2012 Dalam Kenangan

Tahun 2012 sudah hampir nak melabuhkan tirainya. Eh, apesal rasa macam tak reti nak mengarang ni? Hohoho.. Dah lama tidak menambah entri rupanya. Layankan saja la ayat berterabur ni yer..

Ok, sebelum kita nak sambut tahun baru, jom muhasabah diri dulu.

Nampaknya tahun ni tak banyak perkara pelik berlaku dalam kehidupan saya. Ini kerana saya sibuk membina badan, memastikan kondisi fizikal dan mental sentiasa dalam keadaan baik untuk menyokong baby dalam kandungan. Ini sememangnya bukan perkara pelik, tetapi sudah lama dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Alhamdulillah, hasrat kami untuk menambah zuriat tercapai pada tahun ini.

Dengan itu, tiada memori yang lebih indah pada tahun ini seindah memori menyambut kelahiran Aysha.

Namun, tidak dilupakan juga tahun ni hasrat untuk memiliki rumah kedua juga sudah tercapai. Selain tu, kami diberi kelapangan untuk trade-in kereta Persona kepada Fortuner, memandangkan hutang kereta Atos sudah langsai sepenuhnya. Terima kasih, ya Allah atas kurniaan rezki Mu.

Dari segi kesihatan, Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun, cuma my dad masih belum sembuh. Mulai bulan Ogos 2012, kami terpaksa mendapatkan khidmat pakar untuk membantu memulihkan beliau. Selain tu, kami juga telah membuat simpanan sel stem sebagai salah satu alternatif insurans masa hadapan.

Dari segi personal development, penglibatan dalam aktiviti persatuan mungkin boleh menambah pengalaman dan membina self-esteem, tapi tidak dinafikan ia juga boleh menganggu kerja hakiki. Oh! Nampaknya SKT tahun ni tidak sehebat mana. Tidak banyak pencapaian yang dapat dibuat. Kalendar saya penuh dengan aktiviti persatuan sepanjang tahun.

Overall, tahun ni memang banyak belajar benda baru. Banyak juga belajar resepi baru (satu kemestian untuk seorang isteri/ ibu). Namun, banyak juga masa yang terbuang kerana sering tewas dengan rasa mengantuk, mudah penat dan malas sepanjang pregnancy.

Azam tahun depan? Ermmm.. Memang dah ada dalam kotak fikiran, tapi belum sedia untuk dihebahkan. Yang pasti, tahun depan masa untuk breastfeed, masa untuk membesarkan Aysha. Masa untuk membantu danieL dalam pelajaran. In shaa Allah..

Terima kasih kerana sudi membaca karangan pendek yang tidak seberapa ini. Miahahaha..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply