasi campur. Hopefully dapat dicapai dalam tahun ni, sebab tahun depan ada target baru plak. In Shaa Allah..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply