After 2 months

Kemarin genap lah umur Aysha 2 bulan. Alhamdulillah.. Maka, hari ni berkunjunglah kami ke SMC bagi memenuhi appointment dengan Dr. Liaw. Sememangnya hari ni hari yang ditunggu-tunggu sejak sebulan yang lepas. Kenapa? Meh sini eden ceghito.. Hohoho..

Sebelum ni saya pernah bagitau, sejak lahir lagi Aysha dah pandai minum susu badan dan susu formula. Tapi, selepas 3 minggu, dia sudah mulai menolak susu formula. Mungkin sebab saya yang sendiri mulai memisahkan dia dengan susu formula, lama kelamaan dia tak suka dah rasa puting getah tu. Huhuhu..

20121230-010615.jpg

Jadi, mulai dari minggu ke-4, Aysha dah fully breastfeed dan sejak tu lah saya mulai rasa tak konfiden, bolehkah Aysha membesar secara normal tanpa bantuan susu formula? Mampukah air susu saya ni menampung permintaan Aysha? Well, of course kalau dah risau tu, mulai la meng-google info-info yang boleh menyedapkan hati sendiri kan? Hahaha..

20121230-010606.jpg

Lebih menambahkan kerisauan, setiap kali Aysha menyusu, sekejap je lepas tu sambung tidur. Tidur plak kadang-kadang lebih dua jam. Tak seperti danieL dulu, selang sejam jer cari susu, pastu style menyusu macam tak nak lepaskan puting. Ntah bila lah nak kenyang.

“oh, mungkin ni lah perbezaan baby girl dengan baby boy kut..”. Ni ayat penyedap hati sendiri yang sering saya amalkan. Hohoho…

20121230-010624.jpg

Nak tunggu review 2 bulan, terasa begitu lama. Baca status kawan-kawan yang ada anak sebaya dengan Aysha, masa review 2 bulan berat badan anak dorang dah naik lebih dari 4kg. Dulu, berat danieL plak 4.6kg. Hmmm… Kalau lah ada penimbang berat kat rumah sendiri, kan? Tapi, saya perasan gak baju-baju newborn Aysha dah semakin sempit, ada yang dah tak boleh dipakai. Lerrr.. Nasib baik tak beli banyak hari tu, pakai sebulan jer. Seingat saya dulu danieL masih boleh pakai baju newborn sampai 2 bulan.

“oh, mungkin ni lah perbezaan….”. Sila sambung ayat penyedap hati ini. Huhuhu…

20121230-010632.jpg

Dan, akhirnya semua persoalan terjawab hari ini. Berat Aysha 5.2kg dengan ketinggian 57cm. Alhamdulillah… Seriously, rasa macam nak nangis tengok angka 5 itu. Ceh, sentimental giler naluri keibuan saya kali ni. Rasa terharu dan bersyukur sangat kerana air susu saya dapat membantu tumbesaran Aysha. Semoga perjuangan saya tidak mati di sini, saya mesti teruskan sekurang-kurangnya sehingga Aysha berumur setahun.

20121230-010639.jpg

Then, tetiba ada member tu bertanya (dia pun ada anak sebaya dengan Aysha), apa rahsianya? Rahsia? Hmmm… Tak tau macamana nak menjawabnya, sebab memang takde rahsia pun. Hanya bagi susu badan macam biasa. Mungkin kah produk Shaklee tu membantu?

Dan yang betul-betul buat saya terkezut, berat badan saya 46kg lagi -1kg kembali ke berat asal sebelum kahwin. Huhuuhu.. Selama ni bukan main beria-ia nak menurunkan berat badan, rupanya tak perlu ambik apa-apa supplement pelangsing, just beranak then, breasfeed sambil menari-nari mendodoikan anak. Hohoho…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply