Rutin Semasa Berpantang

“Selamat Berpantang” istilah baru bagi saya! Selalu orang bagi wish Selamat Berpuasa ker.. Selamat Tahun Baru ker.. Hehehe..

Ini pengalaman kedua berpantang, but frankly speaking, berpantang kali pertama dulu takde la berpantang sangat. Berpantang bab makan minum jer kut, itupun selepas seminggu bersalin, baru nak berpantang. Sebab minggu pertama tu menemankan danieL dalam wad kanak-kanak, kena jaundis tahap 290, kurang gula dan jangkitan kuman dalam darah.

Berpantang Anak Pertama
Selama seminggu tu lah didedahkan dengan kesejukan aircon yang melampau. Bengkung pun takde masa nak pakai, sebab yang jadi keutamaan adalah kesihatan danieL. Dari awal pagi dah sibuk ke sana sini buat rutin medical checkup. Segala jamu dan ubat-ubatan untuk memulihkan badan selepas bersalin terpaksa ditinggalkan sebab ikut cakap orang tua-tua, jaundis juga berpunca dari pemakanan si ibu yang menyusukan badan. So, dipendekkan citer, memang takde berpantang lah tu!!

Selepas seminggu hidup dalam wad, kami dibenarkan pulang. Terus balik Beaufort, mak mentua la yang jaga makan minum, air mandian herba dan carikan tukang urut. Seingat saya, itu jer la rutin berpantang saya masa tu. Dan yang peliknya, saya memang rasa sihat jer, macam takde apa yang saya telah lalui. Darah nifas pun, ntah rasa macam sekejap je dah kering. Huhu..

Berpantang Anak Kedua
So, ingatkan pengalaman kali kedua ni saya akan sekuat dan sesihat dulu. Memang tak logik la kan, sebab pengalaman bersalin pun lebih perit berbanding dulu. Ditambah lagi isu mudah pitam sebab kehilangan darah yang banyak. Nampaknya, hari ke-4 saya sudah mulai rasa sakit sana sini. Menjelang senja, demam menyerang selama 3 hari berturut-turut. Ni sebab langgar pantang lah ni. Hari ke-6 husband bawa pegi berurut, memang sah badan saya tak sekuat dulu.

Alhamdulillah.. Walaupun saya tak berapa sihat, Aysha tidak menunjukkan simptom-simptom sakit macam danieL dulu. Hari ke-3 memang kulit Aysha ada nampak kuning sikit, tapi saya percaya selagi jadual kekerapan menyusu dan membuang dia masih konsisten, dia pasti boleh mengatasi sakit itu. Menurut Pak Google, sebanyak 60% kanak-kanak yang lahir pada peringkat matang, akan menghidap jaundis. Walaubagaimana pun, terdapat 3 peringkat jaundis dan kebanyakkan daripada kanak-kanak ini menghidap jaundis peringkat normal dan akan hilang dengan sendirinya melalui penyusuan dan pembuangan najis yang konsisten. Jaundis dikeluarkan melalui najis dan bukannya air kencing. Oleh itu, teruskan penyusuan dengan susu ibu atau susu formula, dan bukannya dengan air masak. Air masak akan menyebabkan baby rasa kenyang dan tidak mau menyusu. Boleh bagi air masak tetapi cukup setakat setitik dua. Tapi, kalau setitik dua tu, untuk apa lah kan? Lebih baik jangan bagi langsung!!

Mungkin pengalaman berpantang korang sedikit berbeza daripada saya. Ada orang memang berpantang berhabis-habisan, tak boleh bergerak langsung. Tapi, saya buat ala kadar saja, semata-mata untuk memulihkan tenaga dan mengurangkan sakit-sakit badan. So, berikut antara-antara tips-tips yang saya amalkan:

20121104-134643.jpg

Perlu telan sepasang pil tradisional cina untuk melancarkan peredaran darah dan mengeluarkan angin dari badan.

20121104-134655.jpg

Berbengkung sepanjang masa. Ia bukan semata-mata untuk mengembalikan bentuk badan tetapi juga untuk mengelak rahim jatuh atau terturun.

20121104-134710.jpg

Bertungku bagi melancarkan peredaran darah dan memanaskan badan. Boleh dibuat sendiri masa baby tengah tidur.

20121104-134730.jpg

Mandi menggunakan air mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Dalam paket ni juga ditulis bahawa “Ibu yang baru bersalin tidak boleh basahkan rambut ketika mandi bagi mengelak demam. Sekiranya rambut perlu dicuci, hendaklah dikeringkan secepat mungkin.” So, kalau nak cuci rambut, boleh lah pegi saloon (terpaksa tinggalkan baby kat rumah) atau simpan hair dryer dalam rumah.

20121104-134751.jpg

Air mandian herba untuk si kecil. Saya pun baru pertama kali guna benda ni untuk Aysha. Tak tau sejauh mana keberkesanannya, tapi sejak Aysha mandi dengan herba ni, air kencing dan najisnya berwarna kuning semacam. Hopefully, dapat lah mengurangkan jaundis.

Dari segi pemakanan, saya bukan pakar dalam perkara ni, jadi saya tak berani lah nak bagi tips lebih-lebih. Kalau ikutkan amalan orang-orang tua, tidak boleh makan buah-buahan yang bergantung, makanan sejuk dan sebagainya. Saya tidak ambil sebarang jamu-jamuan sebab nak elak jaundis, saya cuma makan pil Salindah set selepas bersalin. Produk Shaklee: ESP dan Alfalfa Complex juga banyak membantu. ESP sebagai minuman bertenaga, tidak mudah lapar walaupun terlambat makan. Alfalfa membantu untuk meningkatkan penghasilan air susu badan.

Apapun, pengalaman berpantang kali ni lebih menyeronokkan. Mungkin kerana Aysha yang sangat kwai-kwai, senang jer nak jaga. Jadual menyusu yang teratur membolehkan saya mendapatkan rehat yang cukup. Dan kali ni saya berpantang di rumah sendiri, dibantu oleh hubby dan seorang assistant, banyak perkara saya pelajari. It’s fun!! 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

7 Responses

  1. Affienda says:

    Lot of info.. berguna untuk saya di masa depan.. thanks

  2. kava says:

    salam …

    saya berminat dengan produk2 yang awak guna la. jika tak keberatan, boleh kongsikan bgtahu dimana boleh dapatnya dan berapa harga2 barang2 tu ..

    terima kasih banyak ibumadeeha !!!

    • ibumadeeha says:

      Salam kava..
      Terima kasih kerana singgah ke blog saya. Pil tradisional cina dan mandian herba ibu dan anak tu husband saya beli dari kedai ubat cina di Gaya Street. Manakala kain bengkung dan tungku tu husband juga yang beli di Tamma, Wisma Muis. Maaf, husband tak ingat dah berapa harga setiap satu produk tu. Huhu.. Dah 5 bulan berlalu, sepatutnya simpan resit untuk rujukan, kan?

  3. azie says:

    sis mana beli tunggu herba tangkis siap ceramik tu ye??

  4. Elly says:

    salam mam..
    waaa..samalah kita berpantang guna ubt cina tu,,

Leave a Reply